Restoran Tajuddin Hussain

Lama tak tulis makan-makan area Penang. Selalunya kalau nak makan area pulau selalunya sebab outing dengan Siti Sarah. Saja-saja nak datang Penang nak makan rasanya tak berbaloi. Pernah sekali ke restoran ini hari Ahad. Sampai sahaja di Jalan Queen, jalan raya terasa lengang. Tercari-cari restoran ini dimana. Dari review katanya orang ramai. Tengok kiri kanan jalan baru jumpa papan tanda, tapi dah tutup. Tanya orang yang ada disitu, katanya restoran ini tutup setiap hari Ahad. Patutlah lengang saja.

Yesss.. kali ini dapat keluar dengan Siti Sarah hari Sabtu. Aku tak ingat program apa yang diadakan disekolahnya masa itu. Janji kami satu famili dapat outing hari Sabtu. Kami terjah semula restoran ini. Kali ini jalan Queen tak lagi lengang. Bukan kerana restoran ini dibuka sahaja tetapi dengan garai-gerai masyarakat India disepanjang jalan. Parking pun amat sukar. Alhamdulillah setelah beberapa kali pusing dapatlah paking berhampiran restoran. Nie dia restoran yang di cari, Restoran Tajuddin Hussain.
Restoran Tajuddin Hussain

Restoran ini bukan sahaja terkenal kepada pelancong luar tetapi juga masyarakat tempatan, penduduk Penanglah tu. Kalau nak cari restoran yang sedap kena cari yang penduduk Penang selalu makan. Yang femes kat pelancong tak semestinya sedap lagi. Kadang-kadang kuasa media sosial manjadikannya femes.
Semua meja penuh ermm..


Restoran ini berbeza dari restoran nasi kandar lain. Disini untuk yang nak makan diminta cari tempat duduk dulu. Yang nak bungkus sahaja diminta beratur. Kami pastinya nak makan disini, baru ada feel. Puas juga mencari tempat duduk. Nak cari meja yang kosong memang sukar, tambahan hari cuti, orang ramai. Jadi tumpanglah dimana ada meja kosong, janji dapat duduk sama-sama.
Siapa yang nak bungkus dipersila beratur. Makan disini sila duduk.

Setelah ada tempat duduk, pelayan datang tanya nak makan apa. Tak banyak pilihan sangat masakannya. Ada ayam, udang, ayam piru, kambing dengan beberapa jenis masakan seperti kurma, rose, kari dan sebagainya. Selain nasi putih ada nasi beriyani dan nasi tomato. Sebut sajalah nak makan apa, nanti mereka akan bawa. Makan disini tak ada nasi kuah taruh atas dengan lauk. Semua dihidang.
Antara menu yang ada di Restoran Tajuddin Hussain.

Sementara makanan yang dipesan sampai. Tiba suatu yang ada kelainan dari restoran nasi kandar lain. Disini ada disediakan rassam / rasam yang diletakkan dalam jug atas meja. Kepada yang nak rassam ini boleh sahaja tuang dalam cawan ~ layan diri. Memang asli disini. Rassam ini nak makan dengan nasi boleh atau nak hirup macam minum teh panas pun boleh. Aku hirup saja, baru nampak keasliannya.
Yang ini rare. Rassam atau sup mamak. Boleh diminum begitu saja atau dijadikan kuah untuk nasi.

Tak berapa lama apa yang dipesan sampai. Layan apa yang kami pesan dibawah.
Nasi tomato (kalau tak silap) dengan ayam goreng, ayam ros (dah tinggal kuah) dan sayur bayam mamak style.

Kambing kurma


Semua masakan memang sedap. Terasa dia punya kuah. Mungkin sebab itu restoran ini tak ada cawangan untuk mengekalkan keaslian masakan mamak. Harga pula bagi pendapat aku dalam kategori mahal sedikit berbanding dengan saiz hidangan. Tapi jika dikira dengan kesedapan yang dinikmati, menjadikan dalam situasi menang-menang.
Antara masakan yang ada di Tajuddin Hussain.



Disini bila datang hanya semata-mata untuk menikmati makanan. Tak ada disediakan TV boleh layan ASTRO bagai. Kalau ada benda ini rasanya makin sesak sebab pelanggan dok lepak lama-lama dan orang lain tak boleh duduk.

Kepada yang hendak menikmati kesedapan nasi kandar original mamak boleh datang kesini. Dikawasan ini juga banyak dijual barangan kaum India. Dibawah aku beri sedikit info.

Alamat :
Restoran Tajuddin Hussain
49 & 51, Queen Street,
George Town,
Pulau Pinang

Waktu buka:
Dibuka hari Isnin hingga Sabtu jam seperti dibawah.
11.00 am - 3.30 pm
6.30 pm - 10.00 pm
Ditutup hari Ahad.

No Telefon:
04-262 5367

GPS:
5°25'02.3"N 100°20'19.3"E
5.417309, 100.338691

Lokasi dari Google Map:

No comments:

Post a Comment