Thursday, May 15, 2014

Haji Umrah 2013 : Mekah 6

Selepas selesai melontar di Mina pada 13 Zulhijjah jemaah haji dibawa pulang semula ke Mekah untuk menyelesaikan dua lagi rukun haji yang terakhir iaitu tawaf dan juga saie. Kami sampai ke Maktab Abraj Al Janadriyah lebih kurang tengahari.
 
Cuaca pun terasa sangat panas. Jadi kami balik ke maktab rehat dulu dan kerjakan kedua-dua rukun tu lewat sikit.

Alhamdulillah hari nie sempurna dua rukun Haji iaitu Tawaf dan Saie dan juga Tertib dan juga selesailah keseluruhan ibadat haji. Macam tak percaya kami dah sampai kesini dan meyempurnakan ibadat haji. selepas ini tugas lagi berat, iaitu mengekalkan kehajiannya. Moga kami mendapat haji yang mabrur.


Selepas selesai menunaikan Haji, tempoh yang masih bersisa di kota Mekah sebelum ke Madinah masih panjang lagi. Aktiviti rutin ke Masjidil Haram diteruskan seperti biasa. Kali ini kami mengambil peluang menyertai pekej-pekej ziarah sekitar Kota Mekah dan juga Jeddah.

Dah datang jauh-jauh kalau tak ziarah tempat-tempat bersejarah dan menarik kat sini rugilah rasanya. Tunggu selepas ini....


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...