13hb Jun 2015: Hari nie semasa aku sedang bersantap di Kiosk Bertam Perdana ternampak restoran nie dah dibuka mengantikan Restoran Asiatica. Boleh try berbuka bulan Ramadhan nie. Berekatan dengan Kiosk Bertam.
30hb May 2015 : Untuk makluman Restoran Original Hadramout nie telah tutup dan akan berpindah ke lokasi baru di Pusat Bandar Bertam Perdana mengantikan Restoran Asiatica. Nanti aku update bila telah dibuka.
~~~~~~ *****~~~~~~
[ 18hb May 2014]
Bersempena Hari Ibu walau terlewat tapi nak bawak makan-makan juga. Mana ada lewat, setiap hari Hari Ibu, semua orang ada ibu. Aku bawak isteri la, ibu kepada anak-anak aku. Apa pun biar hari nie spesial sikit.
Ok lah malam Isnin yang lepas kemi terjah restoran nasi arab, Restoran Original Hadramout walau hujan dok turun. Esok cuti Wesak jadi bolehlah makan dengan khusyuk sikit. Restoran nie kat Pekan Kepala Batas saja. Restoran nie baru buka di hadapan Bangunan Telekom dekat komplek Dato Kailan. Nak kata baru pun tak juga tapi rasanya dibuka awal tahun nie.
Restoran Original Hadramout Kepala Batas |
Sampai ja kat sini, manusia boleh kata penuh meja. Mungkin semua masuk makan kat dalam sebab hujan. Alhamdulillah ada juga meja yang masih tak berpenghuni.
Menu makanan arab kat Restoran Hadramout |
Restoran Hadramout Kepala Batas |
Talam setengah kilo: dua jenis nasi, ayam, kambing, salatah, sup dan sambal. |
Oleh kerana talamnya kecil cuma setengah kilo untuk makan 6 orang kami oder satu lagi ~ cover line. Kali nie oder setalam macam tadi juga cuma nak lauk kambing saja. Yang nie pun sat saja clear.
Yang nie pun setengah kilo juga tapi lauk kambing ja. |
Bakar kebab. |
Teh arab. |
Lama juga tunggu kebab sampai, nasi kat talam pun dah habis. Tunggu lama sebab daging kena panggang. Nie dia dah sampai... kebab nie datang dengan nasi juga, ingatkan ada daging dengan salatah sahaja. Jadi hari nie quata nasi maksimum. Tapi OKlah makan beras panjang.
Kebab: dua kebab, nasi, salatah dan sambal. |
Alhamdulillah kenyang. Rasanya Ayah yang terlebih dari yang diraikan. Keseluruhan makan kat sini memang sedap dan layanan diberi pun baik. Dok tengok pelanggan yang oder nasi saiz biasa (bukan talam) nampak memang bertimbun ~ boleh dua orang makan.
Nasi beras panjang. |
Tokey kedai sedang ambil oder. |
Masa bayar aku tanya dia bangsa Arab ka? Di jawab dia campur Melayu dan Arab. Tengok kat bawah tu, tulis resit dalam arab lagi.
Boleh baca? ~ nie bukan resit kami makan. |
p/s: Al-Fatihah kepada ibu dan ibu mertua aku yang telah tiada semoga roh mereka berada dengan orang-orang yang beriman. Bersempena dengan Hari Guru diucapkan terima kasih kepada ibu bapa aku yang telah menjadi guru aku yang pertama, sedara mara dan semua guru-guru yang telah mendidik aku dan al-Fatihah kepada yang telah tiada.
PERHATIAN:
30hb May 2015 : Untuk makluman Restoran Original Hadramout nie telah tutup dan akan berpindah ke lokasi baru di Pusat Bandar Bertam Perdana mengantikan Restoran Asiatica. Nanti aku update bila telah dibuka.
Emmm cedapnya.. akak yg dok keja kat kepala batas ni pun tak pernah pi makan lagi.. agak2 kalau kami sekeluarga 8 org kena oder sekilo kot no...
ReplyDeleteIshhh kami nie 4 saja yang besar tu pun kena oder sekilo.... rasanya akak kena oder 2 kilo laa... hahahaa. Memang terasa arab la makan kat sini
DeleteDah pi..Zourbian Kambing..thorbaek.. damaged RM300.00.. Nak gi lagi lepas raya ni.. Call dulu tokey dia..Amir..kot2 stok kambing xdak..
ReplyDeleteTakat nak pi makan ayam saya, lebih baik bunuh diri sajalah.. mmg membuang masa..
Memang sedap la pekena kat sini... TQ lawat blog saya
Delete