Haji Umrah 2013 : Hari-hari Trakhir Di Mekah 2

Sambung lagi gambar-gambar sekitar Kota Mekah. Jalan-jalan dalam komplek membeli belah berhampiran Menara Jam, ada satu tanda amaran yang tak terdapat kat Malaysia. Tanda amaran dilekatkan kat tangga eskalator "WATCH OUT YOUR ABAYA". Amaran kepada yang pakai jubah labuh meleret supaya jaga jangan kain jubah termasuk kat celah-celah tangga, tolong berhati-hati.

"WATCH OUT YOUR ABAYA"
Syarikat pakaian antarabangsa pun mengambil kesempatan dengan kedatangan umat Islam mengerjakan haji dan umrah, mereka menyediakan kain ihram ~ ada brand tuu.

Kain ihram Giordano
Kalau kat Malaysia siapa pakai kereta Jepun seperti Honda atau Toyota dan sekutu dengannya kira hebatlah. Tapi kat sini bersepah kereta Korea seperti Hyundai dan KIA menjadi pilihan. Dari kereta persendirian hingga teksi. Kereta-kereta keluaran negara lain, kadang-kadang baru jumpa. Dan yang menariknya kereta-kereta nie kalau tak dak bercalaq dan kemek memang tak sah.

Nie dia duit Arab. Dari mula sampai hingga nak balik, sekeping duit syiling pun aku tak dapat. Kebanyakan harga barangan bermula dengan satu rial, jadi duit kertas sajalah yang berlegar. Nilai duit Arab Saudi rendah sikit dari duit Malaysia.

Duit Rial Aram Saudi ~ muka depan.

Duit Rial Arab Saudi ~ belakang
Antara kedai makanana ringan yang selalu kami kunjung, House Of Donuts. Donut edisi Arab ~ boleh layan sedap.
House Of Donut


Antara menu yang ada.
Disekitar maktab-maktab jemaah haji nie memang meriah dengan kedai-kedai yang mengambil peluang dari kebanjiran manusia. Macam-macam ada. Ada mahal ada murah ada berkualiti ada yang bolehlahhh. Harga pula boleh tawar-menawar, jadi pandai-pandailah. Kebanyakan peniaga boleh berbahasa melayu dan ada juga yang boleh menyebut perkataan Melayu tapi tak paham makna.
 Ada antara kedai-kedai yang ujud di sekitar Masjidil Haram nie merupakan lot-lot kedai sementara. Dibuka ketika musim haji sahaja. Boleh kata kebanyakan kedai yang dibuka nie diusahakan oleh orang luar ~ bukan arab. Mereka sewa lot-lot ini dari pak Arab. Oleh kerana nampak ramai yang berniaga merupakan pendatang asing, aku tanya depa, Pak Arab buat apa? depa kata pak Arab tidur, kutip sewa saja ~ entahlah betul ka tak.

Kepada yang nak berniaga kat sini bolehlah eksport kat sini sos cili. Memang susah cari sos cili kat sini, tapi sos tomato memang banyak. Mungkin citarasa kat sini berbeza dengan kita kat Malaysia. Kebanyakan sos dari Indonesia ~ IndoFood.
Sos tomato dan kicap.

Kalau tak silap aku yang nie Bakso, yang jualnya bangla.
 Buah apa entah yang dijual oleh mak cik nie. Ramai juga orang Malaysia yang beli katanya untuk ubat sakit pinggang. Makan mentah saja.

tak tau apa nama buah nie.

Kat sekitar sini mesti akan ternampak kerusi dan meja diletakkan di hadapan kedai atau di tepi jalan. Bolelah tengok pak-pak arab bersembang kat sini waktu petang dan pagi.


Tampat lepak pak arab.
Semasa jalan-jalan dicelah-celah bangunan ternampak seorang peniaga menjual ikan. Cuma diletakkan bakul-bakul ikan ditepi kaki lima bangunan.



Jangan kata padang pasir tak dak apa. Kat Mekah nie semua ada. Cuba tengok kat bawah, berbakul-bakul sayur segar.

Kedai runcit jual sayur

Seperti kat Maktab Malaysia, ada gerai-gerai makanan yang jemaah Malaysia selalu lepak. Begitu juga dengan Maktab negara lain, mereka juga ada pot untuk lepak-lepak.


Kalau dah jemu dengan makanan yang disediakan oleh Tabung Haji bolehlah mencuba makanan dari kedai-kedai makan sekitar sini. Bolehlah merasa kelainan sikit. Kebanyakan restoran kat sini sempit-sempit. Ruang untuk makan pun terhad. Jadi kebanyakan kedai makan kat sini menyediakan plastik kepada pelanggan. Jadi selepas beli bolehlah makan kat mana-mana beralaskan plastik yang diberi.


BinDawood, pasaraya macam-macam ada. Dari barang basah, makanan, pinggan mangkuk hingga pakaian. Kalau masuk pasaraya nie seolah-olah masuk Maydin. Kat sini boleh dapat barangan dengan harga yang kadang-kadang lebih murah dari kedai luar.

BinDawood
Inilah serba sedikit di penghujung hari-hari terakhir berada di Mekah sebelum ziarah ke Madinah.


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



No comments:

Post a Comment