Showing posts with label Tadika Khalifah Intelek. Show all posts
Showing posts with label Tadika Khalifah Intelek. Show all posts

Hari Ihtifal Khalifah Intelek 2014

Gambar-gambar sepanjang Hari Ihtifal rangkaian Tadika Khalifah Intelek dan Pra Tahfiz pada 22 November 2014 yang lepas bertempat di Dewan ILP Kepala Batas. Gambar-gambar tak berapa elok sebab dok kerusi atas.
DSCF5436
DSCF5437
Ahmad Firas dan Nur Fatini.
DSCF5441
Siti Sarah dan Nur Fatini.
DSCF5443
DSCF5448
Buat tadika sendiri.
DSCF5452
DSCF5455
Dah habih arah.
DSCF5467
DSCF5470
DSCF5477
Acara persembahan di selang seli dengan anugerah kepada anak-anak tadika.
DSCF5481
DSCF5484
kisah Namrud yang di musnahkan oleh nyamuk
DSCF5489
Memberi sokongan padu kepada persembahan Muhammad Ammar. Suara Fatini telah mengegarkan dewan... "Abanggggg!!!!"
DSCF5495
Persembahan Muhammad Ammar.
DSCF5507
Kuda Kepang
DSCF5509

Majlis di tutup dengan jamuan oleh Tadika Khalifah Intelek. Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang telah mendidik anak-anak kami.

Hari Ihtifal Tadika Khalifah Intelek 2013

Baru saja balik dari perjalanan yang jauh dan Sabtu lepas, 16 November 2013 anak-anak yang berada di Pra Tahfiz Iman  telah hadiri Hari Ihtifal Rangkaian Tadika Khalifah Intelek dan Pra Tahfiz Iman 2013. Kali ini ihtifal diadakan di Dewan ILP Kepala Batas pula.

Kami sampai dalam jam 8.30 lebih, ibu bapa dah ramai datang. Kali ini majlis ihtifal diadakan dalam dewan kuliah, kami ambil kerusi antara barisan teratas. Acara dimulai dengan celoteh MC.
DSC_4431

Ihtifal kali ini mulanya kami tak nak datang sebab Siti Sarah dan Muhammad Ammar beri tahu mereka tak dapat hadiah apa-apa, cuma Muhammad Ammar saja yang ada persembahan. Demi nak bagi sokongan kepada M Ammar kami hadir juga.

Gambar kali nie tak berapa cun sebab ambil dari jauh saja. Nak turun bawah nanti Nur Fatini dengan Ahmad Firas nanti nak turun sama, seronok la main tangga. Layan antara gambar yang sempat aku rakam.
DSC_4434
Untuk mendapat keberkatan acara dimulai dengan bacaan doa oleh adik Mohd Nabil.
DSC_4436
Bacaan AlQuran dan terjemahan oleh Adik Nur Aimi dan Muhd Darwish.
DSC_4439
Persembahan dari adik-adik umur 3tahun, Chicken Dance ~ macam-macam gaya ada.

DSC_4442
Tanya Sama Pokok, adik-adik PG ~ kreatif cikgu-cikgu buat costume.
Acara diselang-seli dengan penyampaian sijil.
DSC_4448
Para penerima sijik K2
DSC_4453
Coral Speaking oleh K1 ~ terbaik
DSC_4459
Acara M Ammar masuk, Di Pondok Kecil ~ cuba cari Ammar kat mana?
DSC_4469
Penerima anugerah penilaian akhir tahun.
DSC_4473
Budi Bahasa Budaya Kita ~ bicara berirama oleh Pra Tahfiz
Selepas acara coral speaking diatas diadakan beberapa Penyampaian Anugerah. Tetiba sahaja M Ammar disuruh beratur sama untuk menerima anugerah. Kami pun tak tahu anugerah apa yang dia dapat. Sampai giliran dia, diumumkan penerima untuk Hafazan Terbaik. Ini kot yang selalu pengacara kata, kejutan demi kejutan.
DSC_4478
DSC_4482
Cikgu seronok, M Ammar masih lagi konpius dan terkejut dengan anugerah diterima.
Sekali lagi kejutan, S Sarah pun disuruh berbaris sama untuk terima anugerah. Kali ini dibacakan sedikit sinopsis mengenai beliau antara yang aku ingat cita-cita menjadi seorang Ahli Arkeologi dan memasuki Tadika Khalifah Intelek ketika usia 5 tahun. Yang buat aku pun sedikit panik dijemput ibu dan ayah ke atas pentas untuk memberi hadiah kepadanya. Anugerah Khas. Kalut aku pi dukung M Firas dan isteri aku dukung N Fatini ke pentas.
DSC_4493
Gambar dari atas pentas. Muka rasa tebai sedikit dok atas pentas.
DSC_4495
Bersama dua lagi penerima Anugerah Khas ~ terima kasih kepada brader yang tolong ambil gambar.
DSC_4502
Boria Ketaatan Ibu dan Bapa oleh Pra Tahfiz.

Acara penutup oleh adik-adik K2 yang menyampaikan lagu Tegar beramai-ramai.
Acara tamat lebih kurang jam 12 tengahari. Anak-anak Khalifah dibekalkan bekalan nasi ayam yang kami makan kat warung Tok Long kat Paya Keladi.

Akhir sekali diucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang telah mendidik anak-anak kami dan yang telah menjadikan acara ini meriah. Allah sahaja yang dapat membalas budi cikgu-cikgu.


Hari Ihtifal Khalifah Intelek & Pra-Tahfiz Cikal 2012

Layan.... slide show ala-ala HD Hari Ihtifal Rangkaian Tadika Khalifah Intelek dan Pra-Tahfiz Cikal 2012 pada 4hb November 2012 jam 9 pagi - 12 tengahari bertempat di Dewan MPC Kepala Batas.


Tahniah dan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak kami.

Gambar boleh lihat kat album nie.

Tadika, Taska Ta ta ta...

Sekarang banyak diperkatakan tentang tadika. Banyak dibahaskan tentang keperluan diujudkan tadika di premis perniagaan dan juga di sektor kerajaan. Tadika mejadi suatu agenda yang besar bukan sahaja untuk mendidik malah juga untuk memudahkan ibu bapa yang bekerjaya.

Untuk menanggani ujudnya tadika yang seperti cendawan tumbuh, maka dalam bulan Mac KPKT telah keluarkan garis panduan penubuhan Tadika. Banyak agensi-agensi yang terlibat dalam penubuhan tadika seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kenapa agenda Tadika ini penting? Salah satunya ialah di pusat-pusat ini memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak. Bila sahaja masuk darjah satu, guru-guru akan membuat ujian menentukan kedudukan kelas. Pelajar yang pandai / dapat jawab soalan dengan baik masuk darjah bagus dan yang kurang baik akan duduk kelas di belakangnya. Pengajaran asas di sekolah seperti mengenal A,B,C...., 1,2,3..., mengeja dan mengira dah dikurangkan. Tumpuan guru lebih kepada kemahiran yang lebih tnggi.

Oleh itu pengajaran ilmu asas mengenal huruf dan mengeja tak secara langsung diletakkan atas bahu ibubapa dan juga guru tadika. Oleh kerana tadika menjadi alternatif penjagaan kanak-kanak sementara ibu bapa bekarja maka tugas tadika secara langsung menjadi pendidik asas kepada kanak-kanak tersebut. Pendidikan yang diberikan bukan setakat akademik sahaja tetapi juga kemahiran berinteraksi.

Kadang-kadang kita manganggap pendidikan di tadika merupakan pendidikan tak formal, tetapi pendidikan awal inilah menjadi penentuan kedudukan mereka dalam darjah dan kebolehan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Oleh itu tugas guru tadika menjadi suatu tugas yang berat dan perlu pengiktirafan seperti guru-guru sekolah biasa.

Pendidikan awal persekolahan juga di sediakan oleh sekolah dinamakan pra-sekolah, tetapi tempat terhad dan tak semua sekolah menyediakannya. Untuk mendapat pendidikan awal yang baik ramai ibu bapa yang mencari tadika yang terbaik kadang-kadang menelan kos yang banyak. Ini untuk menentukan anak-anak mereka berada dikelas terbaik ketika memasuki alam persekolahan.

Dapatlah disimpulkan peranan tadika yang besar dalam sektor pendidikan negara. Tadika bukan sahaja pusat menjaga kanak-kanak sementara ibu bapa bekerja tetapi juga tempat mereka mendapat pendidikan pra-formal.

Dalam sub NKRA Pendidikan memberi penekanan kepada kepada pra-sekolah. Dicadangkan penambahan kelas untuk pra-sekolah untuk tahun 4 dan keatas begitu juga dengan bilangan guru terlatih. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pada 2010 diperkenalakan untuk menyeragamkan pembelajaran pra-sekolah. Begitu juga bantuan kepada anak-anak yang belajar di pra sekolah kerajaan dan permberian bantuan kepada prasekolah MOE, KEMAS dan JPNIN. Boleh rujuk NKRA Pendidikan.

Untuk penyeragaman, seeloknya pra sekolah diserapkan ke sekolah atau menjadi satu institusi baru dalam pendidikan negara. Biar skop pembelajaran di sekolah dikembangkan dengan menggunakan pendekatan yang seragam. Menjadikan sekolah nadi kepada pendidikan awal kanak-kanak.

Untuk menerapkan perkara ini pihak sekolah perlu mengenal pasti tujuan tadika diujudkan. Sebab yang utama ialah untuk menjadi lokasi penjagaan kanak-kanak semenetara ibu bapa bekerja ( contoh yang terdekat akulah) dan yang kedua tempat kanak-kanak mendapat pendidikan asas. Oleh itu kedua-dua faktor ini perlu diserapkan.

Sebab yang pertama ini memerlukan komitmen yang tinggi dimana pihak sekolah terpaksa memperuntukkan tenaga kerja, masa, ruang dan makanan. Tenaga kerja untuk pra-sekolah mestilah terlatih untuk menjaga dan mendidik mereka. Masa penjagaan kanak-kanak yang panjang berkemungkinan dari 7.30 pagi hingga ke petang. Ketika ini pra-sekolah hanya menjaga kanak-kanak sehingga tengahari sahaja selepas itu kanak-kanak itu terpaksa diambil balik oleh ibu bapa atau ke pusat jagaan lain. Ruang ialah ruang untuk mereka belajar, tidur dan bermain dan penyediaan makanan untuk kanak-kanak tersebut sepanjang berada di situ.

Sebab ke dua, pembelajaran. Sekarang ini berbagai aliran yang pihak tadika swasta bawa seperti aliran agama, inggeris dan bermacam-macam lagi. Oleh itu diharap Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dapat menyeragamkan kaedah pengajaran tadika dan pra sekolah swasta. Jika diadakan di lingkungan sekolah atau dibawah satu institusi pendidikan negara memudahkan segala sistem baru yang diperkenalkan akan menjadi intipati pembelajaran awal kanak-kanak.

Disebalik cadangan ini adalah untuk menjimatkan kos. Jadikanlah ia sebagai pusat yang mendapat bantuan penuh kerajaan. Ketika ini kos sara hidup semakin tinggi. Daripada duit kerajaan di tabur dengan sewenang-wenangnya adakah lebih baik memberi bantuan dengan cara lebih berhemah dan meluas.

Oleh itu tadika swasta yang hendak menjalankan perniagaan perlulah menunjukkan komitmen yang tinggi. Disamping menggunakan kurikulum yang ditetapkan kerajaan, nilai tambah perlulah dimasukkan seperti bahasa Inggeris, agama, alat-alatan permainan yang menarik dan sebagainya. Ini juga mengelakkan dari tadika swasta menangguk diair keruh untuk mendapat keuntungan yang berlebihan.

Kerajaan juga boleh menyerapkan tadika swasta sedia ada kedalam institusi pendidikan negara, perkongsian pintar. Dimana kerajaan membayar tadika ini untuk bergerak dibawah kawalan kerajaan dan guru-guru dilatih oleh pihak kerajaan. Ini akan memberi kelebihan kepada kerajaan dimana tak perlu mengadakan premis baru dan pihak swasta mendapat keuntungan.

Kemungkinan untuk memberi pendidikan percuma sepenuhnya mungkin satu bebanan kepada kerajaan, tetapi perbelanjaan untuk pemimpin masa hadapan yang akan membina negara ini perlu kepada pengorbanan. PERMATA negara bukan untuk segelintir yang cerdik sahaja tetapi semua anak-anak Malaysia adalah permata negara dan layak menerima pendidikan yang terbaik.

Dalam sub NKRA Pendidikan - Prasekolah :

i.Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+) kepada 87% menjelang 2012; serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Dalam memastikan pencapaian sasaran ini, Kerajaan telah menetapkan 7 strategi utama iaitu
ii.Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan
iii.Melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
iv.Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah KPM, KEMAS dan JPNIN.
v.Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
vi.Menambahkan bilangan prasekolah di kawasan miskin bandar, luar bandar dan pedalaman.
vii.Meningkatkan perkongsian pintar kerajaan –swasta.
viii.Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan.

p/s: Selamat hari guru kepada setiap guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-usatazah, guru tadika, guru tiusyen dan setiap orang yang menjadi guru aku. Moga-moga apa yang dicurahkan mendapar balasan setimpal oleh Allah.

Hari Ihtifal 2011 - Belakang Tabir

Selesai sudah Hari Ihtifal 2011 pada 19 November 2011 yang dianjurkan oleh Tadika Khalifah Intelek dan Pra-Tahfiz CIKAL yang diadakan di Dewan LPPKN Bertam.
Mula-mula program ini mengkehendaki setiap orang yang akan hadir membayar RM 15.00 untuk dewasa tak kira ibu bapa atau datok nenek atau bibik dan kanak-kanak RM10.00 tetapi dikecualikan kepada anak-anak yang menuntut / transit di Khalifah atau Cikal.

Ramai ibu bapa yang tak bersetuju. Kenapa perlu dibayar ?  Dari makluman yang diterima duit itu untuk kos makanan yang spesial dan juga persediaan-persediaan yang perlu di sewa untuk menjadikan majlis kali ini meriah.

Oleh kerana ramai ibu bapa yang tak bersetuju sebab kos yang tinggi lagi pun ibu bapa yang datang betujuan untuk melihat anak-anak mereka naik pentas menerima hadiah atau membuat persembahan. Tak perlulah makan hebat-hebat dan stage yang ganas macam Festival Filem Malaysia.

Dari pandangan peribadi aku dan juga pandangan orang lain yang aku boleh terima ialah:

1- Dewan yang digunakan sempit. Ada ibu bapa yang kena berdiri walau ada kerusi yang kosong tapi tak selesa sebab sempit. Jika boleh dapatkan dewan yang lebih besar.

2- Teater muzikal tak dapat nak di paham mesej apa yang hendak disampaikan.

3- Anak-anak yang masuk menari dalam teater tak tau dari kelas mana dan sekejap sahaja atas pentas. Sebelum ini setiap kelas contohnya PG akan membuat persembahan tersendiri.

4- Jika boleh untuk persembahan digunakan suara dari anak-anak tadika sendiri.

5- Masih lagi teater, pakaian yang dikenakan ketika pementasan kadang-kadang tak mencerminkan sebuah tadika Islam.

6- Lebihkan menggunakan tenaga kreativiti dari pengajar seperti dari segi pakaian. Tak perlulah sewa sebab ibu bapa nak lihat kreativiti anak-anak dan juga inisiatif dari guru-guru untuk menjayakan program. Contoh buat pakaian dari kotak atau barang terpakai.

7- Pengacaraan majlis kalau boleh ambil di kalangan anak-anak tadika. Mungkin tidak semantap pengacara import tetapi keletah mereka boleh menghidupkan majlis disamping memupuk keberanian anak-anak. Kekurangan kalau anak-anak jadi pengacara tak dapatlah depa nak ulang sebut mengenai kos-kos yang tadika tanggung.

8- Kurangkan penggunaan alat-alat kesan khas seperti lampu dan asap. Bukan tak cantik, tetapi menambahkan kos ( kalau mampu, teruskan).

9- Dalam pengacaraan majlis tak perlulah diulangkan tentang kos-kos yang perlu ditanggung tadika kepada ibu bapa. Diharap sebelum perlaksanaan sesuatu program penilaian kemampuan dapat dipastikan dahulu, ukur baju di badan sendiri. Aku ada juga tanya ibu bapa yang ada anak-anak di tadika lain, ada apa-apa bayaran untuk hadir hari anugerah? Ramai kata tak ada pun. Tak perlulah aku nyatakan tadika mana tetapi cawangan dia memang berlambaklah.

10- Adakan persembahan bercerita terutama dalam bahasa Inggeris. Kalau tak ada cerita nabi-nabi dalam bahasa inggeris hentam sajalah cerita Cinderella, Sleeping Beauty.

11- Majlis untuk anak-anak tak perlulah formal sangat. Kita datang dengan gembira dan kita hendak lihat anak-anak pun gembira. Kanak-kanak tetap kanak-kanak, mereka manusia biasa, kalau terlari sana-terlari sini tu perkara biasa ( yang tak mau anak-anak yang dok diam saja ) lainlah kalau konvokesyen universiti, yang tu untuk orang dewasa. Jadi teguran tu perlu lihat situasi.

12 - Makanan tu nak sedia atau tak kepada hadirin terpulanglah, yang datang tu nak lihat anak-anak buat persembahan dan menerima hadiah. Tapi untuk anak-anak yang kena buat persembahan dan kena datang awal perlulah di sediakan makanan. Makanan untuk anak-anak perlulah bersesuaian dengan tempoh masa mereka terpaksa menunggu di belakang pentas sehingga tamat. Kanak-kanak ni aktif jadi makan cepat dicernakan. Ishhhh... apa melalut ni, tentu yang menguruskannya lebih faham. Aku pernah hadiri satu hari anugerah tadika di adakan kat hotel, tiada bayaran diminta dan tak disediakan makanan pun kepada hadirin, ibu bapa tak komlen pun. Janji dapat melihat anak-anak atas pentas.

13 - Kemeriahan sesuatu acara bukan terletak kepada berapa banyak kos yang dilaburkan tetapi bagaimana kita menguruskan acara itu dan menarik perhatian hadirin. Jika tadika tentulah persembahan dan keletah anak-anak menjadi perhatian dan hadirin juga ingin melihat kreativiti yang dihasilkan.

Mungkin konsep penswastaan yang diterapkan oleh Tun Mahathir sudah memasuki tadika. Jadi untuk memeriahkan suasana dijemput pemain import dan segala macam alat yang diharap dapat menaikkan suasana. Oleh itu diserahkan kepada pemain import ini mengambil alih sebahagian tugas yang sepatutnya diuruskan oleh tadika.

Ini saja yang aku terfikir, nanti aku tambah kalau ada lain-lain atau pembaca boleh tambah yang mana difikirkan perlu.

Renung-renungkan dan  selamat beramal.

Hari Ihtifal 2011

Setelah sekian lama berlatih , hari ni akan berlangsung upacara graduasi dan penyampaian hadiah untuk pelajar-pelajar Tadika Khalifah Intelek dan Pra-Tahfiz CIKAL. Kali ini Dewan LPPKN Kepala Batas yang baru sebulan dirasmikan menjadi tempat berlangsungnya Hari Ihtifal 2011.

Tahun ini anak-anak di minta berada di Dewan LPPKN seawal jam 7.00 pagi. Jadi kami bersiap macam nak pi sekolah juga. Kali ini makan pagi disediakan jadi tak berapa kalut sediakan makan pagi, cuma minum susu saja lepas tu hantar depa ke dewan. Nak masuk dewan awal sangat jadi kami dengan si kecil Firas pi makan kat kantin Hospital Kepala Batas.

Jam 8 pagi lebih kami ke dewan semula. Kereta hampir penuh di luar dewan. Sampai ke dewan di beri buku cenderamata yang ada nombor cabutan bertuah. Masuk ke dalam dewan terasa sempit. Cari kerusi. Duduklah mana yang selesa, maklumlah bawa putra raja yang tak berapa paham bahasa lagi, si kecil.
Kali ini berbeza sedikit dengan tahun lepas sebab kali ini ada jualan makanan, buku, pakaian dan pekej foto di luar dewan.

Hampir jam 9 pagi acara bermula. Kali ini juga berbeza sebab persiapan lebih grand continental dari biasa. Kali ini ada DJ import, sistem lampu, videoman, fotoman, prop dan costume yang di import, penasihat persembahan yang diimport juga.

Acara di mulai dengan DJ memperkenalkan diri dan juga di beritahu kepada ibu bapa supaya tak lalu di kawasan depan dewan untuk ambil gambar.

Acara dimulai dengan bacaan doa oleh adik Arif Hilmi.

Diikuti dengan bacaan Al-Quran oleh dua orang Qari kecil iaitu adik Sharifah Safia Zahra dan adik Amir Husain.

Tanpa berlengah masa acara penyampaian sijil tamat atau graduasi di berikan. Anak aku Muhammad Ammar tergolong dalam orang-orang telah tamat pengajian darjah 0 di tadika Khalifah intelek.
Selepas itu disusuli dengan penyampaian hadiah kepada yang mendapat nombor terkecil. Siti sarah mendapat tempat ke dua.

Hadiah kemuncak kepada anak-anak yang berakhlak mulia, pelajar harapan, pelajar cemerlang dan lain-lain yang menunjukkan prestasi yang membanggakan. Acara diteruskan dengan bacaan yasin oleh enam orang adik-adik dari Tahfiz.

Diikuti oleh laungan azan.

Habis sahaja acara anak-anak nie dia ceramah motivasi oleh Ustaz Abdullah Khairi selama 20 minit. Beliau menekankan kepada pentingnya mendidik anak-anak dengan sabar kerana itulah harta yang akan membantu kita di akhirat kelak.

Habis sahaja motivasi oleh ustaz anak-anak pra-tahfiz CIKAL mendendangkan lagu tema Imam Muda 2 ( HambaMu) dengan penuh bersemangat.

Yeahhhhh.... terimalah acara kemuncak iaitu teater kanak-kanak berjudul " Siti Di Alam Fantasi ". Teater ini pernah di pertontonkan di Istana Budaya. Ini versi yang telah dipendekkan sebab yang original rasa aku lebih 2 jam. Cerita telah dipendekkan jadi tak berapa nak paham jalan ceritanya. Teater ini menggunakan kostum / pakaian khas yang banyak. Layan sajalah gambar kat bawah ini.
Muhammad Ammar jadi ulat


Teater ini diakhiri dengan memperkenalkan cikgu yang mengajar koreografi untuk setiap segmen / haiwan dan disudahi dengan di minta ibu bapa berdiri menyanyikan lagu 1Malaysia.

Selesai sahaja teater. Cabutan bertuah dijalankan. Antara yang bertuah ialah kamilah sebab dapat buku.

Acara diteruskan dengan dikir barat oleh kanak kanak Pra-Tahfiz Cikal. Anak perempuan aku, Siti Sarah ambil bahagian. Tapi muka tak berapa nampak sebab dok belakang.

Sekali lagi cabutan bertuah dan acara pun tamat lebih kurang jam 12 tengahari.  Makan telah disediakan untuk semua yang di pack.

Untuk tahun depan ada promo akan dibuat teater Aladdin pula.



Akhir sekali aku ucapkan terima kasih kepada semua tenaga pengajar Tadika Khalifah Intelek dan Pra-Tahfiz CIKAL yang telah mengajar dan bersabar dengan telatah anak-anak aku. Jasa semua guru-guru hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.