Selepas turun dari bukit bendera dah jam 12 tengahari. Perut pun dah berbunyi maklumlah boleh tahan juga ronda-ronda kat atas bukit bendera, berpeluh pecah lemak. Kami terus ke
Restoran Tajuddin Hussain, Lebuh Queen. Apa lagi balun nasi kandar dengan Rasam lah disini.
|
Alhamdulillah kenyang. Restoran Tajuddin Hussain, Lebuh Queen. |
Alhamdulillah kenyang. Jam dah 1.30 tengahari. Memang eloklah untuk check-in hotel jam 2 petang. Hotel ini aku booking melalui Agoda . Cari hotel yang ada kolam renang dan pantai untuk bebudak. Kami booking dua bilik di Hotel Sentral Seaview untuk semalam. Kami ambil 2 bilik, maklumlah dua anak aku Sarah dan Ammar dah terlebih umur. Sarapan pagi disediakan untuk dewasa, aku, isteri, Sarah dan Ammar - yang kecil Firas dan Fatini aku terlupa, free atau kami top-up.
|
Hotel Sentral Seaview. 5°27'49.3"N 100°18'20.0"E |
|
Pemandangan dari bilik, Dapat lihat pantai sipi-sipi. |
|
Bilik yang selesa walau sempit sedikit. |
Rehat sekejap. Apa lagi petang sahaja, pakat turun mandi kolam lah. Selepas kena halau dari kolam sebab tak pakai baju mandi kami pakat-pakat ke pantai pula. Bagi puas hati. Pagi esok juga serupa, berkubang di kolam atau di pantai.
|
Pantai Tanjung Tokong |
|
Puas main pasir. |
Bagi pandangan aku, kemudahan dan keselesaan Hotel Sentral Seaview berbanding dengan harga sangat OK. Semua kemudahan standard dalam bilik dan Wifi ada. Ditambah lagi disediakan sarapan untuk dewasa, kemudahan kolam renang dan ada pantai. Pantai bersih tetapi jangan haraplah air jernih macam di Sabah, ini Penang Bro. Penyambut tetamu memang terbaik, layanan yang mesra.
|
Tangga yang tidak diselenggara dengan baik. Jenuh lompat nak turun kebawah. Awal tahun 2018. |
Yang aku tak berapa suka ialah kemudahan untuk turun ke pantai. Tangga yang disediakan rosak. Sampai sekerat sahaja, selebihnya pandai-pandailah pijak batu dibawah untuk turun dan naik. Harap pihak hotel memperbaiki kemudahan ini.
Dalam tengahari kami check out. Sebelum sampai rumah, buah terakhir nasi kandar dulu. Kali ini ke
Nasi Kandar Merlin. Sambil makan disitu aku menapak ke
Pasembor Kareem tak jauh dari situ. Bungkus dan makan di Nasi Kandar Merlin - dengan muka tak malu minta izin tokey.
|
Nasi Kandar Merlin |
|
Pasembur Kareem |
Oklah cuti-cuti malaysia bawak anak-anak lawat Pulau Pinang dan terima kasih kepada isteri aku sponser trip ini.
Grateful for sharing thhis
ReplyDelete