Berapa Ekor Babi Dah Makan?

Ishhh... tak taulah sehingga akhir hayat kita yang Islam nie dah makan berapa ekor babi sebelum masuk kubur.

Syarikat besar dan ternama yang produknya tertera logo halal dijual di seluruh Malaysia dengan sewenang-wenangnya menggunakan ramuan ber-babi. Bagaimana pula dengan syarikat-syarikat kecil yang beroperasi di kilang-kilang kecil atau dibelakang rumah? Entahlah..
seronok tengok kartun nie.

Dimana silapnya sehingga logo halal boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya. Perlu ditanya  bagaimana sijil halal boleh dikeluarkan? Adakah ketika permohonan dan pemeriksaan, produk berkenaan tidak mengandungi unsur babi? atau adakah unsur-unsur babi digunakan setelah mendapat sijil halal? atau adakah peralatan yang digunakan semasa pengesahan tidak mampu mengesan ujudnya ke-babi-annya? dan adakah pemantauan dari masa kesemasa dilakukan setelah sijil dikeluarkan? dan juga adakah staf bahagian pengesahan dan pengeluaran mencukupi untuk membuat pemantauan?

Berbagai persolan berlegar. Diharap kerosakan yang berlaku tidak melibatkan badan-badan yang dipertanggungjawabkan mememeriksa, mengeluar dan memantau sijil halal yang dikeluarkan. Jangan biarkan kami hilang keyakinan dengan sijil yang berada di pasaran. Jika sesuatu produk yang telah di anugerah sijil halal itu tetiba setelah di buat pemeriksaan semula mengandungi unsur babi sila war-warkan dan tarik sijil halal mereka serta merta. Senaraikan syarikat-syarikat terbabit dan produk mereka ke media massa.

Bagaimana pula dengan produk makanan yang tak ada sijil halal yang orang Malaysia dok seronok beli terutama yang ke pulau bebas cukai Langkawi? atau pun restoran dan kedai makan yang menggunakan pekerja Melayu?

Harap isu halal dapat di selesaikan dengan tegas dan telus. Segala maklumat jangan dok sembunyi pulak.


No comments:

Post a Comment