Friday, February 25, 2011

Ceria

Pernah kita dengar atau rasa atau buat untuk menceriakan suasana. Tak kisahlah di rumah, pejabat atau tempat-tempat awam. Kebanyakan yang berlaku adalah di tempat kerja dengan matlamat menceriakan pejabat.

Matlamat menceriakan adalah untuk memberi keselesaan kepada pekerja dan membuat staf menghargai kerja yang dilakukan. Berbagai kaedah yang di buat seperti:

1- Tambah banyak pokok dalam opis terutama yang berwarna-warni.
2- Mengecat bangunan dengan warna baru supaya lebih segar.
3- Melekat gambar-gambar atau poster untuk menceriakan dinding.
4- Menyediakan kemudahan terkini kepada pekerja seperti komputer.
5- Mengadakan sistem bunyi yang akan memainkan radio atau muzik perlahan waktu kerja.
6- Mengalihkan kedudukan tempat duduk staf atau buat rombakan opis supaya staf tak bosan berada di tempat yang sama dalam jangka masa panjang seperti dah ada kat situ 10 tahun tak ubah-ubah.

Berbagai lagi yang difikirkan perlu untuk menceriakan suasana. Dari apa yang dilihat kebanyakan yang diberikan supaya staf tu bekerja bekerja dan terus bekerja. Tidak adakah inisiatif untuk memberi peluang pekerja itu rasa disampaing berbekerja aku juga akan mendapat benda lain ( maksud benda bukan terhad kepada material tetapi spiritual). Ujudkah persekitaran kerja yang ceria jika kita mengharapkan output yang berganda dengan perkara yang diberikan? Contohnya: "Aku dah beri komputer canggih atas meja kau, sekarang kerja-kerja mesti dilakukan dengan pantas dan berlipat ganda" atau "Aku dah cantikkan dinding dan peralatan yang canggih aku nak kau bekerja dan jangan pergi kemana".

Tapi terfikirkah kita menceriakan suasan bukan sekadar benda fizikal sahaja tetapi juga dari sudut rohani atau mental. Kesan dalaman yang perlu diambil berat. Walau kemudahan yang disediakan tidak cukup dan persekitaran yang usang tapi keseronokan bekerja itu ujud. Ini adalah jalinan kemesraan antara kalangan staf dan bos yang baik. 8 jam berada di opis, seolah seperti rumah kedua. Perlulah diberi tumpuan antaranya.

1- Sentiasa senyum dan memberi senyuman kepada staf. Senyum ini boleh berjangkit seperti dalam senikata lagu "Senyum" oleh Malique & Najwa,
"Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang lain berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit. "

2- Bertegur sapa ketika berselisih, walau dengan salam atau orang putih kata "just said 'hi' " . Jangan tegur dan senyum bila nak minta tolong saja.
3- Sentiasa mengambil berat.
4- Sentiasa melapangkan masa walau sekejap untuk berbicara dengan staf.
5- Mengenal pasti kebolehan dan kekurangan staf.
6- Mencari jalan-jalan untuk menaikkan staf ( seperti pangkat atau kecemerlangan) bukan sekadar untuk menaikkan diri sendiri sahaja.
7- Mengadakan ruang-ruang untuk staf berinteraksi atau bersosial seperti mengadakan bilik istirehat.
8- Beri penghargaan kepada yang layak walau sedikit sahaja yang diberikannya. 9- Beri cenderamata jika pergi melawat / melancong. Walau sekecil mana tapi besar ertinya kepada staf.
10- Adakan program yang dapat disertai oleh staf. Bukan buat seminar atau bengkel yang hanya dihadiri oleh pihak-pihak tertentu sahaja.
11- Kenali keluarga staf walau sedikit dan ambil berat. Seperti tanya dia "Anak kau dah boleh buat apa sekarang?"
12- Bukakan telinga dan mata dan sentiasa mendengar bukan sahaja permasaalahan tetapi juga perubahan-perubahan, pencapain yang telah dilakukan oleh staf .
13- Beri kursus atau kemahiran kepada staf walau yang tidak bersangkutan.

Jika kedua-dua dari segi kebendaan dan juga rohani disatukan akan lebih mengujudkan kecerian dan keseronokan bekerja. Kedua-dua pihak akan mendapat faedah dalam suasana yang harmoni. Wang mungkin terpaksa di keluarkan tetapi ingatlah bak lagu Kumpulan Scorpion " What You Give You Get Back" .

Thursday, February 24, 2011

Kecil-kecil dah kena Diet

Ishhh.... anak aku nie kecik-kecik dah diet. Sepatutnya masa kecil ni la kena makan banyak sebab masih dalam proses pembesaran. lagi pun mereka ni aktif. Jadi pemakanan yang seimbang dan berkhasiat perlu di utamakan. Ini tidak, asal makan ja kena catu, kadang-kadang tak cukup.

Bagaimana nak mengamalkan makanan seimbang. Duit dah di keluarkan mengharapkan yang terbaik, tapi masih tak cukup lagi ka?. Atau ini sebahagian dari cara nak naikkan yuran.

Makan tengahari nasi dengan lauk tapi tak berapa mencukupi untuk budak-budak. Petang pula selalu sangat la nie makan biskut tiger dua keping, bahulu atau entah apa-apa biskut lagi la.

Dulu Ok tapi semenjak dua menjak nie jadi cam nie. Apa sudah jadi???.

P/s: Nie masuk tadika atau masuk Slim World atau London Weight Management.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...