Wednesday, May 28, 2014

Haji Umrah 2013 : Ziarah Hudaibiyah

Ini adalah ziarah kami yang terakhir kat Mekah nie. Kali nie ziarah Hudibiyah. Lawat ladang unta, harap-harap dapat naik unta seroun dua. Macam biasa jemaah yang ingin mengikuti rombongan akan berkumpul dan bertolak di waktu pagi.


Selepas selesai megerjakan haji, ramai jemaah yang pulang ke tanah air ~ tanah air depa la.
Perjalanan  melalui padang pasir di kiri kanan jalan. Sehingga sampai kesuatu lokasi yang boleh dilihat ladang-ladang unta di tengah padang pasir.

Dok nampak unta jauh kat tengah padang pasir.
Dah sampai, bas berhenti ke dipinggir jalan yang terdapat kandang unta. Semua jemaah pakat-pakat turun. Bagi kami nie lah kali pertama tengok unta dengan dekat.
Kami bersama unta.

sefie kejap.
Unta-unta yang diletakkan ditepi jalan nie mungkin untuk para pelancong saja. Menurut mutawif unta nie adalah binatang yang senang di bela sebab kandang tak perlu bumbung walau panas. Unta kat ladang nie nampak relek saja tengok manusia ramai. Mungkin dah biasa dengan keadaan begini.

Kat tepi kandang ada sebuah pondok kecil. Ada dua pekarja kat situ membotolkan susu unta segar. Apa lagi pakat-pakat beli. Aku beli sebotol balik letak dalam peti ais. Adalah aku minum seteguk tapi tak boleh nak pi.
Susu unta dibotolkan segar dari ladang.

Air kencing unta pun dijual sebab ada khasiat tertentu seperti penyembuh penyakit kenser. Nak tau cari sendiri, ramai yang telah menulis mengenai khasiat susu dan ait kencing unta. Nak dengan  tak nak minum saja.
Botol kat depan tu ada dua jenis. Yang putih susu unta dan yang kuning tu air kencing unta.

Dalam kepala dok terbayang dapat naik unta, tapi tak kesempaian sebab unta yang ada kat sini untuk tengok-tengok saja.

Selesai berposing dengan unta kami semua dibawa ke miqat umrah iaitu ke Masjid Hudaibiah. Sapa nak menunaikan umrah bolehlah bersalin dan pasang niat kat sini.
Masjid Hudaibiyah
Dibelakang masjid ini terdapat satu tapak asal Masjid Hudaibiyah.  Cuma yang ada tembok-tembok masjid saja.
Tapak asal Masjid Hudaibiah. Hanya tinggal dinding saja.


Ada juga yang menulis di batu-batu dinding bekas masjid ini. Jangan dok tiru.




Kacang-kacang
Pekena ais krim time panas memang terbaik
Tempat singgahan terakhir ialah Muzium Haramain. Untuk masuk ke muzium ini memerlukan permit khas.  Muzium yang menempatkan khazanah sejarah dan artifak dua masjid, Masjidi Haram dan Masjidil Nabawi dari zaman kahlifah yang empat hingga kini.


Model pembinaan baru Masjidil Haram.

Add caption




Pintu Kaabah.

Tempat letak Hajarul Aswad


Quran lama.

Telaga Zam-zam


Alhamdulillah selesai satu ziarah melihat keagungan bumi para anbiak.


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...