Puji Arabian Delight Alor Setar

Cerita jalan-jalan cari makan balik kampung Alor Setar. Dekat saja dengan rumah bapak. Selalu kalau balik mesti isteri selalu kena masak. Tapi kali nie tak payah masak, malam makan luar. Nak juga rasa makanan belah Alor Setar.

Sebelum ke sana aku dok cari nombor talifon kedai nie. Selalu dok dengar iklan dalam radio. Dah dapat, talifon bookinglah meja dulu. Makanan tak booking lagi sebab tak tau menu apa yang ada.

Lepas maghrib kami kesana. Tak jauh dari rumah, bangunan perniagaan bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma dan berhadapan Masjid Al-Bukhari. Nie dia Puji Arabian Delight, restoran makanan arab di Jalan Langgar Alor Setar. Nie makanan arab la.... bukan makanan orang Aloq Setaq.
Puji Arabian Delight, Restoran Arab
Sampai saja orang boleh tahan ramai. Masuk ke restoran jumpa pelayan kat situ tanya meja yang aku booking. Rupa-rupanya dia reserve tapi orang lain dah masuk. Kena tunggu sekejaplah untuk dapatkan meja lain. Tak lama menunggu ada sebuah meja yang penghuninya keluar. Alhamdulillah dapat duduk.

Masa nie baru tengok menunya. Menu makanan arab yang simple saja. Ada satu jenis nasi saja, nasi Mendy dan berbagai menu sampingan seperti shawarma, hummuz dan shish tawouk. Jangan dok minta nasi madghout atau zworbian atau lain-lain nasi. Kat menu tak ditunjuk bentuk makanan tu. Kalau nak tau kena lihat kat dinding-dinding restoran, ada ditampal gambar makanan tersebut.

Menu Puji Arabian Delight.

Tak lama pun tunggu makanan pun sampai. Set kombo nasi mendy ayam untuk 2 orang  dan juga nasi mendy kambing untuk 4 orang dan juga air teh arab seteko dan juga air ais sejug.

Set nasi mendy kambing dan ayam datang bersama salatah, sup dan juga sambal. Rasa memang terbaik. Daging ayam dan kambing lembut. Saiz hidangan biasalah saiz pak arab, cukup untuk kami semua.

Masa kami makan orang bertambah ramai. Makanan cepat sampai tetapi air lambat sikit. Sehingga tokey kedai buat pengumuman air percuma kepada yang belum dapat air lagi.
Gambar reramai hanya dapat diambil selepas licin semuanya. Tadi kalut.

Tokey kedai  nie juga pengurus Pusat Tuisyen PUJI Kepala Batas, tempat anak aku Siti Sarah pi tuisyen masa sekolah rendah dulu. Memang tokey nie peramah dan baiklah bukan kerana dia bagi minuman percuma tapi cara layanan tetamu yang amat baik.
Suasana ruang sebelah yang lebih kearaban, boleh makan bersila.

Keseluruhan makan kat sini memang sedap dan restoran pun bersih cuma sempit sedikit, nak buat cam mana orang memang ramai.

Kepada yang nak mecuba makanan arab boleh datang ke restoran nie. Dibuka setiap hari dari 12 tengahari hingga 12 malam.

Alamat:
Restoran PUJI Arabian Delight
No. 15 Tingkat Bawah,
Kompleks Pernigaan Jelatek,
KM 3 Jalan Langgar, Alor Setar

Telefon: 04-7311431, 019-566 1162, 013-474 7672.

Nak mudah keluar Tol Alor Setar Utara, belok kiri terus sahaja walau jumpa lampu isyarat dekat Supermarket Giant (sebelah kanan) dan terus lagi akan berjumpa Sekolah Kebangsaan Sultanah Asam dan restoran nie di shop lot selepas tu.

GPS :  6.13274, 100.39044
           6°07'57.9"N 100°23'25.6"E





8 comments:

  1. ini yg kata, kalu masak sedap memang berbaloi... ada org tolong promote...
    memang sedap...kat aloq setar, aku rasa kedai ni saja yg nasi arab sedap dan harga berpatutan...

    ada satu kedai lg, nasi sedap juga, tp mahal 2hinggit dr kedai ni...

    ReplyDelete
  2. ini yg kata, kalu masak sedap memang berbaloi... ada org tolong promote...
    memang sedap...kat aloq setar, aku rasa kedai ni saja yg nasi arab sedap dan harga berpatutan...

    ada satu kedai lg, nasi sedap juga, tp mahal 2hinggit dr kedai ni...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah memang sedap nasi arab sini. Bulan puasa pun beli sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih lawat sini. Memang sedap..sesak org ramai.

      Delete
  4. sedap sini cuma tak tahan dengan org ramai mcm makan kenduri. Nasi semua kita ken ap angkat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih lawat sini. Betul tu.. Orang sesak.. Bln posa ni tak pi sana lagi.

      Delete
  5. Replies
    1. Boleh makan kat situ atau bungkus... Lama tak p situ

      Delete