Wednesday, October 8, 2014

Kepala Ikan GST

Kepala ikan pun nak kena GST ka? mau tersungkur pekena kari kepala ikan lepas nie. Ishhh apa merepek nie. GST tu nama kilang kat Simpang Ampat SPS, GST Fine Foods Sdn Bhd. Kilang memproses makanan laut.
GST Fine foods Sdn Bhd
 Apa kepunca pi kilang nie? Haaa nie dia tujuan utama untuk memancing kepala ikan. Dapat kepala saja isi kilang ambik.
P_20140927_084626_HDR
Kepala ikan merah.
P_20140927_084721_HDR
Hanya kepala ikan asja.
Macam mana tau tempat nie? Mula-mula ada sahabat yang buat kari kepala ikan kat opis. Tak tau dia dapat kat mana. Dalam dok sembang-sembang ada sahabat yang teringin nak pi situ dan ada sahabat yang nak tunjuk jalan. Apa lagi aku pun ikut sama la, nak tengok tempat. Pagi Sabtu seawal 7.30 pagi berangkat kesana.
P_20140927_084609_HDR
Kat kilang nie dibuat macam kedai runcit. Pelanggan boleh lah beli hasil laut, macam-macam jenis ikan, sotong, ketam. Yang ramai serbu ialah kepala ikan. Yang segar ada, yang beku pun ada. Selain tu dijual juga barangan runcit seperti rempah, telur, tepung, bawang dan lain-lain, tapi tak banyak pilihan la.
P_20140927_084749_HDR
Siakap dan sotong kembang.
P_20140927_084914_HDR
Ikan segar
P_20140927_085101_HDR
Kepala Salmon
P_20140927_084830_HDR
Barang runcit

Harga aku tak pasti, tapi orang memang tak putus. Aku angkut kepala ikan saja, macam murah ja. Lepas pilih boleh minta depa belah siap-siap. Balik basuh terus masak.
P_20141002_182852_HDR
Nie dia hasil tangkapan yang di karikan. Kari kepala ikan merah, isteri aku masak bersama sambal hijau cekur.
IMG-20140928-WA0002
IMG-20140928-WA0004
Kari kepala ikan dan sambal hijau
Kalau sesiapa yang teringin nak pekena kari kepala ikan boleh cari kat sini. Kepala ikan saja, kari kena buat sendiri la. Kilang dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 6 petang dan tutup hari Ahad dan cuti umum.

Alamat:
No 9 Lorong IKS Simpang Ampat D,
MK15 Kws Industri Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan

Telefon: 04-568 2277

GPS: 5°15'41.5"N 100°28'35.4"E
Fullscreen capture 1032014 41732 PM
Gambar kilang GST Fine Foods dari Google Street View

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...