Haji Umrah 2013 : Perkuburan Baqi

Kali nie ziarah perkuburan Baqi. Lepas solat subuh, kebetulan ada solat jenazah kalau tak silap aku. Lalu tergerak hati nak pi ziarah ke perkuburan nie. Cepat-cepat cari kasut, kot-kot dapat ikut jenazah tapi malang dah tak nampak dah. Tak pa lah aku jalan pelan-pelan masuk ke perkuburan nie.
Kawasa perkuburan Baqi di lindungi oleh tembok.

Perkuburan ini dipagari dengan tembok yang tinggi dan boleh dilawati oleh kaum lelaki sahaja. Kaum wanita tak boleh masuk.

 Perkuburan Baqi merupakan kawasan perkuburan untuk penduduk Madinah dan juga sesaiapa yang meninggl di Madinah seperti jemaah Haji dan umrah.

Perkuburan ini merupakan dataran rata dan tiada batu nisan yang cantik seperti kat Malaysia, cuma ditanda dengan setongkol batu yang tak bertulis. Perkuburan ini boleh dilawati selepas waktu solat subuh dan asar dan juga jika ada jenazah yang akan dikebumikan.

Tongkol-tongkol batu menjadi nisan tak bernama


Ramai sahabat nabi dan juga isteri-isteri Rasulullah yang di kebumikan di sini. Ada dikatakan bahawa kira-kira 10 ribu sahabat Rasulullah ASW telah di kebumikan disini.

Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada para sahabat akan suatu ucapan untuk mereka ucapkan apabila melalui kawasan kubur, iaitu:

“Kesejahteraan ke atas kamu semua wahai penghuni kampung, dari kalangan orang Mukmin dan Muslim. Sesungguhnya kami dengan kehendak ALLAH akan mengikuti kamu.Kami memohon kepada ALLAH untuk kami dan untuk kamu sekalian akan kesejahteraan.(HR Muslim, dari Abu Musa al-Asy`ari `Abdullah bin Qis)


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



No comments:

Post a Comment