Sehari dua nie sebok dengan isu cermin gelap pulak. Maka undang-undang lama pun di buka semula. Maka tersenarai orang-orang yang boleh pakai cermin gelap. Antaranya asnaf terlibat:
1. DYMM Baginda Yang Dipertuan Agong
2. Sultan
3. Tengku Mahkota
4. Raja Muda
5. Hakim Mahkamah Tinggi
6. Panglima Tentera Darat
7. Ketua Polis Negara
8. Perdana Menteri
9. Pesakit kulit disahkan oleh doktor pakar hospital kerajaan
10. Individu keselamatan terancam dan permohonan menggunakan cermin gelap disokong oleh Ketua Polis Negeri
OKlah senarai tu. Tapi semenjak aku dok naik kereta nie selalu dok berselisih dengan kereta-kereta yang bercermin gelap, tak kan semua tu tergolong dalam 10 asnaf diatas. Ramai yang pasang ikut suka hati saja tanpa kelulusan.
Ingin juga aku nasihatkan JPJ untuk mencuci dahulu pagawai dan bukan pegawai dalaman JPJ dalam pengutkuasaan Kaedah-kaedah kenderaan Bermotor nie. Cuba buat satu hari Pegawai yang nak buat penguatkuasaan nie pi buat pemeriksaan mengejut kat tapak parking staf JPJ. Cuba periksa sport rim, ekzos, cermin gelap, enjin dan macam-macam lagi. Saman dulu bagi bersih, baru mula saman pengguna kenderaan luar? Ada boleh??
Saman pula biarlah telus. Jangan yang naik kereta mahal atau no plat tertulis AMN, PJK dan sebagainya dilepaskan dan yang naik kereta murah atau tak berpangkat kena tahan. Biar undang-undang di dilaksankan untuk semua.
p/s: Tunggu pindaan yang mungkin akan dilakukan lagi.
No comments:
Post a Comment