Haji Umrah 2013 : Hari-hari Terakhir Di Mekah 1

Selepas selesai urusan haji perjalanan kehidupan di Mekah diteruskan seperti biasa. Saja nak masukkan gambar-gambar yang masih ada.

Selepas balik dari Mina, jemaah yang berada di Mekah semakin berkurangan. Ramai yang dah balik kenegara asal.

Bas-bas yang mengambil dan menurun penumpang pun dah berkurangan. Ada jemaah negara-negara tertentu yang terus pulang setelah menunaikan haji. Rakyat Malaysia ada yang masih tinggal di Mekah sementara menunggu giliran untuk ziarah ke Madinah atau pun menunggu kapalterbang balik.


 Sebelum wukuf, jemaah yang ingin menunaikan solat fardu di Masjidil Haram perlu masuk awal lebih kurang sejam sebelum masuk waktu, jika tidak pengawal tidak benarkan masuk tetapi ketika ini suasana lebih tenang dan jemaah boleh masuk lewat sedikit (bukan lewat sembahyang).



air zam-zam
 Walau jemaah semakin susut tetapi tempat tawaf sentiasa penuh dan tak putus dengan kunjungan jemaah. Keadaan bersesak tetap terjadi terutama berdekatan Hajarul Aswad dan Makam Ibrahim.


 Ada yang bawak anak-anak kecil menunaikan Haji. Kebanyakan yang bawa kanak-kanak datang dari India, Pakistan dan Arab sendiri. Yang tak boleh nak jawab ialah anak-anak yang dibawa mengelilingi kaabah yang sesak, tolak-menolak dan panas nie tenang saja, ada yang tidur. Seolah-olah dok tempat yang amat selesa.

Seorang pekerja membersihkan tempat yang letaknya Makam Ibrahim.
Kepada yang nak wakaf al-quran kat Masjidil Haram carilah yang dicetak di Madinah. Kat sekitar Masjidil Haram ada banyak kedai yang menjual al-quran dari berbagai pengeluar dan harga pun berbeza. Al Quran nie nampak macam sama saja tapi pihak Masjidil Haram akan kekalkan wakaf kita dalam masjid jika quran itu mengikut piawaian mereka. Ini mungkin untuk menyeragamkan saiz quran dan bentuk tulisannya. Al-quran yang tak ikut piawaian, mereka akan hantar keluar ke masjid-masjid sekitar.
Al-Quran cetakan Madinah.
Quran yang dikeluarkan dari Madinah kulit luar berwarna hujau gelap dan bercetak tulisan emas dikedua-dua belah manakala tulisan ayat pula halus dan penanda berwarna kuning ~ kalau ada perubahan aku tak pasti selepas nie . Peniaga yang menjual quran tak kisah kita nak wakaf yang mana satu, jadi tanya dulu quran itu keluaran Madinah dan jangan lupa cop "WAKAF" kat muka depan dan belakang quran. Bagi tau saja kat tokey kedai tu quran yang dibeli untuk wakaf jadi dia boleh cop.

Nak rasa ala-ala geng arab makan kat dataran masjid.
Disekitar Kota Mekah nie binatang yang selalu nampak ialah burung merpati dan juga belalang. Belalang nie rasanya ikut musim. Ketika mula-mula sampai ke Mekah, rasanya tak ada lagi belalang tapi selepas beberapa ketika baru nampak.
Jadi kepada yang masih dalam ihram jangan dok pi buat sesuka hati, patah atau mati binatang nie kena bayar dam.
Disekitar Masjidil Haram terutama di kawasan terbuka seperti dataran sebelah rumah rasulullah menjadi kawasan merpati mendapat rezeki mereka. Ada peniaga yang menjual makanan merpati, bolehlah beli untuk ditabur. Sisa dari lebihan makanan merpati diatas tanah nie ramai yang mengutipnya untuk dibuat ubat terutama untuk mempermudahkan mendapat anak ~ ramai orang cakap macam tu.
Kutip makanan merpati untuk dibuat ubat.

Ketika cuaca panas dan terik, didataran Masjidil Haram ramai jemaah yang berehat dan berlindung dari pancaran matahari disebalik bayang bangunan tinggi disekitar masjid.
 


Berlindung disebalik bayang bangunan tinggi disekitar Masjidil Haram

Suasana yang mungkin tak dapat dilihat kat Malaysia. Kekal menjadi kenangan.


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



No comments:

Post a Comment