Sunday, May 4, 2014

Haji Umrah 2013 : Wukuf di Padang Arafah

13hb Oktober 2013 / 8 Zulhijjah 1434 bermulalah perjalanan menunaikan Fardhu Haji. Perjalanan dimulai ke Padang Arafah. Rukun haji yang perlu dilakukan. Tak dapat ke sini maka tak dapat la haji, boleh balik. Perjalanan tak berapa jauh dari Mekah.

Untuk ke Arafah jemaah perlu membawa barang-barang keperluan semasa saja seperti kain iharam, persalinan, tuala, tikar dan berbagai lagi. Beg besar atau beg beroda tinggal kat bilik ja, cukup bawa beg yang tabung haji bagi tu.

Turun kebawah maktab bawalah segala beg yang perlu dan siap berpakaian ihram. Jangan lupa lupa niat pula mengerjakan Haji pula.

Untuk kesana jemaah diberi satu stiker mengandungi maklumat di Arafah dan Mina untuk di lekat ke kad nama. Jemaah juga diberi satu lagi kad nombor bas yang akan bawa jemaah ke Padang Arafah dan Mina. Perjalanan bermula dari maktab menaiki bas mengikut nombor yang diberikan.


Kad nama diberi sticker baru. Maklumat tempat penginapan baru di Arafah dan Mina.

Perjalanan dalam bas. Banyakkan lah bertalbiah.


Dari luar tingkap bas terlihat ada jemaah yang berjalan kaki sahaja ke Padang Arafah.
Kat padang Arafah ini setiap negara di berikan lokasi-lokasi tertentu, jadi jemaah Malaysia tak bercampur dengan negara lain. Setiap lokasi tu pula disediakan khemah untuk jemaah-jemaah. Kat Padang Arafah nie janganlah dok komplain macam-macam, terimalah seadanya. Kita datang untuk beribadat dan menjadi Tetamu Allah.
Alhamdulillah dah sampai ke khemah Maktab 91, perjalanan yang lancar. Kat muka pintu pagar ada beberapa anak-anak arab yang membahagikan makanan kepada jemaah ~ mungkin depa nak ambil pahala dari bersedekah.

Lokasi jemaah haji dari setiap negara. Malaysia yang warna hijau belah kiri.
Lokasi khemah. Jemaah Maktab 91 dibahagikan pula ke beberapa khemah.

Ada beberapa khemah yang besar berlantaikan karpet disediakan kepada jemaah. Dalam setiap khemah tu pula dibahagi ikut kumpulan lebih kurang 10 orang setiap kumpulan. Jadi hampar tikar dan susunlah tempat tidur masing-masing. Setiap orang bolehlah dapat satu ruang untuk berehat dan meletakkan barangan keperluan. 
Nie dia khemah Blok F / 119L dapat corner lot - lot hujung.

Ada 10 orang geng yang dok kat Blok F / 119L

 Kat sini jemaah bolehlah bersolat dalam khemah sendiri atau boleh juga bersolat dalam sebuah khemah khas yang dijadikan sebagai surau. Dalam surau ni adalah pengisian yang dilakukan seperti ceramah, tazkirah dan juga khutbah Arafah.
Kat sini disediakan khemah yang di buat sebagai surau. Bolehlah berjemaah kat sini. Semua solat dilakukan jamak dan qasar.

Aktiviti malam di sediakan ceramah. Ceramah nie boleh dengar kat seluruh kemah kat sini melalui pembesar suara.
Dah malam apa lagi tidurlah kat khemah masing-masing. Seronok juga tidoq ramai-ramai nie. Disini khemah tak disediakan air cond atau kipas. Jadi kalau panas gulung dinding khemah keatas sahaja. Sejuk kena udara luar.
Suasana malam kat khemah. Ada yang berzikir, ada yang baca quran ada yang tidur dan macam-macam lagilah.
 Alhamdulillah dapat tidur dengan nyenyak dan pagi nie 9 Zulhijjah, hari kemuncak untuk berwukuf. Jangan lepaskan untuk bertalbiah, berzikir dan berdoa.

Dok kat sini pun Tabung Haji menyediakan makanan, pagi tengahari dan malam. Tak silap aku makanan disini dimasak oleh Pak Arab, bukan Tabung haji lagi seperti kat Mekah. Siapa masak pun alhamdulillah licin. Jika rasa lapar lagi boleh masak mee segera atau makan biskut yang anak-anak arab beri ketika masuk ke khemah tadi.
Nie dia makanan yang anak-anak arab bagi ketika sampai petang tadi. Ada teh, mee segera, biskut, cawan dan macam-macam lagi. Jadi bolehlah makan disamping makanan yang telah Tabung Haji sediakan.
Kat Padang Arafah di sediakan paip air panas. Jadi bolehlah kalau sesiapa nak bancuh air atau rebus mee segera.
Beratur mendapatkan air panas buat bancuh minuman dan juga masak mee segera Indo-mie. Kat sini terasa mee segera amat sedap.
 Sapa yang bawak gejet-gejet elektronik seperti handpon atau kamera, kat khemah nie payah sikit lah kalau bateri dah lemah sebab soket elektrik tak dak. Jadi sebelum datang ke sini cas dulu kat Makah atau bawak power bank.

 Dok dengar cerita sebelum sampai ke Mekah, kehidupan kat padang Arafah dan Mina sukar dangan kena Q panjang nak masuk tandas dan keadaan khemah yang tak selesa tapi bila sampai sini alhamdulillah cukup selesa. Kat Arafah nie boleh kata semua kemudahan asas ada. Bilik air dan tandas disediakan mencukupi, tapi jangan la dok serbu masa orang ramai. Khemah pun selesa, kalau rasa panas buka saja dinding tu, beranginnn.
Khemah-khemah yag menempatkan jemaah.

Padang Arafah yang dulunya dikisahkan sebuah padang pasir gondol kini ada banyak pokok yang ditanam dan juga rumput menghijau. Jadi berhati-hati jangan dok pi cabut atau kepak pokok-pokok nie ~ dok dalam ihram. Kalau rasa nak kena dam bolehlah pi cabut. Ditanam pokok mambu.

Sebelum Zohor, berkumandang Khutbah Arafah yang disampaikan oleh Dato Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan seterusnya beliau mengimamkan solat Zohor.
Selepas solat zohor dan asar jamak maka rarmai-ramailah jemaah berada di tempat lapang untuk berdoa.
Berdoa ketika di Padang Arafah. Berada di tempat terbuka sambil menadah tangan memohon doa.

la nie boleh dok bawah pokok berlindung dari mataharai. Zaman dulu macam mana ya? zaman yang tak dak lagi khemah dan pokok-pokok.

Di kejauhan di atas bukit terdapat jemah-jemah yang berwukuf entah dari mana datangnya.


Alhamdulilah selesai rukun Haji untuk wukuf di Arafah. Selepas matahari dah terbenam, jemaah akan dibawa bermabit di Muzdalifah pula. Selepas ini.....



Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



2 comments:

  1. Salam Tuan Haji,
    Mohon izin salin semua cerita pengalaman haji tuan untuk rujukan dan pembelajaran saya.

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih lawat blog saya. Insyaallah boleh saja... yg nie catatan perjalanan haji saya ngan isteri... boleh lah baca tapi jangan ambil 100% mungkin ada kesilapan sana sini.... banyak kekurangan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...