Ipoh - Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung

Semasa di Ipoh 3 hari 2 malam nie cuma dua tempat kami keluar makan luar. Waktu siang full sponser, cuma malam sahaja kena cari sendiri.

Malam pertama, melalui kawan-kawan katanya ada nasi lemak femes di Ipoh. Berpandukan kepada GPS kami cari lokasi. Malam di Bandaraya Ipoh sangat tenang seperti pekan mati. Jalanraya tak sebok, kenderaan amat kurang berbanding Penang. Tak berapa lama ketemu Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung.
Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung.

Restoran boleh tahan luas ~ gabungan beberapa shop lot. Walau luas, pengunjung penuh juga. Tengok menu dulu. Boleh kata semua masakan ada, ala thai, melayu, western. Ada pulut mempelam ada berbagai jenis bubur. Ada ala carte dan ada set. Kami pilih ala carte saja sebab semua selera lain-lain.

Menu Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung. Ada berbagai jenis makanan, pilih saja nak ala thai, ala melayu western dan berbagai lagi.
Nie set yang aku oder, mestilah oder yang menjadi nama restoran iaitu nasi lemak ayam kampung. Kawan-kawan yang lain ada yang oder lain-lain. Untuk nasi lemak tak perlu tunggu lama, sekajap saja hidangan dah sampai. Mungkin mudah semua perkakas plug and play saja berbanding dengan tom yam dan nasi goreng yang perlu dimasak setelah di pesan.
Nasi lemak ayam kampung yang menjadi nama restoran.

Dari rasa mulut aku nasi lemak terasa lemak dan lembut tapi kuantiti sedikit dan sambal memang sedap. Ayam kampung goreng memang sedap, kalau keras biasalah ayam nie sentiasa bersenam tak sama dengan ayam yang kerja makan tidor saja.
Nasi goreng udang

Tom yam dan udang celup tepung.

Bubur cha-cha.

Lain-lain hidangan aku tak boleh komen sebab aku tak makan. Apa-apa pun alhamdulillah kenyang. Semasa keluar dari restoran dapat lihat disebelah pintu masuk di buat seperti kiosk. Bolehlah pilih sendiri apa yang berkenan.
Berbagai jenis bubur.

Pulut mempelam. Mula-mula nak pekena sepinggan tapi perut dah kenyang.
Belut hidup untuk dipilih dan dimasak.

Ikan, sotong, udang dan lain-lain makanan laut segar boleh dipilih untuk dimasak.
Nie dia tempat Nasi Lemak Ayam Kampung. Ayam kampung goreng punyalah banyak.

Keseluruhan makanan disini memang sedap dan layanan yang baik dan pantas dan juga restoran memang bersih. Kepada yang nak merasai berbagai masakan di sini bolehlah datang di alamat:

Nasi Lemak Ayam Kampung
No 43/45 Jalan Ali Pitchay
Ipoh Perak
Tel: 05-254 4318 / 016 545 9000

Waktu operasi jam 3.30 petang hingga 2 pagi.

GPS :  4.591356, 101.084814
           4°35'28.9"N 101°05'05.3"E



Malam kedua kami cuma ke Dataran MBI. Ada berbelas gerai disitu. Berbagai gerai ada dari ala thai ke westren. Kami pilih saja yang mana rasa OK. Sebab kami pun tak tahu yang mana sedap.
Gerai Makan Dataran MBI

Apa yang kami makan kira boleh kata sedap dan harga pun murah. Jadi layan sajalah sambil melihat keindahan malam Bandaraya Ipoh.


Dataran MBI

Tapi malang tak berapa lama hujan pulak turun. Pakat-pakat lari bawah bumbung. Apa-apa yang tak sempat sampai kira bungkus bawa balik sajalah.
Hujan bersama angin kuat.

OKlah setakat itu jalan-jalan ke Ipoh berkursus sambil jalan-jalan sikit-sikit.


[ Pautan jalan-jalan kursus ke Ipoh 14/4/2015 hingga 16/4/2015]

1. Ipoh - Dataran Sungai Kinta
2. Ipoh - Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung


7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas info yg baik ini... Dulu, bila masuk Ipoh tercari2 juga restoran yang special sikit terutama yg halal... susah benor. Dengan info sebegini, siap dgn GPS coordinate lagi, mudah utk orang baru atau pelancung mencari tempat utk menjamu selera bila singgah atau bermalam di Ipoh.

    Singgahlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan lawat blog saya... tempat tu pun atas info dari internet.

      Delete
  3. Kami ada membekalkan ayam kg kacuk hidup/frozen. Keluaran setiap bulan max 2000 ekor

    ReplyDelete
  4. poor services.
    krew kalut n gedik amik order. menunggu order dekat sejam.

    ReplyDelete
  5. Kat sini sblm datang tu..order dulu dari tempat anda..sampai terus ada tempat makan..sy dah beberapa kali makan kat sini..servis bagus dan harga patutla...tiada komen na..

    ReplyDelete
  6. Dah tutup. Tukar owner. Tiada lagi nasi lemak ayam kampung. Tapi signboard tak tukar lagi. Rasa tertipu kami bila tgk kat fb sbb masih nama lama. Penat2 dtg jauh dari jb.

    ReplyDelete