Tuesday, May 13, 2014

Haji Umrah 2013 : Mabit dan Melontar di Mina 2

Hari kedua berada di Mina. Hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Waktu pagi keluar jalan-jalan lihat kawasan. Dalam kawasan maktab 91, tersusun khemah-khemah besar yang dihuni jemaah Malaysia. Lorong diantara khemah digantung dengan gambar alat permainan seperti bola, bulu tangkis dan sebagainya untuk memudahkan jemaah mengecam tempat mereka.

Lokasi pelan khemah-khemah maktab 91
Khemah-khemah yang disediakan semua dilengkapi dengan penghawa dingin. Kalau tak sejuk, redha saja lah kita datang beribadat dan anggaplah sebagai ujian. Kepada yang bawak alatan elektronik seperti handphon dan kamera ada sedikit kesukaran nak cas sebab plug point tak disediakan secara rasmi. Kalau nak juga bolehlah cari kat atas tiang-tiang khemah. Kat atas tiang tu akan nampak satu kotak, kat situ ada plug. Atau ada juga yang pi hijack plug point peti ais, susah-susah bawa ja power bank.

Sesampai disini kalau aku tak silap setiap jemaah diberikan sebungkus plastik berisi makanan seperti roti dan mee segera oleh anak-anak pak arab. Jadi kalau lapar bolehlah bancuh air dan rebus mee segera. Air panas boleh didapati dari paip yang disediakan. Tapi hati-hati sebab air nie kadang-kadang ada benda asing masuk sekali, jadi sebelum bancuh tengok dulu air tu.

Lorong diantara khemah digantung gambar alat permainan untuk memudahkan jemaah kenal khemah masing-masing.
Kat sini setiap Maktab disediakan dua lokasi bilik air untuk mandi dan tandas. Satu untuk jemaah lelaki dan satu untuk jemaah perempuan. Kadang-kadang terpaksa beratur dan kadang-kadang sampai saja terus masuk. Jadi kalau nak ke bilik air tu pilih-pilih masalah jangan pi waktu puncak. Kepada jemaah pula janga dok lama-lama sangat, pikirkan sahabat-sahabat yang lain pun nak guna juga.

Keluar dari perkehmahan Maktab 91, dapatlah lihat berbagai bangsa yang datang ke sini dengan satu tujuan. Ada yang tinggal dalam khemah seperti jemaah Malaysia yang selesa dan ramai juga yang mendirikan sendiri khemah ditepi-tepi jalan dan juga di lereng bukit menanti melontar dan mabit.

Kemah didirikan di tepi-tepi jalan dan ada yang buat khemah di atas bukit.
Disekitar jalan-jalan sekitar maktab-maktab ramai yang mencari rezeki dengan kebanjiran jemaah dari seluruh dunia dengan menjual berbagai barangan. Harga pula ada yang mahala ada yang murah, kena pandai menawar la. Tapi harga akan lebih murah ketika hari terakhir melontar.
Batu cincin. Ada yang suruh aku beli batu cincin kat Mekah, tapi aku tolak sebab tak kenai batu cincing dan tak mau pening kepala mencari. Ada macam-macam nama, bentuk dan warna batu cincin, ori atau tiruan aku tak tau. Ramai juga yang dok belek-belek batu nie dan ada yang suluh dengan lampu apa yang depa tengok?


Van jual ais krim. Cuaca panas, pekena ais krim memang terbaik.
Batu cincin dan tasbih.
Jalan-jalan kat sekitar sini kalau dahaga jangan risau sebab kat tepi-tepi jalan ada disediakan beberapa tong air atau paip air yang boleh dibuat minum. Air ais lagiii ~ aku lupa nak ambil gambar.
Deretan khemah di Mina.



Saja jalan-jalan sampai ke sempadan Mina. Selepas sempadan ada tempat sembelihan.
Jalan-jalan sekitar Mina nie kalau terjumpa botol yang ada air kat tepi-tepi jalan tu janganlah dok pi ambil atau sepak sesuka hati. Botol nie ada yang berisi air kencing, takut terpercik ~ najis. Mungkin bilik air penuh dan dah tak tahan nak berbuang maka botol-botol nie menjadi mangsa.
Tempat sembelihan

Lebai / kepiah dan macam-macam lagi dari berbagai negara juga dijual di sempadan Mina.
Waktu afdal melontar ketiga-tiga jamrah pada hari tashriq, 11,12 dan13 Zulhijjah ialah selepas tergelincir matahari. Jadi kami mula perjalanan selepas tergelincir matahari, setelah selesai sembahyang Zohor.
Perjalanan melalui dua buah terowong.
Komplek Jamrah ~ empat tingkat.

Dalam perjalanan, banyak sungguh sampah yang di buang oleh jemaah terutama botol air. Harap jemaah dari Malaysia tidak buat benda-benda nie.

Dah sampai ke komplek jamrah.

Alhamdulillah dah selesai melontar ketiga-tiga jamrah.

Kat bawah komplek jamrah ramai jemaah yang duduk / rehat kat situ

Semasa jalan balik terlihat ada jemaah yang berkhemah diatas lereng bukit-bukit sekitar laluan ke jamrah.
Dok lihat kat bawah jejambat, ternampak Albaik. Albaik nie kira memang femes kat Mekah. Apa lagi, cari jalan turun ke bawah.

Nie dia Restoran Albaik. Nak beli kena beratur, lelaki dan perempuan barisan asing. Tak silap aku kat sini tak disediakan tempat makan, jadi beli bungkus dan makan lah kat mana-mana. Hanya nuget dengan air tin saja di jual.
Terowong. kalau tak silap Terowong Muassim.

 Selesai melontar ketiga-tiga jamrah di hari ketiga dan inilah serba sedikit kehidupan selama 4 hari di Mina. Para jemaah selepas ini di bawa pulang ke Makkah semula.


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



2 comments:

  1. Doakan sy dapat mengerjakan umrah dan haji dalam masa muda ini..Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih lawat blog saya... banyakkan berdoa insyallah dijemput menjadi tetamuNya

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...