Perjalanan di lorong ini sebagai mengisi perut ketika menunggu proses membuat pasport di Jabatan Imigrasen berdekatan. Pagi, belum makan apa-apa lagi. Terasa nak sesuatu yang berat. Aku menyusuri Lebuh Union. Terjumpa sederet gerai tepi jalan. Ada tiga gerai, Kareem Pasembor Rojak, Mansoor Halia Cafe menjual roti bakar dan air dan gerai burger.
Parking awam dikawasan ini memang sukar dapat terutama yang berkereta. Jadi kalau nak mudah naik motorsikal atau parking sahaja di parking persendirian atau pun parking jauh sikit.
Perjalanan diteruskan sehinga ke hujung, di persimpanagn antara Lebuh Union dan Penang Street. Ada sebuah restoran nasi kandar dibawah Hotel Merlin. Dengar kata antara nasi kandar terfemes di Penang.
Nasi Kandar Merlin |
Antara hidangan yang ada, kari ikan, ayam, telur dan sebagainya. |
Yang femes disini, kari kepala ikan. |
Menu yang ada tak banyak pilihan. Disini terkenal dengan Kari Kepala Ikan. Tapi aku sorang-sorang mana habis seketul lagi pun aku tak minat kepala ikan. Selain itu ada juga kari, sambal ikan, ayam, daging, sotong dan beberapa menu lain. Aku ambil ayam goreng dan bendi dan kuah campur. Ayam goreng besar - potong empat rasanya.
Yang aku pilih, ayam, bendi, kuah campur. Harga RM7 |
Masalah betullah nasi kandar sekarang ini, suka bagi pinggan kecil. Bagi aku ini bukan pinggan tapi piring. Susah nak gui.. tau dak apa tu gui? Gui tu gaul atau kau buatlah macam mana supaya nasi dan kuah campur sekata. Bila makan perghhh... memang sedap. Nasi kandar ini setaraf dengan Deen Maju dan juga Shariff Nasi Kandar.
Suasana kedai yang tenang dan bersih. |
Kuah campurnya memang sedap dan terasa segala rempahnya (tak seperti nasi kandar yang berderet-deret cawangan). Harga pula bagi aku tak berapa mahal sebab ayam yang diberi besar, potong empat. Kebersihan restoran ini dari mata aku memang bersih.
Kepada yang nak merasai nasi kandar ini, dibawah aku letakkan maklumat:
Nasi Kandar Merlin
(Bawah Hotel Merlin)
1A, Penang Street,
Pulau Pinang
Telefon:
04-264 2826
Waktu buka:
Isnin hingga Sabtu dan tutup hari Ahad
8 pagi hingga 3 petang
GPS:
5°25'10.2"N 100°20'30.3"E
5.419494, 100.341740
Lokasi dari Google Map:
Buat pasport disini boleh kata lama juga. Dari giliran ambil gambar sehingga siap memakan masa. Jadi selepas separuh siap aku sekali lagi ke Lebuh Union. Pagi tadi aku lihat ada sebuah gerai pasembur. Hati meronta nak merasa pasembor Penang. Nampak longgokan cucur udang dia macam rapuh. Maklumlah bukan senang dapat cucur yang rapuh dan sedap. Jadi kali ini aku target pasembor pula.
Kareem Pasembor Rojak |
Disamping cucur udang terdapat juga berbagai bahan lain seperti telur rebus, tauhu, fish kek, bebola ikan, hot dog, ubi dan sebagainya. Apa lagi, pilih beberapa bahan untuk pasembor termasuk cucuq udang rapuh. Selepas pilih, lihat dia potong satu persatu bahan yang dipilih dan terdengar kruk.. kruk.. kruk... bila dipotong cucur udang. Terbukti kerapuhannya.
Antara bahan yang ada. Aku paling suka cucur udang rapuh. |
Taraaaaa dah siap. |
Selepas di semua bahan potong diletakkan atas pinggan dan di tabur atasnya dengan timun dan sengkuang dan dicurah kuah pekat. Haaaa dah siap.
Aku pilih duduk di hujung sebuah meja panjang menghadap kejalan. Dapatlah melihat orang yang lalu lalang disekitar. Disini terlihat bertapa berbagai bangsa yang datang makan dan juga sekadar melintasi menuju pusat perbankan yang ada disitu. Boleh kata semua bangsa datang menjamu selera dan berbual. Tiada rasa ada perkauman disini.
Ada berbilang bangsa makan disini. |
Sambil melihat dipersekitaran gerai sambil menyuap pasembor ke mulut. Tak sedar dah habis sepinggan. Komen aku, pasembur disini memang sedap. Kuah manis-manis pedas dan cucuq udang pun rapuh (rapuh bukan keras) dan sedap dan tak berminyak. Bagi aku Pasembor di sini lagi sedap dari di Padang Kota.
Bila ambil bahan-bahan disini kena pandai-pandai congak hargalah. Mana tau terlebih bajet pula. |
Orang Utara sebut pasembor sahaja tapi kalau belah KL di panggil Rojak Pasembor. Jadi kepada yang hendak datang sambil makan pasembur penang, memang aku cadangkan disini. Dibawah sedikit maklumat gerai ini:
Kareem Pasembor Rojak
(Berhadapan dengan Maybank)
Lebuh Union
Waktu buka:
Isnin hingga Sabtu dan tutup hari Ahad
11 pagi hingga 7 petang.
GPS:
5°25'07.2"N 100°20'34.6"E
5.418677, 100.342936
Lokasi dari Google Map:
Alhamdulillah tengahari sedikit, pasport pun siap. Sedikit maklumat kepada yang hendak membuat pasport, aku nasihatkan supaya menggunakan perkhidmatan Imegresen di UTC sebab lebih cepat dan masa beroperasi pun panjang. Tak payah menunggu macam aku nie.
No comments:
Post a Comment