Untuk ke Arafah jemaah perlu membawa barang-barang keperluan semasa saja seperti kain iharam, persalinan, tuala, tikar dan berbagai lagi. Beg besar atau beg beroda tinggal kat bilik ja, cukup bawa beg yang tabung haji bagi tu.
Turun kebawah maktab bawalah segala beg yang perlu dan siap berpakaian ihram. Jangan lupa lupa niat pula mengerjakan Haji pula.
Untuk kesana jemaah diberi satu stiker mengandungi maklumat di Arafah dan Mina untuk di lekat ke kad nama. Jemaah juga diberi satu lagi kad nombor bas yang akan bawa jemaah ke Padang Arafah dan Mina. Perjalanan bermula dari maktab menaiki bas mengikut nombor yang diberikan.
Kad nama diberi sticker baru. Maklumat tempat penginapan baru di Arafah dan Mina. |
Perjalanan dalam bas. Banyakkan lah bertalbiah. |
Dari luar tingkap bas terlihat ada jemaah yang berjalan kaki sahaja ke Padang Arafah. |
Lokasi jemaah haji dari setiap negara. Malaysia yang warna hijau belah kiri. |
Lokasi khemah. Jemaah Maktab 91 dibahagikan pula ke beberapa khemah. |
Ada beberapa khemah yang besar berlantaikan karpet disediakan kepada jemaah. Dalam setiap khemah tu pula dibahagi ikut kumpulan lebih kurang 10 orang setiap kumpulan. Jadi hampar tikar dan susunlah tempat tidur masing-masing. Setiap orang bolehlah dapat satu ruang untuk berehat dan meletakkan barangan keperluan.
Nie dia khemah Blok F / 119L dapat corner lot - lot hujung. |
Ada 10 orang geng yang dok kat Blok F / 119L |
Kat sini jemaah bolehlah bersolat dalam khemah sendiri atau boleh juga bersolat dalam sebuah khemah khas yang dijadikan sebagai surau. Dalam surau ni adalah pengisian yang dilakukan seperti ceramah, tazkirah dan juga khutbah Arafah.
Kat sini disediakan khemah yang di buat sebagai surau. Bolehlah berjemaah kat sini. Semua solat dilakukan jamak dan qasar. |
Aktiviti malam di sediakan ceramah. Ceramah nie boleh dengar kat seluruh kemah kat sini melalui pembesar suara. |
Suasana malam kat khemah. Ada yang berzikir, ada yang baca quran ada yang tidur dan macam-macam lagilah. |
Dok kat sini pun Tabung Haji menyediakan makanan, pagi tengahari dan malam. Tak silap aku makanan disini dimasak oleh Pak Arab, bukan Tabung haji lagi seperti kat Mekah. Siapa masak pun alhamdulillah licin. Jika rasa lapar lagi boleh masak mee segera atau makan biskut yang anak-anak arab beri ketika masuk ke khemah tadi.
Nie dia makanan yang anak-anak arab bagi ketika sampai petang tadi. Ada teh, mee segera, biskut, cawan dan macam-macam lagi. Jadi bolehlah makan disamping makanan yang telah Tabung Haji sediakan. |
Beratur mendapatkan air panas buat bancuh minuman dan juga masak mee segera Indo-mie. Kat sini terasa mee segera amat sedap. |
Dok dengar cerita sebelum sampai ke Mekah, kehidupan kat padang Arafah dan Mina sukar dangan kena Q panjang nak masuk tandas dan keadaan khemah yang tak selesa tapi bila sampai sini alhamdulillah cukup selesa. Kat Arafah nie boleh kata semua kemudahan asas ada. Bilik air dan tandas disediakan mencukupi, tapi jangan la dok serbu masa orang ramai. Khemah pun selesa, kalau rasa panas buka saja dinding tu, beranginnn.
Khemah-khemah yag menempatkan jemaah. |
Sebelum Zohor, berkumandang Khutbah Arafah yang disampaikan oleh Dato Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan seterusnya beliau mengimamkan solat Zohor. |
Berdoa ketika di Padang Arafah. Berada di tempat terbuka sambil menadah tangan memohon doa. |
la nie boleh dok bawah pokok berlindung dari mataharai. Zaman dulu macam mana ya? zaman yang tak dak lagi khemah dan pokok-pokok. |
Di kejauhan di atas bukit terdapat jemah-jemah yang berwukuf entah dari mana datangnya. |
Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:
1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang
Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah
dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk
berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut.
Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan
Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan
dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi
teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.
Haji dan Umrah 2013 / 1434H KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah
Haji dan Umrah 2013 / 1434H KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah
Salam Tuan Haji,
ReplyDeleteMohon izin salin semua cerita pengalaman haji tuan untuk rujukan dan pembelajaran saya.
Terima kasih
Terima kasih lawat blog saya. Insyaallah boleh saja... yg nie catatan perjalanan haji saya ngan isteri... boleh lah baca tapi jangan ambil 100% mungkin ada kesilapan sana sini.... banyak kekurangan.
Delete