Jalan ke Kuala Gula ~ tak dak pokok tebu pun? |
OKlah kami ke Kuala Gula. Perjalanan yang terasa amat jauh maklumlah masuk ke kawasan ladang kelapa sawit dan jarang-jarang sekali selisih dengan kenderaan lain. Tapi OKlah siang, kalau malam aku memang patah balik ditambah pula tak ada lampu jalan.
Jalan masuk ke Restoran Terapung JS Muara. |
Bagaimana pun setelah melalui jalan kampung sampai juga kami ke Kuala Gula . Dalam kepala ingatkan ada banyak gerai makan di tepi kuala tapi sangkaan meleset. Cuma ada satu saja iaitu JS Muara Restoran Terapung. Memang sebuah restoran yang terapung atas air.
Masa aku sampai pengunjung tak berapa ramai seperti yang orang kata. Mungkin kami datang bukan masa cuti dan juga dah leawat pun sampai lebih kurang jam 3 petang. Cari lokasi tempat duduk dulu, yang pastinya kena tepi sebab boleh menikmati pemandangan laut. Dah sampai menu.
Sampai saja menu, belum apa-apa oder ketam lembut dulu. Tapi apa boleh buat, ketam lembut out of stock, dah habis. Menurut pelayan kedai, kalau nak ketam lembut kena buat tempahan awal sebab stok terhad. Sungguh kecewa. Sebagai ganti dia cadangkan kari ikan sembilang, orang utara panggil gulai ikan sembilang. Katanya sedap. Walau aku tak berapa minat dengan ikan sembilang tapi lanyan jugalah. OKlah kami oder gulai semilang dengan beberapa menu lain.
Menu JS Muara. Ada hidangan set dan juga ala cart. |
Sementara menunggu hidangan sampai bolehlah lihat-lihat restoran dulu. Restoran ini dibina diatas tong-tong yang menjadi pelampong. Oleh itu jika ada bot yang lalu berhampiran. Restoran ini akan bergoyang mengikut alun ombak. Anak-anak pun suka ~ dok tunggu saja bot lalu.
Bila bot melintas saja restoran akan bergoyang ~ syok oooo makan sambil goyang-goyang. |
Tak berapa lama nasi pun sampai. Tapi hidangan lain belum sampai. Nasi dah hampir sejuk baru hidangan lain sampai, minta tukar nasi baru la pulak ~ nasi sejuk mana best.
Gulai atau kari sembilang. Tak silap aku harga RM 15.00 semangkok. |
Walau aku tak berapa minat ikan semilang tapi untuk hari nie memang sedap, kuah kari sedap dan ikan pun lembut dan besar. Yang kurang sikit ialah kari tak ada bahan-bahan seperti bendi, tomato dan terung. Masakan lain aku ketegorikan biasa-biasa saja.
Ayam masak merah kalau tak silap ~ dah lama dahhhh. |
Udang goreng tepung. |
Telur bistik |
Kailan ikan masin |
Restoran ini bersih dan selesa. Peringatan, lantai restoran ini banyak ruang-ruang kosong antara papan lantai. Oleh itu hati-hati letak kaki kerusi takut termasuk lubang dan juga benda-benda kecil seperti kunci hendaklah di simpan dengan baik. Kalau benda-benda kecil terjatuh dan masuk dalam lubang itu alamat kena selamlah.
Masa kami sampai pengunjung tak berapa ramai. Mungkin disebabkan kami datang hari biasa dan juga sampai dah petang. |
Kepada yang hendak datang untuk merasai sendiri ketam lembut, gulai sembilang dan juga nak rasa bergoyang ketika makan boleh datang ke Restoran Terapung JS Muara di Kuala Gula. Tapi untuk yang mengidam nak makan ketam lembut harap buat tempahan awal, nombor telefon ada kat bawah. Kalau tidak jadi kempunan macam kami.
Restoran JS Muara beroperasi setiap hari dari 12 tengahari hingga 12 malam.
Telefon: 012-564 3019
016-541 8751
Lokasi GPS:
4.939240, 100.468921
4°56'21.3"N 100°28'08.1"E
[ Pautan jalan-jalan ke Taiping 2/6/2015]
1. Zoo Taiping
2. Restoran Terapung JS Muara Kuala Gula
Tringin gak nk mkn sini tapi tak brkesempatan nk pg lg padahal dlm perak ni hehe.
ReplyDeleteKetam lmbut tu ramai yg ckp kne booking dulu sblum dtg
Terima kasih datang jenguk.... tak ada ketam lembut, gulai sembilang pun OK... nanti nak kena repeat ke sini.
DeleteDah pernah datang sini sekali... Menu best-best & dapat merasa ketam lembut.. view yang cantik, ada chalet terapung bersebelahan. Sangat puas hati..
ReplyDeleteTereima kasih singgah sini... anak-anak memang suka masa bot lalu, boleh rasa goyang-goyang.
Deleteingat nak pegi sabtu ni..ketam lembut sekor rm8....huhuhu boleh tahan harganya
ReplyDelete