Antar hari terakhir seorang staf kat tempat keja aku yang akan bertukar ke Perak. Moh ke Perak le deme. Walau hari keja nak juga buat makan-makan yang best sikit dan jauh banyak.
Memula kena minta izin bos dulu keluar mungkin balik lewat sikit. Bos kata no problem. Dapat lesen dah, apa lagi car pool reramai ke tanah besar. Member jadi driver, dapatlah duduk belakang. Bukan senang nak dapat tengok kiri kanan.
Kali nie ke Kepala Batas. Kepala Batas Penang bukan Kedah punya. Ke Din Ikan Bakar yang terfemes. Dekat dah rumah aku. Tapi pekerja berdedikasi mesti balik opis dulu, tak curi tulang punya.
|
Restoran Din Ikan Bakar Kepala Batas |
Masa sampai lebih kurang jam 12 tengahari. Memang masa yang terbaik, orang tak ramai lagi, lauk pun dah ready dan boleh pilih meja sesuka hati.
Tengok lauk dia punyalah banyak, tak tau nak pilih apa. Jadi aku cuma tengok ja, member-member lain yang pilih. Aku tunggu bedal ja. Kat sini banyak yang berjenis bakar. Pilihan ikan yang berbagai seperti siakap, keli, terubuk lain-lain sotong, udang, ketam, ayam dan danging macam-macam bahagian ada seperti lidah dan yang istimewa daging rimau menangis bakar pun ada.
|
Daging harimau menangis. Antara menu yang menjadi kegilaan. |
Bila kata bakar terutama daging memang nampak hitam legam tapi jangan buat main walau pun hitam tapi rasa terbaikk.
|
Kaunter bakar dan potong |
Yang tak bakar pun ada, mana tau ada yang alah dengan bakar. Tak mau bakar carilah Dolah ka, Ahmad ka. Dahh.. apa merepek nie. Selain bakar kat sini ada juga sup daging, gulai ikan, ikan kering dan beberapa lagi. Tapi tak sebanyak jenis-jenis bakar.
Takkan nak makan lauk saja. Doktor selalu pesan kena ikut piramid makanan, kena ada sayur. Sayur kurang tapi kalau ulam, mak aihhh bertimbun ada petai, terung rebus, kacang kelisa, daun selom dan macam-macam lagi dengan sambal dan air asam berbekas-bekas. Jangan lupa tempoyak pun ada.
|
Berbagai ulam, sambal belacan, sambal kicap, sambal macang dan tempoyak sebakul |
Sorang ambik ni ambik sikit, sorang nuu ambik sikit lelama penuh meja. Nasi dengan air kena oder. Nie dia apa yang ada atas meja.
|
Dok mai sorang sikit |
|
Haaa.. dah penuh meja |
Close up sikit apa yang di ambil sampai penuh meja. Siakap bakar, telur ikan gulai, ayam bakar dua ketul, gulai daging dengan batang pisang, daging rimau menangis bakar enam ketul, kuah kari dengan bendi, ulam (macam-macam)dan berbagai jenis sambal.
Nak tau daging rimau menangis tu cam mana. Aku mula-mula pun tak tau gak. Tapi bila rasa baru tau. Dia buka daging sangat tapi lebih kepada lemak tepu dan bila makan terasa liat sikit.
Tak sampai sejam, licin. Pakat-pakat tersandar. Harga semua rasanya RM 130.00. Boleh tahan mahal juga. Dah dekat pukul 1 tengahari orang makin ramai, mungkin baru keluar rehat. Selamat kami datang awal, kalau tidak jenuh berebut.
|
Alhamdulillah... licin |
Aku rasa ini kali ke dua aku makan kat sini. Dulu aku makan dengan isteri aku, kedai nie tak berapa selesa. Kedai kecil, pelanggan memang ramai. Bersesak-sesak dalam tu ditambah dengan asap dia orang bakar pun masuk kedalam kedai. Memang lepas tu kami tak pi dah.
Tapi kali nie aku datang keadaan dah berubah. Kedai dah besar, dah ambil kedai sebelah, jadi luaslah. Asap pun tak masuk dalam kedai dah. OKlah.
|
Harga bahan bakar |
Dah kenyang apa lagi, nuuu keja dok tunggu dah. Pakat-pakat balik la. Din ikan Bakar Kepala Batas. Nie Kepala Batas Penang bukan Kedah punya. Restoran nie buka setiap hari untuk makan tengahari saja dan tutup hari Jumaat. Lokasi sebelah taliair, nak mudah lihat Google Map kat bawah.
p/s: Kepada kawan aku yang diraikan selamat bertugas kat tempat baru. Moga ceria dan bertugas dengan baik. Pengganti dia akan menyusul kemudian.
Update:
19/5/2014 : Peta lokasi Din Ikan Bakar telah di perbetul. Terima kasih atas komen yang diberikan oleh Tuan Anonymous.
Mai try sni pulak..
ReplyDeleteInsyallah... nanti kami pi sana.. pekena kepala ikan pulak
DeleteMai try sni pulak..
ReplyDeletesalam. location map tu salah. saya ikut sampai tersesat sampai kedah hujung sana. huhu
ReplyDeletehttps://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=2&cad=rja&uact=8&ved=0CDcQFjAB&url=https%3A%2F%2Ffoursquare.com%2Fv%2Fdin-ikan-bakar-kepala-batas%2F4d6f1fb08781b60c34733935&ei=T1F4U5HzMY3_8QW7r4KwCA&usg=AFQjCNHXwWVpVHbKlOGIC0emqq-EWHU1_Q&sig2=1hbDBe6O4sopbI2A_yEkfw&bvm=bv.66917471,d.dGc
Bebanyak sorry... masa buat N3 nie search Din Ikan Bakar Kepala Batas terus dapat lokasi dan terus paste. Tak perasan yg tu kat kepala batas kedah. Dah di perbetul, terima kasih atas komen tuan.
Deletesaya nak gi sini ni esok...pernah pergi sekali kawan ajar makan lidah bakar...terus hatuh hati..
ReplyDeleteTerima kasih lawat sini... pekena harimau menangis bakaq pun sedap
Delete