Tuesday, May 6, 2014

Haji Umrah 2013 : Mabit di Muzdalifah

Ketika berwukuf para jemaah di beritahu jadual bertolak ke Muzdalifah mengikut nombor-nombor bas. Jadi kepada yang basnya datang awal kena cepat-cepat lah berkemas. Dalam hati berharap bas yang ambil kami betolak lepas Maghrib. Senang sikit bersolat dulu sebelum berangkat. Tak tau lagi kat Muzdalifah tu macam mana.

Bas kami bertolak lewat sikit, jadi alhamdulillah dapat bersolat jamak Maghrib dan Isyak. Lewat Petang sedikit bas-bas pun tiba untuk membawa kami bersama jemaah lain ke Muzdalifah.

Ketika ini masih di Padang Arafah. Jemaah menunggu bas untuk dibawa bermalam di Muzdalifah.
Dalam perjalanan dapat dilihat ramai jemaah dari negara lain yang berjalan kaki untuk ke sana. Dalam sejam sampailah kami ke Muzdalifah. Sebuah kawasan lapang yang berpagar dawai dan diterangi lampu sahaja.  Pagar nie membahagikan kawasan mengikut negara.

Oleh kerana jemaah terlalu ramai bercampur dengan maktab-maktab lain maka petugas Tabung Haji membawa kami mengikut nombor bas untuk berhimpun di suatu lokasi. Memudahkan proses menaiki bas semula untuk ke Mina.
Lautan jemaah Malaysia mabit di Muzdalifah.

Disini tidak ada khemah cuma kawasan lapang sahaja. Bangunan yang ada cuma beberapa buah tandas di sini. Kat sini bolehlah mengutip 7 anak batu buat melontar Jamrah Kubra. Nak kutip semua 70 biji pun boleh. Disamping itu bolehlah membanyakkan berdoa dan membaca al-quran atau pun tidur saja.

Kat sini bolehlah mengutip anak batu, berdoa, membaca quran dan sebagainya.



 Bermalam atau mabit di Muzdalifah merupakan wajib haji. Kalau tak mai sini cacat sikit la haji tu. Alhamdulillah kami sempat bermalam kat sini.

Jemah-jemaah negara lain yang rasanya berjalan kaki sahaja ke sini berduyun-duyun.

Tertunailah wajib haji mabit di Muzdalifah. Kami berada disini lebih kurang 3 jam sebelum jemaah menaiki bas semula untuk ke Mina.


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...