Posts

Showing posts from May, 2015

Langkawi - Hari 1 : Langkawi Roro Atau Feri Biasa?

Image
Lama juga bersusah payah mak penakan dan ipar duai aku merancang nak buat Perjumpaan Anak Cucu Tok Minah, nak merapat dan berkenal-kenalan balik antara cucu cicit. Yang menjadi ketua ialah Mak Nyang aku lah. La nie anak cucu cicit dok merata, kadang-kadang dah macam tak berapa nak kenai. Arwah Tok Minah nie adalah tok sebelah arwah mak aku, dok kat Beras Terbakar, Padang Maksirat. Pusing sana pusing sini maka dengan rasminya terpilihlah 12 dan 13hb Disember 2014 hari Jumaat untuk dibuat program. Boleh kata hampir semua bersetuju nak datang. Boleh tahan ramai juga kaum kerabat.


Dah alang-alang nak sampai Langkawi, apa lagi masuk sekalilah pekej jalan-jalan bersama keluarga ke sana. Jimat sikit tambahan pula anak-anak cuti sekolah akhir tahun. Jadi kami set dok Langkawi 4 hari 3 malam, 12 hingga 15 Disember 2014. Sekarang dah ada perkhidmatan bawa kenderaan bersama penumpang ke sana, kami baru tahu. Macam menarik juga. Oleh kerana perjalanan dengan bala tentera seramai 6 orang dok conga…

10 Langkah Elak Panahan Petir

Image
Pagi tadi, bangun saja dari tidur hujan dah kedengaran. Lepas tu diikuti dengan kilat dan guruh, boleh tahan la. Teringat satu artikel usaha untuk elak dari di panah petir. Nie usaha saja, kalau dah di takdirkan kena. Yang tu kuasa Allah la.


Artikel nie menggariskan 10 langkah untuk elak panahan petir menurut pandangan pakar petir, Hartono Zainal Abidin yang disiarkan dalam Astro Awani.

1. HENTIKAN semua aktiviti luar dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!

2. LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan untuk dipanah petir.

3. JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.

4. JANGAN BERLINDUNG DI BAWAH POKOK atau khemah, bangsal kecil, kongs…

Kenapa 16 Mei Dipilih Sebagai Hari Guru?

Image
Dah sambut hari guru tiap-tiap tahun, tapi tahu tak kenapa 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia? Tahu dak negara-negara lain kat dunia nie pun menyambut Hari Guru tetapi pada tarikh-tarikh yang berbeza? Tarikh sambutan Hari Guru di setiap negara ditentukan oleh mereka sendiri berdasarkan sejarah atau peristiwa-peristiwa tertentu (rujuk Wikipedia). Jadi kenapa Malaysia memilih 16 Mei untuk menyambutnya?

Maklumat dari http://www.moe.gov.my/v/hariguru:

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan i…

Ayam Penyet Cak Nga

Image
Kita ke Indonedia pulak kali nie. Kali nie pekena ala-ala Indon pulak. Tak payah pi jauh-jauh, kat area Bertam juga. Bertam nie boleh diistihar sebagai Bertam Darul Makan, restoran berlambak yang hairan orang pun berlambak entah dari mana mai. Nie dia Restoran Cak Nga Ayam Penyet.

Macam biasalah untuk makan malam. Sampai ke restoran, cuaca pun OK, kami pilih dok kat luar ja. Sampai saja pelayan dah tunggu. Layanan kat sini memang terbaik. Menu pun sampai.  Pilihan makanan kebanyakan rasa indon, dah memang kedai ala indon. Tapi ada juga nasi ayam dan char koew teow.

Dah sampai ke restoran Ala Indonesia apa lagi, pilih menu indon lah dan yang pastinya kena cuba menu yang menjadi papan tanda restoran, Ayam Penyet. Hidangan boleh kata cepat sampai terutama char koew teow tak pedas untuk si kecil, A Firas dan N Fatini dan yang besar S Sarah.
Tak berapa lama ayam penyet dan asam pedas daging tetel pula menyusul. Ayam penyet datang dengan 2 saiz, M dan L. Aku pilih ayam penyet saiz L, boleh…

Kuliah Ilmu Mei 2015

Lepas GST, timbul pula cerita 1MDB dan Tabung Haji lepas tu merawit dengan Kumpulan Wang Pencen. Macam-macam yang dok pusing kat Malaysia nie. Apa-apa pun jom tambah ilmu di dada. Jom pakat ramai-ramai menambah ilmu di masjid dan surau sekitar Bertam Kepala Batas. Moga apa yang berlaku menjadikan kita lebih tabah dan dipermudahkan.

Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:


Posted by Masjid Abdullah Fahim SPU on Sunday, May 3, 2015

Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:


Posted by Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah,SPU on Wednesday, April 29, 2015

Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam, Kepala Batas:


Posted by Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam on Wednesday, May 6, 2015


Surau Al-Husna Bertam Perdana, Kepala Batas:


#supportlocaldakwah #janggutsyndicate #jommengaji #jomshare
Posted by Surau Al Husna Bertam Perdana on Friday, May 1, 2015
Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Kunjungilah Aku

Image
Masjid, terutama masjid yang cantik sering kali diletakkan dalam senarai lokasi untuk menjadi latar belalang photo terutama pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Jadi aku berpesan pada diri aku dan juga pembaca supaya jangan menjadikan madjid sebagai prop photo shoot sahaja tetapi menjadi tempat yang sentiasa untuk dikunjungi.

Penang : D'Paradise Seafood Teluk Tempoyak

Image
Pagi nie sebelum check out sekali lagi ke kolam renang dan pantai. Bagi puas hati budak-budak tu. Bukan selalu dapat main di kolam dan pantai. Hampir tengahari kami check out.

Sebelum sampai rumah Kami ke hujung satu lagi Penang nie, ke Batu Maung untuk cari makan. Dalam pencarian makan sedap di Penang tak jumpa tempat makan yang sedap di Kawasan Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi. Tapi tak kisah sebab Penang nie bukan besar mana pun, jadi kami menghala ke Batu Maung. Lebih tepat ke Teluk Tempoyak.

Sampai ke Batu Maung, mula konpius dimana jalan ke Teluk Tempoyak sebab tak nampak papan tanda. Jumpa seorang Brader kat tepi jalan tanya dia. OKlah jumpa juga simpang. Simpang yang penuh dengan iklan Seafood. Macam-macam restoran ada.

Kami masuk lorong tersebut. Mula-mula jumpa sebuah restoran seafood disebelah kiri, tapi kami terus lagi hingga ke hujung dan ketemu Medan Selera Teluk Tempoyak. Tapi sayang semua kedai tutup. Tanya kepada Makcik yang ada dekat situ. Dijawab kedai makan tutup …

Penang : Tanjung Bungah

Image
Selesai dan puas hati di Kidland kami bergegas ke Tanjung Bungah pula. Masa cuti sekolah inilah boleh melapangkan fikiran di tepi pantai ~ pakai topi besar, seluar pendek, kemeja bunga-bunga dalam kahyalan sahaja.

Melalui Agoda kami booking hotel Rainbow Paradise Beach Resort Tanjung Bungah untuk semalam. Saja nak bagi bebudak mandi kolam dan pantai sambil lepak-lepak.

Selesai check-in apa lagi makan nasi dulu yang dibeli di Restoran Nasi Padang Minang, memang sedaplah sebab dah jam berapa baru dapat makan tengahari. OKlah rehat sebentar.
Rehat pun tak lama, pakat-pakat tak sabar nak mandi kolam. Apa lagi bersiap apa yang patut turun kebawah. Kolam boleh kata padat dengan orang. Kolam untuk dewasa di sini kena pakai pakaian renang, jadi aku tak masuklah ~ tak kuasa nak pakai ketat-ketat. Dah mandi kolam, nak mandi pantai pulak.

Kolam boleh kata padat dengan orang. Dah mandi kolam, nak mandi pantai pulak.  Jommm saja.

Dah dekat nak senja baru boleh balik. Agenda malam nie yang pertam…