Haji Umrah 2013 : Ziarah Kota Mekah

Inilah perjalanan ziarah pertama yang kami ikut iaitu ke Kota Makkah. Semua jemaah berhimpun di awal pagi dan menaiki beberapa biji bas. Bas kami dibimbing oleh seorang mutawif dari Malaysia. Aku lupa pula apa nama beliau. Apa-apa pun dia punya cerita sejarah dalam lawatan nie memang menarik.



Mutawif dari Kedah
Destinasi pertama ialah Jabal Thur, iaitu gunung yang mepunyai sebuah gua menyimpan sejarah hijrah Rasulullah. Disinilah Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar menyorok atas perintah Allah daripada ancaman pembesar Bani Quraish. Peristiwa ini berlaku ketika baginda sedang dalam perjalanan Hijrah ke Madinah.

Kami cuma lihat gunung tu dari jauh sahaja mendengar cerita ustaz.
Banyak peristiwa yang berlaku ketika Rasulullah berada didalam Gua Thur ini. Peristiwa Abu Bakar dipatuk ular, kisah cicak yang berbunyi dan kisah labah-labah yang membina sarang di muka pintu gua.  Sejarah Jabal Thur ramai yang tulis, bolehlah cari kat internet.
Nun jauh di sana Jabal Thur.
Dari Jabal Thur kami ke Jabal Rahmah pula. Jabal Rahmah terletak 25 km di tenggara kota Makkah, ianya termasuk dalam wilayah Arafah. Gunung ini  diriwayatkan sebagai tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah 100 tahun setelah diturunkan dari langit ke bumi. Adam diturunkan di India dan Hawa diturunkan di Jeddah.

Sehingga kini, gunung ini masih utuh dan tersergam dengan sebuah tugu monumen di puncaknya. Tugu tu bukan binaan dulu kala. Banyak jemaah yang naik ke gunung ini untuk melawat atau berdoa di situ.

Kami sampai kesini mula-mula dok pikir nak naik ka atau tak naik? Tapi rasa rugi lah pulak dah sampai tak naik gunung nie. Jadi apa lagi dengan kederat yang ada kami pun panjatlah ~ tulis macam gunung nie tinggi. Daki melalui laluan berbatu-batu.
Mendaki Jabal Rahmah
Alhamdulillah sampai ke kemuncak. Orang punyalah banyak, bersesak-sesak dengan tujuan masing-masing. Ada yang buat benda betul dan ada yang buat perkara bidaah. Jadi jangan dok ikut orang-orang sesuka hati, datang dengan tujuan baik tetapi dikotori dengan pekara mengarut.

Tugu atas kemuncak Jabal Rahmah.
Bersempena dengan pertemuan Adam dan Hawa di kawasan gunung nie ramailah yang berdoa untuk bertemu jodoh, mengekalkan jodoh atau mengeratkan kasih sayang kat gunung nie. Jangan beriktikad bahawa tempat ini atau gunung ini yang memakbulkan doa pulak ~ nauzubillah. Pohonlah kepada Yang Esa. Ada pula yang pi tulis nama-nama kat batu-batu dan juga tugu kat sini ~ yang nie pun satu hal lagi.
Pengawal menghalang seorang jemaah yang nak tulis atas tugu.



Lepas beberapa ketika kat situ, masa nak balik baru nampak ada satu tangga telah disediakan kat bahagian satu lagi gunung tu. Sikit punya senang nak turun dari masa memanjat naik tadi.


Tangga disediakan untuk naik ke puncak Jabal Rahmah
Batu-batu kat Jabal Rahmah nie dari bawah sampai ke puncak menjadi tempat menulis. Penat kerajaan Saudi kena cat semula. Entah apa yang diniatkan. Harap jemaah Malaysia tak buat macam ni. Biarlah Sudirman saja yang berlagu Joget Kenangan Manis:

Kalau pergi Kuala Kubu
Tulis nama atas batu
Saban hari ku menanti waktu
Pulang segera kepada ku



Tulis nama atas batu

Waima kat anak tangga pun habis di tulis.
Jabal Rahmah nunn... dibelakang tu.
 Selesai menanjat Jabal Rahmah perjalanan diteruskan ke kali ini ke Jabal Nur. Tempat yang amat penting dalam sejarah umat Islam iaitu gunung yang menempatkan Gua Hira. Gua yang mana Nabi Muhammad SAW telah menerima wahyu dan ayat Quran pertama. Bacalah.
Kami melihat dari kejauhan sahaja. Ternampak barisan orang yang mendaki ke gunung tersebut ingin melihat sendiri bagaimana keadaan Gua Hira tu. disini Mutawif menerangkan serba sedikit sejarahnya dan cara nak datang kalau sesaiapa yang berhajat nak mendaki.
Jabal Nur, kat atas tu terlerletaknya Gua Hira.
Dalam perjalanan kali ni juga kami dibawa sepintas lalu ke Arafah, Muzdalifah dan Mina, lihat dari dalam bas sahaja. Lagi pun ketika wukuf dan melontar kami dah kesana. Kat Arafah dan Muzdalifah cuma nampak padang pasir berpokok sahaja, khemah sudah tak ada. Mina pula kelihatan khemah-khemah yang kosong.

Tempat terakhir yang disinggah ialah Miqat untk mengerjakan Umrah, Ja'ranah. Berhenti di masjid di Ja'ranah, kepada lelaki boleh tukar pakai ihram, niat umrah dan sembahyang sunat ihram.

Masjid Ja'ranah

Ramai peniaga yang mengambil kesempatan dari kebanjiran jemaah yang berhenti di Miqat untuk mengerjakan umrah.
Selesailah ziarah yang memakan masa separuh hari sahaja. Pulang ke Maktab jangan lupa pi tawaf dengan sai umrah dan bercukur.


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



** Jabal bermaksud Gunung.

4 comments: