Kali ini kami ke tepi Sungai Melaka iaitu Jeti Muara Sungai Melaka berdekatan Muzium Samudera (yang bentuk kapal tu la). Nak naik bot pulak berlayar meredah sungai Melaka.
Selepas beli tiket kita akan lalui jurufoto yang akan ambil gambar di balik skrin hijau. Macam biasa kalau nak boleh ambil, kalau tak nak pun tak dak masalah.
Bot tak sampai lagi. |
Walau naik bot saja tapi bagi aku nie yang ter best. Satu... tak perlu jalan... dapatlah duduk lepak-lepak dan yang kedua dapat tengok pemandangan rumah-rumah lama disekitar sungai Melaka. Serupa ala ala "Back to the Future".
Bermulalah pelayaran menjejak kemasyuran Sungai Melaka suatu ketika dahulu. Ketika nie tak dak lagi pedagang yang masuk menjual rempah ratus cuma yang ada pelancong menyusuri sungai mengimbau kesan sejarah kemasyuran Melaka.
layan FB kejap. |
Ketika menyusuri sungai Melaka nie, bot akan melalui 7 buah jambatan yang mempunyai sejarah tersendiri. Jambatan Kampung Morten, jambatan Old Bus Station, Jambatan Hang Tuah, Jambatan Pasar, Jambatan Kampung Jawa, Jambatan Chan Koon Cheng dan Jambatan Tan Kim Seng. Kalau nak tau sejarah jambatan tu... ermmm kena cari sendiri.
Jambatan Tan Kim Seng |
Klasik betullah |
Bangunan yang ada kat tepi sungai nie memang dihais canatik, dibuat macam mural. Kadang-kadang keaslian pemandangan nak feeeling macam zaman dulu-dulu tak berapa menjadi. Laluan pejalan kaki juga disediakan di kiri kanan sungai untuk sesiapa yang nak bersiar-siar secara manual atau nak keluarkan peluh.
Dinding bangunan dah jadi mural |
Kampung yang banyak sejaranya, Kg Morten. Senibina rumah Melayu dikekalkan bermula dari tahun 1920. |
Monorel ~ tak nampak ada yang bergerak, boleh guna ka nie? |
Sampai di satu lokasi bot pun berpatah balik. Kali nie baru terdengar penerangan lokasi di lalui dimainkan melalui corong speaker. Ketika awal tadi cuma dengar muzik sahaja.
Ada orang kata berlayar Melaka River Cruise waktu malam lebih menarik sebab bangunan ini akan bercahaya. Tapi OKlah waktu siang dapat tengok dengan lebih nyata bangunan-bangunan tu.
Boleh kata sepanjang pelayaran yang penuh sejarah nie Ahmad Firas telah belayar lebih jauh lagi ~ lena la tu. Letih dari pagi tadi asyik berjalan ja.
Kubu Kota Melaka siap dengan meriam dibina Portugis. Dulu-dulu diguna untuk mengawal sungai Melaka. |
Habis saja pelayaran, bot pun berlabuh. Kat sini gambar yang kita ambil sebelum pelayaran tadi telah di cetak dan diedit dengan berlatar belakang suasana malam Sungai Melaka. Sekali lagi gambar nie pun depa ambik macam comel jerrr... jadi beli la buat kenangan.
Pelayaran Melaka River Cruise nie mengambil masa lebih kurang 45 minit. Harga tiket dewasa RM 10.00 dan kanak-kanak umur 2 hingga 12 tahun RM 5.00 saja. Boleh sangat-sangat. Beroperasi dari 9 pagi hingga 11.30 malam. Cuma kalau boleh tour guide dapat ceritakan lokasi sekitar dari mula perjalanan sampai berlabuh. Penerangan yang diberi terlalu singkat ~ sekejap lihat kekiri sekejap lihat kekanan. Kalau nak tau, laluan bot Melaka River Cruise nie seperti kat bawah.
View Melaka River Cruise Route in a larger map
Arhhh... dah sempurna lawatan kat Bandar Hilir nie. Peluh dah banyak keluar, kaki dah lembik dan perut pun dah berbunyi. Menapak balik ke kereta, masa nie baru terasa amat jauh ditambah hujan semakin lebat. Sebelum balik ke hotel, makan dulu kat Plaza Mahkota. Lupa pulak nama restoran tu. Tapi tak berjumpa juga dengan asam pedas yang tersedap ~ masih kempunan.
[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Melaka 2-4 Disember 2013 ]
1. Melaka - Hari 1 : Asam Pedas Selera Kampung
2. Melaka - Hari 1 : Ikan Bakar Umbai
3. Melaka - Hari 2 : Menara Taming Sari
4. Melaka - Hari 2 : Muzium Samudera
5. Melaka - Hari 2 : Melaka Duck Tours
6. Melaka - Hari 2 : A Famosa
7. Melaka - Hari 2 : Melaka River Cruise
8. Melaka - Hari 2 : Coconut Shake Klebang & Medan Samudera
9. Melaka - Hari 2 : Ikan Bakar Muara Sg Duyung
10. Melaka - Hari 3 : Pahlawan Walk
Melaka River Cruise ni kalau naik malam lagi cantik permandangannya.
ReplyDeleteSaja naik siang nak tengok keaslian rumah2 kat tepi sungai tu.
Delete