Medan Selera Bomba Taiping

Hari pun dah petang. Kami terus perjalanan ke Taman Tasik Taiping. Haaa bukan nak lepak-lepak tengok tasik tapi nak check in hotel disitu. Malam ini tidur di Hotel Seri Malaysia Taiping. Hotel ini betul-betul bersebelahan Taman Tasik.
Hotel Seri Malaysia Taiping

Walaupun dah petang tapi masih panas lagi di luar. Rehat sekejap sambil itu makan dulu bahan-bahan yang dibeli di Kuala Sepetang. Dalam jam 4 petang anak-anak dah tak tak tahan nak mandi kolam. Inilah sebab kami pilih hotel ini sebab ada kolam. Apa lagi sekali dengan ayah berendam.
Kolam kecil sahaja. Yang best tak ada peraturan kena pakai spender untuk mandi.


Berendam dalam sejam setengah, pakat-pakat dah kecut baru naik ke bilik. Dah puas mandi pakat-pakat lapar, makan dulu apa yang masih ada. Lewat petang keluar cari makan ~ macam ayam pulak.

Kali ini kita terjah ke lokasi yang menjadi tempat berhimpun makanan kebangsaan Taiping, Yong Tou Fu hahhaaa jangan marah orang Taiping. Kita ke Medan Selera Belakang Bomba Taiping. Pekan Taiping ini kecil saja tapi kami nak sampai ke medan selera ini pening juga sebab jalan yang banyak simpang.
Pusat Penjaja Taiping juga dikenali sebagai Medan Selera Belakang Bomba Taiping.

Medan selera ini dinamakan Pusat Penjaja Taiping atau Medan Selera Padang Sarkas, tetapi orang ramai lebih mengenalinya sebagai Medan Selera Belakang Bomba sabab ia terletak betul-betul dibelakang Balai Bomba Taiping.

Medan selera yang panjang ini akau tak tahu ada berapa puluh gerai. Boleh kata setiap gerai menyediakan menu Yong Tau Fu. Yong Tau Foo boleh kata menjadi menu dan tarikan utama ke sini. Lain-lain menu pun ada tapi tak di tonjolkan sangat.

Kami tak tahu gerai yang mana sedap. Jadi bila masuk ke medan selera ini kami tengok tempat yang ramai pengunjung sajalah. Orang ramai mesti sedap. Masuk cari meja dulu sebab meja amat terhad berbanding dengan pengunjung yang ramai. Lepas itu baru pilih bahan-bahan yong tau foo.
Berbagai bahan untuk Yong Tau Foo.

Ini dia pilihan Yong Tau Foo kami.

Takkan nak makan yong tau foo ja malam-malam. Anak-anak nak benda lain juga. Boleh saja oder dari gerai-gerai sebelah. Ada macam-macam seperti nasi ayam, satey, mee, nasi goreng dan sebagainya.
Entah berapa mangkuk ais krim tak tau lah melayan dua budak kecik.

Nasi Ayam

Satay

Yong Tau Foo yang aku makan bagi citarasa aku biasa-biasa saja. Yang menariknya ialah bahan-bahan untuk dipilih memang banyak dan harga yang murah, boleh datang lagi.


Sedikit maklumat medan selera ini:

Pusat Penjaja Taiping
(Medan Selera Belakang Bomba)
Medan selera terletak diantara Jalan Sultan Abdullah dan juga Jalan Tupai sebab terletak ditengah pekan Taiping..

GPS:
4.850738, 100.743448
4°51'02.7"N 100°44'36.4"E

Lokasi dari Google Map.



Selepas makan, acara berakhir untuk malam ini. Esok cerita lain pula.

[ Pautan jalan-jalan ke Taiping dan Kuala Kangsar pada 12-14hb Mac 2016 ]

1. Kota Ngah Ibrahim Matang
2. Mee Tulang Mak Jah dan Kilang Arang Kuala Sepetang
3. Medan Selera Belakang Bomba Taiping
4. Bandar Diraja Kuala Kangsar
5. Syamille Agrofarm And Resort Kuala Kangsar
6. Bengkel Labu Sayong & Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar

No comments:

Post a Comment