Monday, December 28, 2009

Nasi Lemak Haji Ali

Petang ini kami balik ke Alor Setar sebab esok bapa aku akan sampai ke rumah dari mengerjakan haji. Jadi Malam tak ada apa nak buat kami pi pekena Nasi Lemak Haji Ali. Nasi lemak nie aku cari sebab ada sorang tu dah commen kat blog ini kata Nasi Lemak Royal tak berapa best berbanding nasi Lemak Haji Ali. Jadi aku dah Google lokasi nasi lemak nie.
Aku pi rasanya lebih kurang jam 9 malam. Masa aku pi lauk dah nak habis. Tinggal beberapa jenis saja. Yang cedok lauk tu cakap kedai ni buka dari jam 4 petang sampai malam. Walau dah lauk kurang orang yang datang ramai juga.
Aku pilih beberapa lauk ayam goreng, dalca, acar rampai, nasi lemak, daging, kuah. Nasi lemak rasanya bukan macam orang melayu buat rasa dia lain sikit macam Nasi Lemak Royal.
Sekarang dah macam ada trend mesti ada ayam goreng panas untuk menarik orang datang walau minyak goreng dah pekat macam minyak enjin.

Bagi pendapat aku la, Nasi Lemak Haji Ali rasa dia kurang sikit dari Nasi lemak Royal. Kuah campur dia pun kurang mengancam. Acar rampai dia memang best isteri aku memang puji. Tapi apa-apa pon semua pinggan licinnn. Rasanya aku patut datang lebih awal sikit mungkin ada lauk yang menarik lagi.

Lokasi kedai di Persiaran Sultan Abdul Hamid ( Seberang Perak ). Aku nak cerita pun tak berapa reti sebab dia dapat pi dari berbagai arah. Tengok map ja lah.

Sunday, December 27, 2009

ND Nasi Kandar

ND Nasi Kandar ni kira selalu la juga kami semua pi. Makanan dia macam nasi kandar biasa la, kari, sotong, ikan, telor sotong dan macam-macam lagi la.

Rasa dulu nama gerai ini lain sikit, aku pun dah lupa dah apa kenamanya. Tapi yang meniaga orang yang sama gak. Orang memang ramai.
Menu yang kau suka iaitu sup cicah roti banggali dia. Macam-macam jenis sup ada, sup kambing, daging, urat, lidah, ayam, perut dan macam-macam lagi la.

Waktu dulu-dulu masa isteri aku bawa waktu baru-baru kawin ada la empat ke lima tahun dulu, sup dia lebih pekat dan sedap. Tapi kali ni aku pi sup dia ceroi (cair) sikit dan isi pun kurang, mungkin harga bahan mentah la nie semua naik kot. Garai dia buka waktu petang sampai malam. Terletak dikaki lima bersebelahan United Overseas Bank dan bertentangan dengan Menara Telekom Bagan.

Saturday, December 26, 2009

Ex PUO 91-93 Gathering - Hari Kedua

Sambungan dari -->Ex PUO 91-93 Gathering - Hari Pertama

26hb Disember 2009 hari Ahad, merupakan hari kedua kami di Teluk Rubiah Resort. Pagi ini bermula dengan kami menyusuri ombak ditepi pantai. Menghirup udara segar Teluk Rubiah. Walau Teluk Rubiah tidak mempunyai sejarah dalam hidup aku tapi untuk hari ini dan kelmarin ia telah mengukir suatu sejarah. Sejarah yang mengetemukan semula kawan-kawan lama yang telah meninggalkan zaman menjadi pelajar di Politeknik Ungku Omar Ipoh pada tahun 1991 hingga 1993. Sudah 16 tahun berlalu.
Sambil menyusuri gigi air, kisah-kisah silam sentiasa berputar bersama deruan ombak menghempas pantai. Pasti hari ini apa yang akan dibualkan sama seperti semalam juga, tentang kisah-kisah lama. Tapi kisah-kisah ini merupakan sejarah yang tak akan luntur dan sentiasa segar dalam minda. Hari ini kisah-kisah itu pasti akan digilap lagi menjadi kenangan abadi.

Hampir setengah jam menyusuri pantai, kami ke khemah sama tempat seperti kelmarin. Sarapan dah disediakan. Hebat urusetia yang mengendalikannya. Semua perkara telah di diatur dengan baik. Terima kasih sekali lagi kepada Zurin dan Firdaus. Semua keluarga telah turun untuk menikmati sarapan.

Seperti semalam banyak perkara yang dibualkan. Kisah-kisah silam dan juga kisah-kisah yang diharapkan berlaku dimasa akan datang. Mengharapkan perjumpaan Ex PUO 91-93 ini akan berlaku lagi, insyaAllah.

Kali ini masa berbual tak boleh lama, anak-anak dah nak mandi laut, kelmari mandi tak puas sebab dah petang. Bukan kata anak-anak aku pun sama. Nak berendam puas-puas. Hampir ke tengahari baru aku dan yang lain naik. Puas rasanya mandi laut. Tamat lah acara untuk hari ini. Setiap keluarga berkemas barang-barang di chalet untuk pulang.

Untuk kali terakhir di Teluk Rubiah, kami berkumpul di bawah semula untuk bergambar dan bersalam-salaman.
Nombor-nombor talifon saling bertukar, insyaAllah kalau ada kelapangan boleh calling-calling.
Berbagai kenangan di Teluk Rubiah yang mengetemukan semula selepas 16 tahun tak berjumpa. Mungkin ketika sampai kesini kita mengadu sebab TV tidak ada, tuala lambat sampai, penghawa dingin yang panas, siling bocor dan lain-lain lagi. Tapi ketika ini perkara-perkara itu mungkin dah dilupakan, itu hanya perkara picisan. Ketika ini...Hanya kenangan manis yang dibawa bersama. Hanya perkataan terima kasih sahaja yang dapat diucapkan kepada kawan-kawan yang bersungguh-sungguh menjayakan perjumpaan ini. Hanya harapan dan semangat yang menggunung untuk mengulangi sejarah hari ini berlaku dilain tahun. Hanya mengharapkan kawan-kawan sentiasa berhubung.

Lihatlah slideshow yang aku buat ni...layann.


video

Boleh lihat gambar-gambar dari album dalam photobucket aku.

Sampai jumpa lagi dilain kali

Ex PUO 91-93 Gathering - Hari Pertama

Setelah hampir atau lebih dari setahun merancang dengan berbagai ide-ide untuk mengetemukan semula kawan-kawan yang telah lama tak berjumpa. Setelah sekian banyak email yang telah mengisi perut peti surat maya dan berbagai tarikh dan destinasi untuk menghimpun semula kawan-kawan lama. Pada mulanya seperti setiap perkara mudah diusahakan semakin panjang masa berlalu semakin sukar perjalanannya semakin benyak yang menyisihkan. Ada yang hatinya yang hampir berputus asa dan ada yang masih mengharap suatu masa dan ketika pasti masih boleh berjumpa.

Tanggal 25hb Disember 2009 dipilih sebagai tarikh keramat untuk menyatukan semula kawan-kawan lama yang telah belajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh tahun 1991 hingga 1993. Teluk Rubiah dipilih sebagai destinasi untuk berjumpa. Lalu dikeluarkan soal selidik untuk mengetahui siapa yang sudi hadir. Lalu terbitlah nama-nama yang akan menyertainya. Setelah sekian lama nama-nama yang panjang berjela sudah tinggal beberapa kerat sahaja. Kepada Firdaus dan Zurin di ucapkan berbanyak terima kasih, dengan usaha yang tak pernah jemu untuk menjayakan perjumpaan ini. Mereka telah bertungkus lumus menyediakan segala kemudahan kepada yang akan hadir. Walau yang telah berjanji akan hadir tidaklah ramai tetapi rasaya cukup untuk permulaan kepada yang lebih besar.

Dalam suatu perjalanan yang berliku dan berlopak. Alhamdullilah seawal jam 1 tengahari aku sudah sampai ke Teluk Rubiah Golf and Resort. Dari kejauhan nampak suatu pemandangan yang cantik dan mendamaikan. Disekitar resort kelihatan ramai orang mungkin dari kumpulan tertentu. Terus aku check-in. Diberitahu aku datang dengan group Zurin terus diberi aku kunci bilik.



Disekitar dibina banyak resort atau chalet kayu 2 tingkat. Aku dapat bilik yang diatas. Berhati-hati kami menaiki anak tangga yang ada diantaranya sudah tak bermaya. Di dalam memang cantik.


Tetapi setelah dilihat sejenak kedalam bilik itu baru tersedar mereka tidak menyediakan TV dan tuala. Lalu aku kebilik air, nampak tidak terurus dengan paip di singki yang sudah rosak dan tandas yang sentiasa mengeluarkan air. Lalu aku macari talifon untuk membuat aduan tetapi tidak disediakan talifon pula. Lalu aku turun kebawah untuk pergi ke kaunter. Di kaunter diberitahu TV sudah rosak dan tiada ganti sebab bilik sudah penuh. Tuala mereka akan hantar jam 5 petang. Setelah buat aduan aku berlegar di bawah.

Buat seketika kelihatan Shidi, berjumpa juga aku dengan kawan lama. rasanya dah 16 tahun tak jumpa walau tinggal di negeri yang sama Pulau Pinang. Setelah bersembang tak lama kemudian Firdaus pula sampai, orang kuat perjumpaan ini. Setelah bertanya khabar dan bersembang seketika aku kembali kebilik berehat.

Jam 5 petang seperti yang diberitahu oleh Firdaus kami sekeluarga turun ke suatu khemah yang dikhaskan untuk minum petang. Khemah terletak berhampiran pantai. Disitu disediakan sedikit juadah petang. Disitu juga aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Rasanya sudah 16 tahun tidak berjumpa. Semua sudah bekeluarga dan beranak pinak. Ada yang kekal bentuk seperti dulu ada yang dah berlaku transformasi. Zurin yang banyak berusaha menjayakan perjumpaan ini merupakan jiran kat belakang rumah sewa aku di Taman Cempaka.

Ada 8 keluarga yang hadir, cukup meriah. Acara makan petang berlangsung dengan mengimbau kisah-kisah zaman muda-muda dulu dan berkenalan dengan ahli keluarga masing-masing.


Lewat petang anak-anak aku dah tak sabar nak main laut. Aku dan anak-anak apa lagi mandi lah. Aku yang lebih, anak-anak masih takut untuk mandi air laut lagi. Lama kelamaan mereka dah ok setelah dapat kawan-kawan baru. Tahniah kepada Rosnan kerana telah memeriahkan acara sukan air bersama anak-anak kami.


Setelah puas mandi, malam pula ada acara BBQ, kami berkumpul lebih kurang jam 8 malam. Firdaus dan Shidi jadi tukang bakar dan selepas itu beberapa ahli lain pun turut serta. Memang meriah. Ayam, sotong, ikan dan sosej (kegemaran semua) menjadi magsa malam ini.

Kemeriahan sanggat terasa sehingga ayam yang di panggang sudah menjadi karbon.

Ini lah salah seorang chef profesional.

Semua dah tak sabar untuk menikmati hidangan yang disediakan. "Bagi yang anak-anak dulu, kaum bapa kemudian".

Anak-anak aku dah dapat kawan baru. Mungkin mereka ini akan meneruskan persahabatan antara Ex PUO yang hadir ini.

Ada yang masih sama seperti di PUO dan ada yang dah berlaku transformasi.

Tiba waktu makan, suasana sepi menyelubungi khemah. Hanya bunyi pinggan dan mulut mengunyah sahaja yang kedengaran.


Disamping makan-makan, diadakan sedikit ucapan dari setiap keluarga. Banyak ide-ide untuk memantapkan lagi perjumpaan akan datang seperti lokasi yang akan diadakan selepas ini dan menyediakan laman web untuk menarik lebih banyak ahli.

Terakhir sekali pemberian cenderahati kepada keluarga yang hadir. Hebat penganjur ( Firdaus dan Zurin) siap dengan cenderahati lagi.

Acara terakhir malam ini adalah bergambar beramai-ramai. Dari gambar tu baru perasan ada 45 orang yang hadir mewakili 8 keluarga. Kalau lah 15 keluarga yang hadir, mau dekat 100 orang. Keluarga yang hadir keluarga Zurinawati (SEP), Noor Rashidi (STK), Firdaus (STK), Naemah (STK), Zarina (STK), Rosnan (SJA), Sitinoor Megawati (STK) dan aku (STK).

Berakhirlah sehari yang penuh dengan kenangan. Segar mengenang kembali kisah-kisah dulu di Politeknik Ungku Omar.

Tontonilah slide show yang gambar-gambar yang aku ambil kat sana.

video
Boleh lihat gambar-gambar dari album dalam photobucket aku.

Friday, December 25, 2009

Lumut : Ikan Bakar Villa Lumut

Petang setelah sampai ke Lumut, talipon Firdaus tanya tempat makan yang best kat area Lumut terutama sea foo la. Ada la dia bagi beberapa seperti D'Muara. Dia bagi la petua-petua kat aku jalan kesana.

Selepas lepak kat Jeti Lumut dan Waterfront Lumut, malam tu kami pi la cari kedai makan seperti yang diceritakan oleh Firdaus. Sampai ke simpang empat, jumpa la sedet kedai dan ditengah-tengah ada sebuah kedai makan besar berhawa dingin tak silap aku D'Muara. Tapi aku tengok dari cermin kedai ada 2 meja sahaja ada orang. Kami ambil keputusan tak mau pi la kedai tu, orang tak dak mesti tak sedap.

Aku pandu lagi dihadapan deretan kedai itu, sampai dihujung beberapa blok deretan kedai lalu ternampak sebuah kedai yag penuh dengan manusia. Apa lagi terus berhenti kat depan kedai itu.

Tertulis nama Ikan Bakar Villa Lumut. Setelah mencari tempat duduk aku dan isteri pi pilih ikan dan sotong untuk dimasak. Kami order kailan ikan masin, Tomyam, Siakap 3 rasa (tak silap aku la), sotong goreng tepung, kerang bakar.
Order kami kira cepat la sampai dengan manusia yang ramai tu. Tapi kami tak berapa berkenan dengan kerang bakar. Kerang tak berapa elok macam busuk ja.

Tak sangka, semua makanan tu clearrrr. Kalau ikut makanan tu rasanya untuk 4 orang dewasa, tapi kami tibai abiss.

Masa balik kami lalu semula dihadapan kedai yang pertama kami lihat D'Muara, terkejuttt punyalah ramai manusia kat kedai tuu, tadi macam tak dak orang pun. Mungkin orang pi selepas sembahyang Maghrib, aku jamak jadi boleh keluar awal la, kita pelancong.
Lokasi kedai, aku pun tak tau nak cerita tapi bila aku dok tengok keliling ternampak Orchard Inn terletak tak berapa jauh disebelah kedai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...