Friday, May 2, 2014

Emas dari Perlis

Orang Perlis sendiri pun tak tentu dapat makan lagi. Dah la susah nak dapat harga pun kira macam emas. Nie dia mempelam harumanis.
Mempelam Harumanis

Nak kata harum tak la harum sangat tapi isi dia memang sedap. Kalau pekena dengan pulut memang terangkat. Aku dapat beli pun sebab ada iklan kat FB, belilah 2 kilo. Sekilo dapat 2 biji ja tapi mak aihhh... harga sekilo RM 22. Dok sembang dengan member kat opis depa kata harga tu kira murahlah, ada yang juai RM24 sekilo.

Apa yang istimewa sangat mempelam nie?? entahlah mungkin hanya tumbuh kat Perlis ja kot. Tuu yang buat dia jadi eksotik. Lagi pun banyak yang di eksport.

Buah durian yang diangkat sebagai raja buah pun kali nie boleh turun tahta beri laluan kat mempelam harumanis ditabal pulak.

P/s: Iklan sebentar... nanti sambung balik wukuf di Arafah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...