Showing posts with label Siti Sarah. Show all posts
Showing posts with label Siti Sarah. Show all posts

Rentetan Tingkatan 1 Siti Sarah

Setelah keputusan UPSR diumumkan, tak berapa lama keputusan penempatan sekolah menengah pun keluar. Siti Sarah ditempatkan ke SMK Dato Kailan dalam aliran agama ( KAA ~ Kelas Aliran Agama). Tapi dalam hati nak hantar dia ke sekolah yang baik sikit, kalau boleh yang berasrama. Siti Sarah pun berminat nak ke asrama.

Ketika ini kalau UPSR tak dapat 5A memang susah sikit nak dapat sekolah asrama penuh, persaingan sengit tambahan pula kalau perempuan. Lelaki masih boleh dipertimbang, maklumlah la nie perempuan ramai yang lebih pandai dalam peperiksaan dari lelaki. Kalau tak asrama penuh pun, dapat sekolah separa asrama yang OK pun dah cukup baik. Dimaklumkan bahawa tarikh rayuan pertukaran dibuat pada hari Isnin 15/12/2014.

Tapi malang sikit ketika itu  kami berada di Langkawi. Nak tukar tarikh pun tak boleh sebab tiket dan hotel dah beli. Buat bodoh sajalah pada hari Khamis, 11/12/2014 kami ke  SMK Dato Kailan, mana tau boleh isi borang pertukaran sekolah awal sikit. Tapi masa sampai kesana Guru Besar tak ada, kerani kat situ cakap kena datang pada 15/12/2014 juga. Dia kata boleh minta tolong sesiapa jadi wakil.
SMK Dato Kailan

 Isnin, 15/12/2014 - Kami masih di Langkawi, Pak Long menjadi mangsa untuk pi isi borang pertukaran. Mula-mula nak pilih SMK Dato Onn. Tapi alasan tak berapa kukuh sebab antara SMK Dato Onn dan SMK Dato Kailan tak ada bezanya. Ada sahabat yang juga minta pertukaran mencadangkan pertukaran ke SMKA Al Mashoor Perempuan dengan alasan pertukaran dari KAA ke sekolah yang sepenuhnya aliran agama. Rasanya lebih kuat alasan tu.

Khamis, 23/12/14 - Keputusan rayuan masih belum diketahui. Tapi ketika ini kami dalam proses untuk jalan-jalan. Serupa sebelum nie juga, tarikh dan semua keperluan perjalanan dah beli ~ tak boleh tukar tarikh dah.  Jadi sebelum tarikh betolak kami cuba talifon Kementerian Pendidikan Daerah, kot-kot dah ada keputusan pertukaran. Tapi dijawab keputusan masih belum diketahui dan hanya akan dikeluarkan pada 29/12/2015. Kalut juga sebab ketika balik bercuti nanti dah dekat dengan tarikh buka sekolah. Takut tak sempat buat persediaan.
 
Isnin, 29/12/14 - Ketika dalam percutian, terima berita dari sahabat, Siti Sarah diterima ke SMKA (P) Al Mashoor Pulau Pinang. Alhamdulillah legaaa. Dan satu lagi kelegaan sebab diumumkan sesi persekolahan ditangguhkan seminggu akibat bencana banjir. Jadi pelajar akan mula persekolahan pada 12/1/2015. Adalah masa sikit untuk kami buat persediaan.

Rabu, 31/12/2014 - Setelah habis bercuti dan sampai ke Penang semula. Ambil cuti tambahan untuk ke SMKA (P) Al Mashoor. Berpusing-pusing juga nak sampai sebab tersorok sikit lokasinya. Nak tanya prosedur-prosedur dan keperluan untuk ke sekolah nie. Adalah diberi maklumat dan keperluan sekolah dan tarikh perjumpaan ibu bapa tahun satu.
Beli serba sedikit barangan di Koperasi Sekolah

Tanya juga penempatan di asrama. Maklumlah nak hantar dari Kepala Batas ke pulau, nak sampai sebelum jam 7.30 pagi. Uuiihh.. kena keluar rumah sebelum subuhlah gamaknya. Tapi diberitahu sekolah ini akan dapat sekolah dan asrama baru, sekarang dah hampir siap. Jika sekolah baru siap dengan asrama baru insyallah semua yang memohon asrama dapat masuk. Anggaran siap dalam sebulan selepas sekolah dibuka. Aishhh... nampak gaya dalam sebulan nie kena ikhtiarlah hantar dia kat sini, atau pacak khemah sekejap kat sekolah tuuu.

Alang-alang dah sampai ke sini, kami belilah sedikit sebanyak keperluan sekolah.

Jumaat, 2/1/2015 - Lepas sarapan kami gegas ke sana, sesi taklimat akan diadakan jam 8.30 pagi. Ibubapa dan pelajar akan diberi taklimat. Pelajar di minta beratur mengikut kelas sementara mengikut senarai yang dipaparkan dan dibawa ke kelas masing-masing, manakala ibu bapa di minta masuk kedewan.

Beratur untuk memasuki kelas sementara.

Ibu bapa diberi taklimat kemasukan ke sekolah nie. Disini YDP PIBG dan guru besar memberi maklumat mengenai sekolah ini dari segi pelajaran dan matlamat sekolah. Untuk sesi akan datang semua pelajar diminta lapor diri di sekolah yang baru. Dapat masuk sekolah barulah tahun nie tak perlu tunggu sebulan lagi. Dikhabarkan bahawa blok sekolah dan asrama yang baru setinggi 8 tingkat berlif. Tuuu dia tingginya, maklumlah sekolah tengah bandaraya.
Taklimat oleh Guru Besar.

Sekolah akan mula pada 12/1/2015, lewat seminggu sebab cuti banjir. Pendaftaran pelajar dan juga asrama dibuat sehari awal iaitu pada 11/1/2015.

Taklimat lebih kurang satu jam. Selesai taklimat, ibubapa berpusu-pusu membuat pemeriksaan penempatan asrama. Kami yang tak dapat asrama nie terkebil-kebil juga. Tanya cikgu kat situ macam mana dengan anak kami nie. Diberitahu kalau pelajar luar dari pulau insyallah depa akan beri asrama dan diminta datang saja pada hari pendaftaran sekolah antara jam 3.00 hingga 4.00 petang. Insyallah depa cuba bantu selit kat mana patut. Diberi juga beberapa borang termasuk borang medical checkup.

Siti sarah sudah selesai taklimat awal dari kami dan dah bawak setindan buku untuk dibawa balik. S Sarah kata masa taklimat diadakan juga ujian Bahasa Inggeris mungkin untuk menentukan kelas. 

Hari nie Jumaat, jadi kena gegas cepat nak kejar solat Jumaat. Sampai Seberang Jaya, macam ada masa lagi, jadi mencuba nasib ke Klinik Kesihatan Seberang Jaya dulu kot-kot boleh buat medical checkup. Walau tak pasti lagi dapat asrama baik buat siap-siap, tumpang ada masa dan kalau dah dapat asrama nanti tak kalot.

Malang sikit pendaftaran dah ditutup. Kalau nak buat juga kena datang petang lepas Jumaat pulak.

Jadi kami terus ke Klinik Kesihatan Kepala Batas pulak tapi sayang mesin x-ray rosak pulak. Nurse talipon klinik kat Penaga. Mesin kat situ OK, jadi kami kesana lepas Jumaat. Alhamdulillah selesai.

 Ada seminggu lebih lagi sebelum pendaftaran sekolah, kami belilah apa yang patut seperti dalam senarai keperluan yang diberikan dan juga tambahan barangan yang rasa-rasa bersesuaian seperti timba, penyangkut baju, sabun-sabun, berus dan macam-macam lagilah walau tak confirm lagi masuk asrama. Tak apalah kalau ada rezeki insyaallah dapat.
Harap semuanya cukup dan dapat disimpan dalam asrama. Teddy Bear tu bawak juga??

Ahad, 11/1/2015 - Semua persiapan telah dibuat. Semua barang dibawa masuk ke kereta, harap tiada apa yang tertinggal.
Penyerahan fail maja tugas kakak kepada Muhammad Ammar. Kena ambil alih tugas kakaklah lepas nie.

Dalam tengahari kami bertolak ke sekolah. Sebelum tu ada sekali aku kesekolah nie nak tau selok belok jalan. Maklumlah pendaftaran masuk cuma diberi sejam sahaja dari jam 3 petang hingga 4 petang. Kali nie Ahmad Firas ngan Nur fatini kami tak bawa, tinggal kat pengasuh. Nak bawa rasa macam akan kelang kelibut.
Pendaftaran sekolah

Masuk saja ke dewan, ibu bapa dengan pelajar boleh kata dah banyak. Ada beberapa meja untuk pendaftaran. Alhambdulillah semua berjalan lancar dan Siti sarah dapat masuk asrama. Belilah keperluan utama asrama seperti cadar dan sarung batal dulu. Siti Sarah dapat tingkat 4 bilik nombor 4. Setiap bilik dihuni 8 orang pelajar campur antara senior dan baru.

Antara borang yang diberi ada senarai tarikh lawatan dan juga balik kampung dan juga cuti perayaan penghuni asrama. Kira setiap selang dua minggu boleh balik kampung.

Usunglah apa yang patut ke atas. Nasib baik ada lif. Asrama baru, semua alatan baru. Masuk kedalam bilik diletakan 8 buah kabinet besi dan juga 8 buah katil dengan tilam. Pilih yang mana tak berpenghuni dan adjustlah ketempat yang bersesuaian.
Bilik no 4, booking dulu katil dan kabinet.

 Bangunan masih baru, ada juga yang masih tak lengkap seperti tempat membasuh dan talifon awam. Tapi OKlah kemudahan lain seperti bilik air boleh digunakan. Kat sini pelajar tak dibenarkan bawa handphon, jadi kemudahan talifon awam amat diperlukan untuk berhubung. Harap sangat talifon awam dapat dipercepatkan pemasangan.
Sebelum "0"
Selepas ~ Dah penuh

Dok kat tingkat 4 nie macam best ja. angin laut dan pemandangan memang cantik. Tenang jiwa. Hari nie boleh la naik ke asrama, lepas nie kaum Adam tak boleh naik dah la.

Kesemua pengghuni bilik merupakan pelajar-pelajar dari  sekitar Pulau Pinang, tapi tak ada dari SKBP. Jadi bertambahlah kawan-kawan baru Siti Sarah.
Pemandangan dari tinggkat 4 ~ nampak laut.

 Kebanyakan datang dengan ibu bapa masing-masing. Ada yang seronok, sedih, nangis dan macam-macam lagilah. Siti Sarah tak nangis cuma macam muka risau saja. Maklumlah nak kena tinggai sorang-sorang.
Sebelum balik makan dulu kat kantin.

Hampir jam 6 petang kami turun kebawah dengan berat hati kami pulang dan tinggalkan Sarah di asrama.
Hadapan asrama 8 tingkat.

Harap Siti Sarah dapat sesuaikan diri dengan dunia baru yang bakal ditempuh dan dapat guru-guru dan juga kawan-kawan yang baik dan dapat membimbing kearah kebaikan dan dipermudahkan dalam pelajaran dan menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.
Dewan SMKA (P) Al-Mashoor



SMKA (P) Al-Mashoor Yang Baru

Minggu depan akan bermula sesi persekolah setelah seminggu diberi cuti tambahan bencana banjir. SMKA Al-Mashoor Perempuan Pulau Pinang telah dapat bangunan baru di Jalan Sultan Ahmad Shah. Jadi untuk sesi pesekolahan akan datang anak-anak akan daftar sekolah dan asrama kena ke bangunan baharu nie. Jadi kepada sesiapa yang nak hantar anak ke sana sila lihat lokasi baru sekolah.


GPS : 5.423009, 100.330048

Ini jalan untuk ke pintu hadapan  SMKA (P) Al-Mashoor dari Jambatan Pulau Pinang. Sekolah nie betul-betul dihadapan bangunan KWSP.



Ini jalan untuk ke pintu hadapan SMKA Perempuan Al-Mashoor dari Jambatan Pulau Pinang. Akan  melalui KOMTAR ke Jalan Penang ke Jalan Transfer (boleh pekena roti canai tepi longkang kat sini). Terus lagi sampai jumpa simpang tiga, ambil kiri ke Jalan Sultan Ahmad Shah. Nanti akan nampak sekolah nie kat seblah kiri.

Kalau tak mau ikut arah KOMTAR, dari Jambatan Pulau Pinang boleh ikut terus Jalan Pengkalan Weld ke arah Padang Kota hingga jumpa bulatan ambil pukul 12 melalui jalan St Light ke Lebuh Farquhar sehingga sampai ke Jalan Sultan Ahmad Shah (aku cuba ubah kat Googel Map tapi bila paste kat blog dia kembali seperti kat atas).

Ini pula jalan untuk ke pintu belakang SMKA Perempuan Al-Mashoor dari Jambatan Pulau Pinang melalui KOMTAR. Perjalanan melalui Jalan Transfer sehingga berjumpa simpang empat yang ada  stesen minyak Caltex sebelah kanan, simpang nie kona kiri  melalui Jalan Argyll. Nak cam pintu belakang senang saja sebab bersebelahan bangunan insuran MCIS Zurich warna biru/kelabu.



Nak pi sekolah nie boleh macam-macam arah, tapi jalan kat atas nie yang rasa aku mudah nak pi sana.

Selamat bersekolah dan menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat....

Anugerah Kecemerlangan SKBP 2014

Nie pun cerita lama juga. Majlis Kecemerlanagn SK Bertam Perdana pada 16hb Ogos 2014. Aku letakkan gambar ja lah. Tak banyak cerita nak tulis.

Mula-mula kami macam tak mau datang ke majlis nie. Siti Sarah saja akan persembahan di majlis tu, Muhammad Ammar pun tak terlibat. Tapi bila nak dekat ketarikh tu, dapat surat Muhammad Ammar akan naik pentas terima hadiah. Yang nie boleh jadi alasan yang kukuh sikit untuk ke majlis tu. Hadiah apa??? tunggu baca sampai habis.
DSC_6801
Ketika daftar, dapat bihun sepeket. Apa lagi Firas dan Fatini balun dulu. Tinggai sayoq saja tak makan.
DSC_6810
Ibu bapa memenuhi dewan terbuka SKBP.
DSC_6807
Majlis dibuka dengan bacaan doa oleh Ustaz Shahfazrul. Mula-mula ingat tahun nie SKBP jemput ustaz luar baca doa. Dekat nak habis program baru tahu ustaz nie baru saja pindah ke SKBP.
DSC_6814
Ucapan Guru Besar
DSC_6816
Ucapan YDP PIBG, Ustaz Ahmad Jelani. Dalam ucapan baru tahu beliau dengan YB Reezal Merican kawan seuniversiti.
DSC_6817
Ucapan perasmian oleh YB Dato Seri Reezal Merican.
DSC_6822
Selepas ucapan perasmian, pelajar membuat persembahan.
DSC_6838
Barisan VVIP.
DSC_6829
Persembahan oleh darjah 6, Siti Sarah dan kawan-kawan.
DSC_6836
Siapa cikgu yang bertudung merah nie? Beliau sentiasa menjadi orang kuat dalam persembahan.
DSC_6843
Siti Sarah bersama kawan-kawan baik darjah 6. Yang kecik bawah tu macam mana boleh ada?
Selepas persembahan baru acara penyampaian hadiah dijalankan. Nie dia Muhammad Ammar dapat Anugerah Matapelajaran Terbaik Bahasa Arab. Kami macam tak percaya. Alhamdulillah moga kejayaan ini berkekalan dan terus meningkat.

DSC_6848
Muhammad Ammar menerima sijil Matapelajaran Terbaik Bahasa Arab.
DSC_6850

Nasihat sebelum balik sekolah.
Selepas Ammar naik pentas kami pun beransur balik. Terima kasih kepada guru-guru yang mengajar anak-anak kami. Tahun nie merupakan tahun terakhir Siti Sarah berada di SKBP, diharap mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

 

Siti Sarah : Selamat Menempuh UPSR

Hari nie Siti Sarah bakal menempun satu lagi ujian hidup, bakal menduduki peperiksaan UPSR selama 3 hari. Semoga dia dapat menjawab soalan dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Doa oleh guru-guru SK Bertam Perdana.
Guru-guru dan pihak sekolah telah memberi sepenuh usaha untuk membekalkan anak-anak ini dengan ilmu dari kelas harian sehingga di buat kelas tambahan di waktu petang. Motivasi memantapkan diri diberi dan di iringi dengan solat hajat setiap hari dan ada kalanya di buat kelas tambahan hari cuti. Semoga anak dididik berjaya.

Majlis bacaan Yasin dan solat hajat dianjurkan oleh Pusat tuisyen Puji di Masjid At Taqwa Bertam Indah.
Pusat tuisyen juga memberi perhatian yang lebih untuk pelajar tahun 6 dengan ditambah seminar untuk memantapkan pengetahuan anak-anak. Walau dibayar duit tapi komitmen guru-guru tak boleh dibeli.

Ibu bapa lagi lah berdebar  melihat anak-anak akan menduduki peperiksaan. Leteran dan semangat diberikan supaya anak-anak jangan lupa mengulangkaji. Dibeli buku-buku latihan supaya buat latih tubi. Dilapangkan masa dan adik-adik jangan kacau untuk mengulangkaji. Doa kejayaan sentiasa  sentiasa di pohon. Kadang-kadang mak bapa yang ketaq lebih.

Majlis bacaan Yasin dan solat hajat dianjurkan oleh Surau Al-husna Taman Bertam Perdana.
Menghampiri peperiksaan UPSR, masjid dan surau pun tak ketinggalan mengadakan bacaan Yasiin dan solat hajat mohon kejayaan anak-anak khariah. 


Majlis bacaan Yasin dan solat hajat dianjurkan oleh Parlimen Kepala Batas di Masjid Abdullah Fahim.
Segala usaha dan bakti yang dicurahkan oleh guru-guru tak kiralah di sekolah atau di tempat tuisyen kami ucapkan jutaan terima kasih, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Begitu juga jutaan terima kasih bantuan dan doa yang diberikan oleh rakan-rakan.   

Setelah usaha dan doa dipohon maka hari ini diri diuji. Moga Siti Sarah dan rakan-rakannya dapat menjawab dengan tenang dan mengingati segala apa yang dipelajari. Moga Allah memudahkan Siti Sarah dan rakan-rakannya  menjawab soalan-soalan UPSR dan mendapat keputusan yang cemerlang. Moga dengan kejayaan akan menjadikan kami insan yang bersyukur dan bertaqwa dan membawa kejayaan ini ke tempat lebih tinggi. Kami berserah kepadaMu Ya Allah, segala keputusan yang Engkau berikan, kami akan terima dengan redha dan jadilah kami orang-orang yang redha dan sabar. Tunjukkanlah jalan-jalan menuju kejayaan yang Engkau redhai ya Allah.




Yasiin - Moga berjaya dunia akhirat

Semalam berlangsungnya solat hajat dan juga bacaan yasin untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Majlis yang dianjurkan oleh Parlimen Kepala Batas untuk penduduk sekitar Kepala Batas di Masjid Abdullah Fahim.

 Segala pelajaran di sekolah dah diikuti, latihan tambahan dah buat, buku-buku diulangkaji, tuisyen dan kelas tambahan dah pi dan jangan lupa apa-apa kejayaan tetap ditangan Allah. Dia yang sebaik-baik perancangnya. Mohonlah kepadaNya.
 
Tahun nie, tahun mencabar buat Siti Sarah. Tak sampai dua minggu saja lagi akan menduduki UPSR. Ya Allah ya Tuhan ku berilah kejayaan kepada anak aku Siti Sarah untuk cemerlang didalam peperiksaan UPSR, untuk mendapat 5A tercapai dan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Begitulah juga kepada anak-anak aku yang lain, Muhammad Ammar, Ahmad Firas dan Nur Fatini semoga mereka juga menjadi manusia yang cemerlang didunia dan akhirat. Amin.


Farid's Grill ~ HpBdy Siti Sarah

Cerita lama dan tak diberi pun nafas baru. Nuunnn hujung tahun lepas, macam lama sangat. Tapi kena tulis gak. Perjalanan makan-makan sambut birthday Siti Sarah. Tak jauh pun, kat Sungai Petani. Restoran Farid's Grill.

Dok dengaq review macam sedap ja kat sini. Apa lagi malan nie kami terjah. Bila sampai ja, layanan  memang terbaik la, dicari meja yang sesuai dengan kami enam beranak. Menu pun datang. Bila sebut Grill ja mestilah western sebab kalau masak melayu di tulis Bakar. Layan menu dulu.
DSC_6162
DSC_61622

DSC_6163
DSC_61632
Menu western
Hari ini punya spesial Lamb Shank, tertulis kat papan hijau depan restoran.
DSC_6169
Tak padan dengan kecik ~ Nur Fatini
Sementara hidangan nak sampai, buah pembuka kata diletak air kosong dengan sireh kacang salut tepung. Buat menghilangkan bosan menunggu.Tak berapa lama hidangan pun datang. Mula-mula yang datang buat gempak ialah minuman yang aku oder, jeng...jeng...jengggg..kopi ja. Nie dia apa yang datang.
DSC_6165
Jiran sebelah meja pun tengok macam tak percaya. Anak pun nak try bancuh gak.
Perghhhh... setalam bahan campuran, penuh meja. Di letak seteko kecil kopi O, susu dan gula. Jadi campur ikut sedap sendiri. Terasa layanan 5 bintang. Bila bancuh aku dapat buat 3 cawan. Lain-lain menu pun menyusul.
DSC_6171
Ini aku punya. Lamb Chop dengan black pepper.
 Kali nie walau feberet S Sarah tom yam, apa boleh buat kena oder western gak. Tak boleh makan Tom Yam banyak sangat tahun nie nak UPSR.
DSC_6173
Fish and chip dengan dua sos entah apa tak tau.. Siti Sarah punya ~ hari nie tak dak tom yam.
DSC_6176
Yang nie akau rasa chicken herb. Muhammad Ammar yang punya ~ sebut macam cerita Ahmad Albab.
DSC_6178
Chicken Chop dengan sos nenas. Isteri aku yang punya.
Si Firas ngan Fatini, kami oder french fries. Tapi depa pun cemuih nak makan benda tu. Orang lain makan macam-macam ~ kesiannnn.
DSC_6180
Cemuih makan french fries.
Isteri aku pi tengok menu apa yang tak pedas, lalu oder spaghetti seafood mushroom. Sementara nak sampai, nie dia kerja dia. Melayan kami, suap french fries kat semua orang.
DSC_6183
Selamat hari jadi kakak Sarah.
Haaa.. dah sampai pun Firas dan Fatini punya. Apa lagi dua-dua balun. Tak bubuh sos pun, makan kosong ja.
DSC_6184
Spaghetti Seafood Mushroom
Ada sedikit yang lebih kedua-dua orang tu makan, Sarah dengan Ammar pula balun. Aku pun rasa juga, seafood mushroom tu memang sedap dan banyak bahan seperti udang, sotong dan tentulah ada cendawan butang. Sarah siap kata kalau mai lagi dia nak makan spageti nie.

Firas dan fatini dah kenyang. Yang lebih nie aku, Sarah dan Ammar punya.
Keseluruhan makan kat sini sedap, persembahan hidangan pun menyelerakan. Istimewa yang tak terdapat kat restoran Western lain ialah sos yang digunakan. Kalau kat tempat lain mesti standard sos seperti sos mushroom dan black pepper tapi kat sini ada sos nanas dan apal. Boleh tahan sedap sos nie. Sedikit kekurangan ialah kuantiti hidangan yang sedikit kecil berbanding harga.

Nie dia suasana dalam restoran. Dalaman restoran di hias sederhana, meja kerusi disusun teratur dan kebersihan dijaga dengan baik, nampak tenang ja.
DSC_6159


DSC_6193
Kalau tak nak makan kat dalam, disediakan juga kerusi di kaki lima kedai dan juga diseberang jalan hadapan kedai, lebih santai.
DSC_6167
Restoran Farids Grill

Kepada yang nak datang, Restoran Farids Grill nie dibuka setiap hari dari 6 petang hingga 12 malam dan tutup hari Isnin. Lokasi di Pusat Perniagaan Zamrud, nak mudah terletak di shop lot sebelah Pasaraya Giant Sungai Petani Selatan bersebelahan Agro Bank. Lihat lokasi kat Google map kat bawah.

View Restoran Farid's Grill in a larger map


Selamat Hari Jadi Siti Sarah dan juga kepada Muhammad Ammar, Ahmad Firas dan Nur Fatini moga menjadi anak yang taat suruhan tuhan, menghormati ibu bapa dan menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat