Tahun 2013, alhamdulillah terima surat tawaran ke tanah suci Mekah dan bermulalah macam-macam perasaan dok mai, seronok, ketaq, takut macam-macam lagilah. Maklumlah dok dengar cerita macam-macam, ada yang sampai sana terus tak boleh buat ibadat, tak nampak kaabah macam-macam lagilah.
Masjid At Taqwa Bertam Indah |
Kali nie mulalah usaha sebaik mungkin menambahkan ilmu. Kami dapat surat senarai masjid yang TH anjurkan Kursus Haji Bersiri. Kami ikut kursus yang dianjurkan TH di Masjid At-Taqwa Bertam Indah. Disamping tu kena ikuti kursus intensif anjurkan TH seperti Kursus Intensif Haji di Kolej Komuniti Kepala Batas dan Kursus Haji Perdana di USM. Dulu dok ikut kursus ada ponteng-ponteng tapi sekarang tak boleh ponteng, masa semakin hampir. Ada juga ikuti kursus yang dianjurkan pihak swasta.
Kursus Haji Perdana di USM Penang |
Kawan-kawan yang pernah pi sana pun ramai yang datang membantu disamping CD Panduan Haji yang dipinjamkan. Terima kasih kepada semua yang telah memberi tunjuk ajar kepada kami.
Barangan yang dibawa kami merujuk kepada kursus haji yang di hadiri dan juga dari pengalaman kawan-kawan. Barangan seperti beg, kain ihram, t-shirt, kain pelikat, selipar, berus dan ubat gigi dan berbagai keperluan disana kami sediakan sedikit-sedikit. Ada yang dibeli ada yang bawa saja apa yang ada di rumah.
Dari pengalaman orang yang biasa ke sana depa kata kebanyakan jemaah yang sampai ke sana akan sakit tekak dan batuk. Jadi kami buat bekalan ubat sakit tekak Strepsils dan coklat Hacks hitam.
Semasa Kursus Haji Perdana dan juga ketika mendaftar diri di Komplek Tabung Haji pada hari bertolak (campuq semua sekalilah senang), Tabung Haji dan Sahabat Korporat TH telah memberi banyak barangan keperluan untuk di guna antaranya ubat gigi, beg selipar, vitamin, botol spray ( buat ambik wuduk), face mask, ubat gigi, ubat kaki berekah Ellgy, pembunuh kuman hand sanitizer, universal adapter (nie alat penting sebab kat sana plug point berbeza dari Malaysia), beg batu melontar, head rest, sim card mobily, gamogel, vitamin, face mask, lampu kecik, tikar plastik, tuala kecil dan juga sejadah. Itu yang aku ingat. Tahun akan datang mungkin berlainan.
Barangan diberi semasa Kursus Haji Perdana. |
Banyak juga barangan yang TH beri, kadang-kadang ada juga barangan yang dah di beli sepereti lampu suluh dan sejadah. Lain kali, insyallah kalau dapat pi menunaikan Haji lagi kena tunggu sampai Kursus Haji Perdana baru beli barang-barang kecil.
Barangan lain seperti gelang besi, tag nama, beg berodan dan beg sandang, buku panduan haji diberikan berperingkat-peringkat.
Persiapan jasmani juga perlu dimana kami buatlah joging atau jalan-jalan mengeluarkan peluh sedikit, bagi longgar sikit urat-urat.
Sebelum bertolak kepada wanita mesti risau mengenai barang perhiasan seperti emas. Nak serah kat adik beradik pun depa takut juga nak jaga benda nie. Jadi kami simpan kat Bank Rakyat. Kat bank nie bukan simpan seperti peti simpanan selamat, tapi lebih kepada sistem pajak gadai. Sebelum disimpan atau dipajak, pihak bank rakyat akan nilaikan barang kemas tersebut. Tak semua barang kemas dia akan ambil . Selepas di nilai baru duit diberikan. Jadi jangan dok pi perabih pulak. Bila pulang dari Haji boleh beri balik duit tu dengan sedikit upah untuk tebus semula barangan.
Sebelum pergi juga, berbagai perkara kena selesaikan seperti siapa yang akan jaga anak-anak dan juga persekolahan mereka sepeninggalan kami. Duit perbelanjaan mereka. Selesaikan bil-bil seperti air, api, handphone dan hutang-hutang dan sebagainya dan bayar sekali untuk bulan yang akan datang. Mana tahu ketika balik rumah bergelap, api kena potong. Nanti taklah dok pening nak bayar bil-bil online pula disana. Senaraikan segala lokasi duit, tabung dan juga harta dan serahkan senarai kepada orang yang dipercayai ~ minta senarai ini dibuka jika kita pergi tak kembali disana. Kebanyakan perkara-perkara ini isteri aku yang rancang. Buat awal-awal supaya tak kelang kabut masa nak bertolak.
Kami akan menaiki kapal terbang pada 27 September 2013 terus ke Tanah suci Mekah. Kami guna pekej Muasasah Tabung Haji menaiki pesawat MAS KT50 yang akan berlepas ke Jeddah dari Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sebelum nie melalui borang yang dihantar, kami telah memilih untuk bertolak dari Penang dan penerbangan ke Makkah dulu baru ziarah ke Madinah. Alhamdulillah dapat. Mudah sikit bertolak dari Lapangan Terbang Bayan Lepas terus ke Mekah, tak perlu transit mana-mana.
Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:
1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang
Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah
dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk
berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut.
Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan
Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan
dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi
teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.
Haji dan Umrah 2013 / 1434H KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah
Haji dan Umrah 2013 / 1434H KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah
mashaallah...terima kasih atas perkongsian pengalaman...doakan saya juga dapat tunaikan haji inshallah
ReplyDelete