Haji Umrah 2013 : Madinah 2

Pagi hari kedua di Madinah. Selepas solat subuh di masjid, gegas semula ke hotel sebab Tabung Haji akan adakan ziarah dalaman kepada jemaah yang baru sampai ke Madinah seperti kami. Ziarah dalam iaitu ziarah di dalam dan sekitar Masjid Nabawi.

Ramai betul menyertai ziarah nie. Suara mutawif pun tak berapa jelas. Dengar sikit-sikit, kami ikut sajalah arah pergerakan orang.

Para jemaah melakukan ziarah dalaman ke Masjid Nabawi.
 Petugas Tabung Haji ceritalah sedikit sebanyak sejarah mengenai masjid nie. Tentang pintu-pintu yang ada kat sini dan juga tiang-tiang yang mempunyai nama-nama tertentu dalam masjid.
 
Petugas TH memberi taklimat dan bercerita serba sedikit mengenai masjid.
 Kami juga dibawa masuk kedalam masjid ziarah makam Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda Saidina Abu Bakar ra dan Saidina Umar ra dan ditunjukkan kawasan Raudah. Kaum perempuan hanya di tunjuk kawasan makam dari luar masjid sahaja.
Kubah hijau, menandakan lokasi makam nabi.
Yang terakhir ialah ziarah ke perkuburan baqi. Tapi malang sekali kami tidak dibenarkan masuk ke kawasan makam. Ini disebabkan seorang jemaah Malaysia ditahan oleh penjaga masjid kerana disyaki melakukan perkara khurafat bersama jemaah dari negara mana entah. Lebih kurang macam tu lah tak pasti kesahihannya. Jadi petugas Tabung Haji yang ada kat situ meredakan situasi, nasib baik petugas tu boleh cakap arab. Apa-apa pun kami semua tak dapat masuk hari nie. Tak apalah lain kali aku pi sendiri.

Oleh kerana tak dapat masuk pihak TH ceritalah sedikit sebanayak mengenai perkuburan Baqi. Yang terakhir beliau tunjukkan arah ke Pasar Kurma. Alang-alang dah ditunjukkan ke pasar tu, kami beberapa orang pun pi kesana.

Pasar Kurma

Dah panjang dah, cukup latu. Nanti aku tulis mengenai pasar kurma pulak.


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



No comments:

Post a Comment