Proses menimbang. |
Sebelum tarikh tu maka seboklah para jemaah mengumpul, menyusun dan membahagi barang yang mana nak masukkan dalam beg besar dan yang mana nak di guna dan dibawa sendiri. Jangan pek semua sebab masih ada 2 hari lagi di sini.
Beg ditimbang. Jika lebih muatan jemaah diminta kurangkan. |
*********************
Kini hari terakhir berada di Kota Madinah. Setelah sembahyang subuh dan ucap selamat tinggal kat Rasulullah saw para jemaah pulang ke hotel semula, membuat persiapan terakhir sebelum bertolak. Mengikut kepada masa yang TH berikan semua jemaah turun ke lobi menaiki bas yang telah ditentukan.
Menaii bas untuk ke lapangan terbang. Cuma bawa beg kecil sahaja. |
Kami dibawa ke lapangan terbang yang nampak simple saja. Mungkin khusus untuk jemaah haji saja kot, tak adalah kedai-kedai bebas cukai. Sampai ke lapangan terbang kami di himpun dulu di luar balai berlepas. Bolehlah solat zohor dan asar jamak dulu.
Selepas itu kami di bawa ke balai berlepas. Masa nie jemaah di periksa supaya tak bawa benda-benda tajam seperti pisau dan gunting. Jadi sesiapa yang beli gunting atau pisau nak dibawa balik, tolong masukkan ke dalam beg besar. Semasa masuk ke Balai Berlepas setiap jemaah di hadiahkan senaskah al-Quran oleh kerajaan Saudi.
Setiap jemaah di berikan senaskah Al-Quran oleh kerajaan Arab Saudi. |
Alhamdulillah perjalanan mengerjakan haji umrah dan ziarah sampai di penghujung. Tak tau nak kata apa. Seronok bila teringat balik rumah tapi bukan mudah nak sampai lagi kesini. Lebih kurang 48 hari berada di Mekah dan Madinah, terasa cepat masa berlalu. Terlalau banyak kenangan di bumi anbia nie. Selamat tinggal bumi anbia. Ya Allah jemputlah kami kesana semula.
Selamat tinggal bumi Anbia. |
"Ya Allah, ya Tuhanku, Janganlah dijadikan tawaf dan ziarah hamba ini
sebagai kali penghabisan di BaitullahMu. Jika sekiranya ditakdirkan
menjadi kali akhir maka hamba pohonkan syurga sebagai gantinya dengan
kemurahan Engkau ya Tuhan Yang Amat Pemurah lagi Penyayang".
***********************
Alhamdulillah, di subuh hari kami telah sampai ke Lapangan Terbang Pulau Pinang. Kami berkampung dulu di lobi sementara menunggu proses keluar.
Subuh di Lapangan Terbang Pulau Pinang. |
Keluar saja dari lapangan terbang kelihatan penuh dengan sanak-saudara jemaah menunggu kepulangan orang-orang dinanti.
Keluar dari lapangan terbang, para jemaah telah di berikan setiap seorang 10 liter air Zam zam oleh Tabung Haji.
Dah selesai dah melakukan rukun keempat. Moga Allah menerima amal ibadat kami dan jadikanlah kami orang-orang yang beriman dan bertaqwa.
Akhir sekali kami ucapkan terima kasih kepada Tabung Haji yang menguruskan perjalanan haji dan juga kursus-kursus yang diberikan, terima kasih kepada saudara mara yang menjaga anak-anak kami dan terima kasih kepada jiran-jiran dan rakan-rakan yang tolong tengok-tengok apa yang patut sepeningggalan kami disana. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:
1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang
Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah
dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk
berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut.
Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan
Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan
dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi
teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.
Haji dan Umrah 2013 / 1434H KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah
Haji dan Umrah 2013 / 1434H KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah
No comments:
Post a Comment