Tun Dr Mahathir : A Doctor In The House |
Rupanya buku nie dah ada dalam tulisan Cina. Rasa ketinggalan pula sebab seorang pemimpin negara yang bahasa rasmi negaranya Bahasa Malaysia, tidak ada sesiapa yang dapat menerbitkannya dalam Bahasa Malaysia. Malukah jika tajuknya menjadi "Doktor Dalam Rumah"?
Kaum China telah menterjemahkannya. Kenapa?? Tentu ada sebabnya. Berkemungkinan dalam buku itu terdapat suatu nilai yang amat berharga dan mereka juga sedar bangsa mereka pun tak semua dapat menguasai Bahasa Inggeris. Jadi dengan menterjemahkannya boleh menyebarkan dengan lebih meluas dilingkupan bangsa mereka.
Mengikut laporan dalam bancian penduduk 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, dilaporkan bangsa Melayu menguasai 63.1% berbanding Cina cuma 24.6%. Tetapi dalam menimba dan menyebarkan ilmu bangsa Cina telah terkehadapan. Perkara ini mungkin terjadi juga disebabkan faktor penguasaan bahasa dunia dimana bahasa Cina Kantonis sangat meluas penggunaannya.( sumber : http://anthro.palomar.edu/ethnicity/ethnic_5.htm ).
Disamping buku biografi Dr Mahathir ada buku biografi Steve Jobs juga dalam bahasa Cina. Begitulah cintanya ilmu oleh bangsa Cina.
Harga pun berbeza. A Doctor In The House ; Bahasa Inggeris RM 100.00, Bahasa Cina RM 79.00 . Steve Jobs ; Bahasa Inggeris RM 99.00, Bahasa Cina RM 85.00 ( ada diskaun lagi ). Dapat beri harga yang lebih murah. Kenapa jadi begini ?
Zaman global ketika ini penguasaan berbilang bahasa amat penting. Tak boleh diharap lagi bahasa ibunda.
p/s: Aku masih keliru antara Cina, China dan Chinese dan bila penggunaannya
No comments:
Post a Comment