Masjid ini sentiasa ada jemaah yang berada dalamnya samada untuk bersolat atau beriqtikaf atau pun untuk mendengar kuliah. Dalam masjid yang luas nie ada di khusukan beberapa tempat yang disediakan kerusi dan pembesar suara untuk para ustaz beri kuliah.
Mendengar kuliah dari Ustaz Indonesia. |
Kuliah diberi ada masa-masa tertentu seperti sebelum solat dan sesuadah solat fardu. Ustaz nie bukan memberi kuliah saja tapi juga menjawab soalan-soalan dari jemaah.
Jika pada hari Khamis atau Isnin sebelum masuk Maghrib, kat dalam masjid pasti akan nampak saprah-saprah yang direntang dan diatasnya diletakkan juadah untuk berbuka puasa. Mereka amat meraikan puasa sunat Isnin dan Khamis dan sunat-sunat yang lain.
Dihidangkan makanan yang ringkas sahaja, kurma, roti, air, kopi atau teh dan sejenis serbuk untuk dicich dengan roti. Tak pasti apa ke nama serbuk nie, tapi sedap.
Sesiapa yang nak berbuka puasa bolehlah duduk kat saprar-saprah nie. Setiap saprah mungkin ditaja oleh pak-pak arab tertentu. Jika kita lalu kat situ nanti ada pak arab yang suruh kita duduk kat saprahnya.
Ada anak arab yang menjemput sesiapa yang lalu untuk duduk di saprahnya. |
Melayan orang berpuasa. |
Sungguh meriah masa berbuka kat sini. Kat Masjidil Haram, hari Isnin dan Khamis ada juga yang buat seperti ini tapi tak semeriah ker Masjidil Nabawi.
Boleh kata semua saprah menyediakan menu yang sama. |
Kurma, roti dan serbuk apa entahlah. |
Kalau dok kat masjid nie kalau tak tengok keindahan senibina dia memang tak sah. Dari luar kita nampak dinding yang luas saja tapi kat dalam ada lukisan dan ukiran yang cantik.
Siling Masjid Nabi. |
Ada siling yang dibuka waktu malam dan dititup waktu siang. |
Nie dia cara mereka cuci segala habuk kat siling dan lampu-lampu di dalam masjid. Kalau ada penyakit gayat tak boleh buat kerja nie.
Lif angkat seorang pekerja ke siling. Tak pastilah berapa tinggi. |
Saf pertama. |
Atas MAsjid Nabi. |
Memang lapang kat atas. Masa aku naik dah nak masuk waktu solat. Ada beberapa tompok manusia yang dok kat atas untuk bersolat.
Tapi ruang yang luas dan manusia yang sikit menjadikan setiap kumpulan membuat saf sendiri untuk bersolat, bertompok-tompok. Rasa macam tak best ja solat kat atas, aku turun solat kat bawah.
Beginilah setiap hari ulang alik dari hotel ke masjid. Cuaca yang dingin memang seronok dok kat sini.
Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:
1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang
Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah
dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk
berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut.
Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan
Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan
dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi
teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.
Haji dan Umrah 2013 / 1434H KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah
Haji dan Umrah 2013 / 1434H KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah
No comments:
Post a Comment