SMKA (P) Al-Mashoor Yang Baru

Minggu depan akan bermula sesi persekolah setelah seminggu diberi cuti tambahan bencana banjir. SMKA Al-Mashoor Perempuan Pulau Pinang telah dapat bangunan baru di Jalan Sultan Ahmad Shah. Jadi untuk sesi pesekolahan akan datang anak-anak akan daftar sekolah dan asrama kena ke bangunan baharu nie. Jadi kepada sesiapa yang nak hantar anak ke sana sila lihat lokasi baru sekolah.


GPS : 5.423009, 100.330048

Ini jalan untuk ke pintu hadapan  SMKA (P) Al-Mashoor dari Jambatan Pulau Pinang. Sekolah nie betul-betul dihadapan bangunan KWSP.



Ini jalan untuk ke pintu hadapan SMKA Perempuan Al-Mashoor dari Jambatan Pulau Pinang. Akan  melalui KOMTAR ke Jalan Penang ke Jalan Transfer (boleh pekena roti canai tepi longkang kat sini). Terus lagi sampai jumpa simpang tiga, ambil kiri ke Jalan Sultan Ahmad Shah. Nanti akan nampak sekolah nie kat seblah kiri.

Kalau tak mau ikut arah KOMTAR, dari Jambatan Pulau Pinang boleh ikut terus Jalan Pengkalan Weld ke arah Padang Kota hingga jumpa bulatan ambil pukul 12 melalui jalan St Light ke Lebuh Farquhar sehingga sampai ke Jalan Sultan Ahmad Shah (aku cuba ubah kat Googel Map tapi bila paste kat blog dia kembali seperti kat atas).

Ini pula jalan untuk ke pintu belakang SMKA Perempuan Al-Mashoor dari Jambatan Pulau Pinang melalui KOMTAR. Perjalanan melalui Jalan Transfer sehingga berjumpa simpang empat yang ada  stesen minyak Caltex sebelah kanan, simpang nie kona kiri  melalui Jalan Argyll. Nak cam pintu belakang senang saja sebab bersebelahan bangunan insuran MCIS Zurich warna biru/kelabu.



Nak pi sekolah nie boleh macam-macam arah, tapi jalan kat atas nie yang rasa aku mudah nak pi sana.

Selamat bersekolah dan menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat....

6 comments:

  1. Haii.. Cakk.. Done Follow sini no. 33
    Salam kenalan.. Sudilah kiranya follow me back,
    boleh kita saling kunjung mengunjung pasni..

    Official Blog :
    http://tengkubutang.blogspot.com/

    Catlover Blog :
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. anak akak belajar di sekolah al-mashoor lelaki...
    buat adik2 selamat bersekolah di bangunan baru... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sorang dah masuk tingkatan 1 kat sini... dapat rasa angin laut.

      Delete
  3. Macam mana nak masuk sekolah ni? Kena ambil borang di sekolah ka?

    ReplyDelete
  4. i dah taun 2021 harap anak aku dapat masuk sek sini satu hari nanti..la ni dia baru darjah 1. follow la blog aku...

    https://dustfingermyvi.blogspot.com/

    ReplyDelete