Haji Umrah 2013 : Makah 5

Alhamdulillah selepas beberapa kali ulang alik dari maktab ke Masjidil Haram, dah biasa sikit-sikit dengan suasana dan juga selok belok kat situ. Kat bawah nie aku letakkan gambar-gambar sepanjang kami berada di Mekah sebelum wukuf.


Inilah kali pertama kami ke Mekah mengerjakan Haji dan Umrah jadi dok dengar macam-macam petua bila sampai ke sini. Dengar juga orang-orang yang dah sampai kata kat sini boleh kata semua benda ada jual. Kedai-kedai pun dekat. Tapi kerana inilah pertama kali datang, jadi tak mau dok pening-pening kami belilah apa-apa yang patut buat persediaan sebelum datang ke Makah nie. Takut-takut bila sampai dok melilau cari barang-barang.

Bila sampai sini boleh kata semua barang ada. Dari tali sangkut baju, mee segera, kasut/selipar, baju, jubah, makanan dan macam-macam lagi lah. Kalau rajin bolehlah tawar-menawar. Kat bawah merupakan kedai-kedai yang terdapat sekitar Masjidil Haram dan Maktab. Macam-macam ada.


Ada beli untuk guna sendiri ada yang beli untuk bawa balik buat kenangan kat sedara mara.

Macam-macam kasut dan sandal ada, pilih yang sesuai dengan penggunaan.
Boleh kata kebanyakan peniaga di sekitar Masjidil Haram dapat berbahasa Melayu, lebih tepat bahasa Indonesia. Sebab setiap tahun rakyat indon yang mengerjakan haji mungkin dalam 200 ribu orang atau 1% dari keseluruhan rakyatnya berbading Malaysia yang dalam 20 ribu orang sahaja.

Ada juga peniaga nie tak boleh cakap Melayu pon, cuma menghafal perkataan-perkataan tertentu seperti harga, warna, kecil. besar dan sebgainya sahaja. Jadi kadang-kadang kita tanya lain dia jawab lain atau dok ulang harga dua tiga kali.
Macam-macam makanan ada. Ada tempat sedap dan ada yang tak sedap. Kebanyakan kedai makan sekitar Masjidil Haram diushakan oleh pekerja asing, bukan geng arab. Jadi masakan pun tak terasa kearabannya. Kalau nak rasa masakan yang betul-betul arab kena keluar jauh sikit dari lingkungan Masjidil Haram.

Kedai makan atas banguanan di sekitar Menara Jam.
Makan kat sini boleh kata mahal juga tapi saiz hidangan boleh tahan lah terutama kalau nasi untuk seirang boleh makan dua orang.



Kedai yang diusahakan oleh Kurdistan (kalau tak silap). Boleh kata sedap. Kedai makan kat sini kebanyakan sempit-sempit, Tak banyak meja. Jadi kebanyakan yang datang bungkus saja dan yang menarik dibekalkan dengan sekeping plastik nipis yang di peronyok. Jadi boleh guna plastik nie sebagai hamparan bila makan kat mana-mana.

Jubah, telekong macam-macam ada.

Entahlah emas ori atau tiruan dijual di kaki lima Maktab.
Peniaga-peniaga kat sini kebanyakan orang luar seperti dari bangladesh, india dan indonesia. Nak jumpa peniaga arab yang asli memang susah.
Gerai Indon dibuka setiap pagi. Bolehlah dapatkan nasi lemak, mee goreng, ketayap, karipap, kuih-kuih macam kat Malaysia. Sama tapi tak serupa.


Roti Arab ~ harga 1 Rial tapi kuah harga lain.

Sampai kat sana air mempelam nie memang sedap. Pekat melekat.
Jemaah bolehlah dating sambil makan kat kaki lima depan bilik kat Maktab.

Ada kedai yang jual kitab. Bolehlah beli Al-Quran untuk wakaf kat Masjidil Haram. Pastikah Al-Quran yang dikeluarkan dari Madinah.

Dalam dok jalan-jalan sekitar Masjidil Haram bolehlah tengok rumah-rumah depa dari luar. Rumah-rumah didirikan dilereng bukit-bukit batu. Nampak dari jauh seperti kotak-kotak yang disusun dah banyak di robohkan memberi laluan untuk pembangunan. Macam mana rupa kat dalam rumah tu? entahlah tak ada pak arab yang pelawa aku masuk.


Pemandangan dari tingkap bilik aku.







Kat sini motor nie amat femes. Suzuki AX100.


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



No comments:

Post a Comment