Dah Redeem Kad Mesra Petronas ?

Dah periksa berapa banyak point ada kat dalam Kad Mesra Petronas?  Kelmarin aku redeem point. Tak sangka ada 5632 point. Point banyak tu bukan kumpul 3 hari tapi 3 tahun sebab point sah untuk 3 tahun sahaja dan bukan sikit kena belanja kat kedai Mesra. 1 point = RM 1 jadi kena belanja lebih kurang RM 5632.

Dengan point banyak tu dapatlah pam minyak sebanyak RM 56.32. Dikira satu point bersamaan 1 sen. Dengan harga minyak Ron 95 ketika nie RM 1.90 dapatlah 29.642 liter ( minyak ni dikira sehingga 3 titik perpuluhan). Alhamdulillah jimat.

Macam mana nak tebus point Kad Mesra Petronas? mudah ja, masukkan kad dalam slot kad kredit pam minyak dan ikut arahan dan kalau nak tahu berapa point ada, minta juruwang kat stesen tu periksa. Aku tebus rapat dinding sampai kosong.

p/s: Siapa yang ada kad Mesra jangan dok simpan point lama-lama hingga lebih 3 tahun, bukan akan beranak-pinak tapi buang anak.

23 comments:

  1. Replies
    1. saya dapat kad sementara sudah 3 tahun sampai sekarang kad ori tak sampai,sekerang saya pakai shell sebab tak nak kena tipu lagi

      Delete
    2. saya guna kad yg dapat ketika isi borang kat stesen petronas saja

      Delete
    3. ya, biasanya akan dapat on the spot, point tu pun boleh diguna on the spot, tak perlu tunggu process. boleh check point di kedai mesra lagi, tidak perlu susah call ke customer service tanya

      Delete
  2. Macam Tipu Je...Aku Nak Tebus Point Beli Barang Pun tak Boleh..Kena Call Mesra Kad lah.Tanya Stesyen Petronas Pun Tak tahu Number..Puihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kaaa... saya hanya pernah guna untuk isi minyak... cuma masuk kad dalam slot kad kredit saja.

      Delete
    2. ko kena tipu ke? tak mungkin kedai mesra x tahu number, ko pun boleh check google. tapi aku sudah beberapa kali tebus point beli barang di mesra, beli air minuman

      Delete
  3. kad mesra skrg dah baru.. ade pape ke perbezaan kad mesra tu dulu dgn skrg?? zaman 2010 penah la pakai kad mesra.. tapi susah nauu nak kumpul point hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada byk beza juga kalau dulu 1L dapat 1 Point je skrg boleh dapat 3x points setiap Liter yg kita isi. lagipun kas mesra baru lagi cantik hahaha..

      Delete
    2. so skrg system dorg dah maju la hehehe.. kalau 1L 3 point byk jgak tu.. boleh apply balik ke petronas hahahah.. stations lain x kan dapat offer mcm ni hehehe

      Delete
  4. sy penah guna petronas mesra kad ni tapi dah hilang.. kalau buat baru kena bayar ke? point lama boleh dpat balik? kalau dapat, sy nak guna blik kena byar pun xkesah la sbb dalam dah hmpir 4K points sy tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kad mesra free ja... Tapi tak tau point boleh dpt balik ka tak... Point yg kita kumpul tahan 3 tahun ja... Kalau lama aangat mungkin luput.. Kena tanya org petronas lagi baik

      Delete
    2. kad yg hilang tu.. pernah register x kad tu.. kalau ada register... patut x ada masalah juga.. pg je dpt kad baru lagi baik... 4k byk point tu...

      Delete
    3. hurmmmmm... serious lah 3 tahun je??? sbb member i yg pakai kete kancil kumpul rm 45 dalam tempoh 3 tahun lebih elok je dia redeem minyak.. i musykil kat sini hahahaha..

      Delete
    4. Yushida pergi petronas dan orang tu akan bagi kad baru untuk replacement card lama.Tapi kena aktifkan online di laman web mesra. Kalau xtahu boleh call petronas mesralink. Then check email untuk aktifkan akaun. Point lama akan automatik dikreditkan balik tapi some point akan ditolak untuk cas ganti kas baru tu. point akan ditransfer after 24 hours dari tarikh kad aktif. So jangan risau✌🏻

      Delete
  5. i hate petronas, i dont like petronas, its too green, i hate green colour

    ReplyDelete
    Replies
    1. For real? You hate green?? That means grass also you dont like... the earth has alot of green colour.. at the end of the day its just a company that provide you a service to pump fuel for your car.

      Delete
    2. ko x rasa hijau senang di nampak? biasanya kita raya pun suka warna hijau, hijau cantik, haha, kad petronas mesra pun cantik, tapi aku rasa apa yang paling cantik di petronas ialah point itu 3 kali ganda, lain petrol station x da pun, hah

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Rugi sape xpkai kad mesra
    Skrg 1liter 3 point bersamaan stiap liter× 3sen
    Stesyen pesaing xboleh bersaing tambahan petronas selalu bt promosi mcm mcm👍

    ReplyDelete
  8. Kalau card mesra hilang macam mana nak buat

    ReplyDelete