Naim Gulai Sembilang Tanjung Dawai |
Semasa sampai manusia punyalah ramai. Kena tunggu sekejap sebelum dapat meja. Dah dapat meja baru boleh buat pesanan. Menu apa dipilih? Dah nama kedai Gulai Semilang, jadi kena pilih menu itu dululah. Orang belah lain cakap kari sembilang. Hidangan sampingan mulanya nak pilih ketam atau udang tapi dah habis. Mungkin disebabkan pengunjung yang ramai waktu cuti. Tak apalah tak ada rezeki.
Pengunjung memang ramai. Pilihan makanan ada dipaparkan atas siling. Gulai sembilang, udang kunyit, ayam pedas, kari kepala ikan, ikan sumbat, udang sambal dan sebagainya. |
Disini ada satu meja yang diletakkan bubur dan pisang yang diberikan secara percuma kepada pelanggan. Jadi cedok saja sementara menunggu, bolehlah buat lapik perut dulu. Moga tuan kedai murah rezeki.
Bubur dan pisang disediakan percuma kepada pelanggan. |
Sedang merasai bubur pulut hitam. |
Masakan di warung ini Dalam 20 minit hidangan pun sampai. Gulai sembilang datang dalam mangkuk tanah, berasap lagi. Layan gambar kat bawah.
Gulai smbilang masih menggelegak. Ikan memang lembut, kuah terasa sedikit hangit tetapi masih sedap. Disamping ikan sembilang diletakkan juga bendi dan tomato. |
Sotong celup tepung. Sotong sedap ditambah dengan keharuman daun kari. Sos pencicah tak berapa kena sebab diberi sos cili, kalau sos thai rasanya lagi terangkat. |
Ikan temenung sumbat. Aku sebut ikan belah belakang. |
Kailan ikan masin. |
Warung ini dibuka dari 7 pagi hingga 4 petang. Pagi ada nasi bersama lauk-lauk. Gulai sembilang disediakan bermula dari jam 9 pagi. Waktu tengahari tak disediakan lauk-pauk yang boleh cedok sendiri, semua kena oder. Jadi kalau perut mengelegak lapar jangan dok buat kalut.
Nie dia, simpel saja tapi kena dengan selera. Ditambah dengan ulam dan sambal. |
Harga untuk ikan sembilang dikira dalam gram dimana 100g RM6.00. Ada makanan yang dikira dalam gram dan ada yang dikira ikut berapa orang makan. Keseluruhan masakan disini sedap dan harga sedikit mahal. Kalau sedap tak ada masalah.
Disini juga dijual rempah kari. Kalau sesiapa yang nak masak sendiri gulai sembilang bolehlah beli.
Kebersihan baik dan kalau boleh diperbesarkan ruang makan sebab sempit berbanding dengn pengunjung yang ramai terutama waktu cuti seperti hari yang kami datang ini. Untuk merasai keenakan kari sembilang bolehlah datang sini.
Naim Gulai Sembilang
Kg Sg Pial, Tanjung Dawai
Bedong Kedah
Telefon: 019-4756548
Waktu operasi dari jam 7 pg hingga 4 petang. Dibuka setiap hari dan tutup hari Jumaat. Untuk merasi gulai sembilang datang dari jam 9 pagi keatas.
Nak mudah ini dia lokasi GPS dan Google Map.
GPS: 5.709017, 100.356391
5°42'32.5"N 100°21'23.0"E
Google map:
[ Pautan jalan-jalan ke Taiping 13/6/2015]
1. Tanjung Dawai
2. Naim Gulai Sembilang
3. Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Saya baru makan2 di sana, kebetulan balik kampung di Sg Petani sempena cuti raya haji baru2 ni.. cuma nak kongsi pengalaman makan2 di sini, betul apa yg dikatakan harga makanan agak mahal terutama gulai ikan sembilng utk kami sekeluarga makan (3 clypot) rm138 utk gulai swmbilang shj. Berkali juga tanya nk confirmkan takut tersilap kir namun itulh dia harga kami kena bayar tk termasuk harg maknn lain2 lg. Saya cuma fokuskan harga gulai swmilng tersebut tidk masuk akal, tapi apa nk buat.. dh makan qajib bayar walau ralat aikit bab harga mahal. Saya orang Kedah juga, saya tu lah rate harga makanan di sekitar. Persoalanya.. adakah orang luar dari Kedah @ utara mesti kena 'sembelih'?
ReplyDelete*kereta saya plat Wilayah/KL barangkali diorang ingat saya bawa orang luar.. aduhyai !.
Saya baru makan2 di sana, kebetulan balik kampung di Sg Petani sempena cuti raya haji baru2 ni.. cuma nak kongsi pengalaman makan2 di sini, betul apa yg dikatakan harga makanan agak mahal terutama gulai ikan sembilng utk kami sekeluarga makan (3 clypot) rm138 utk gulai swmbilang shj. Berkali juga tanya nk confirmkan takut tersilap kir namun itulh dia harga kami kena bayar tk termasuk harg maknn lain2 lg. Saya cuma fokuskan harga gulai swmilng tersebut tidk masuk akal, tapi apa nk buat.. dh makan qajib bayar walau ralat aikit bab harga mahal. Saya orang Kedah juga, saya tu lah rate harga makanan di sekitar. Persoalanya.. adakah orang luar dari Kedah @ utara mesti kena 'sembelih'?
ReplyDelete*kereta saya plat Wilayah/KL barangkali diorang ingat saya bawa orang luar.. aduhyai !.
selalunya yg suka viral ni org luar.. org Kedah tak tara mana pun.. kalu dah harga xmasuk akal yg waras ..lupakan saja.. watch out guys.. u might be the next one..
ReplyDeleteDulu masa arwah ayah dia Pak Ibrahim saya keluarga dan kawan kawan sering makan di sini atas layanan dan keenakan masakannya.
ReplyDeleteTapi selepas dua tiga kali pergi pulak semasa anaknya Naim ni saya rasa kurang sikit kerana telah 3 kali terkena ikan sembilang tak segar mungkin difrozzen agak lama kerana bila digulai terasa hapak dan berbau. Lagipun harga agak tinggi jika dibanding dengan kedai lain di Tg Dawai atau kawasan Kuala Muda.
Terpulang kepada pilihan selera dan wang masing masing.
pernah makan.. indah kabar dari rupa.. mahal pulak tu.. change mcm harga restoran.. 2 star je
ReplyDeleteBaru cadang-cadang nak pi, kalau harga mahai sangat, tak apa lah. Tulah, dah maju sikit, dah popular, mula letak harga tinggi. Kesian kat org kg mcm saya ni, tak dapat le nak merasa. Harga murah ramai yang mendoakan, harga mahai ramai yang mengutuk,
ReplyDelete