Thursday, July 17, 2014

Palestin : Simpati atau Tanggungjawab

Sekarang dah lebih 10 hari Gaza diserang. Dekat Fb bermacam imej yang kita dapat. Ada yang gembira bila tentera al-Qassam dapat menceroboh negara haram Israel. Ada gambar yang menyentuh perasaan dengan gambar anak kecil terkorban, cedera dan sebagainya. Apa yang terdetik di hati kita. Mungkin perasaan sedih, simpati dan kasihan kepada mangsa.

Adakah sekadar sedih, kasihan dan simpati saja yang dapat ditunjukkan? Jika itu perasaannya mungkin perasaan itu juga yang terdetik dalam hati-hati orang bukan Islam. Perasaan ini akan datang setiap kali musibah datang dan akan pergi setelah peristiwa itu berlalu.

Apa yang berlaku di bumi Palestin perlu lebih dari itu. Bagi umat Islam bukan sekadar perasasan tu saja tetapi perlu ada perasaan tanggung jawab. Mungkin ada yang berkata,  "Itu negara luar, kita kat Malaysia aman" Apa yang penting sangat mempertahankan bumi Palestin dan kenapa umat Islam kena ambil peduli? Kenapa kita perlu bantu rakyat Palestin?

1. Di zaman rasulullah, selama lebih kurang 18 bulan Baitul Maqdis menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar ke Kaabah.

2.Di Baitul Maqdis juga berlakunya peristiwa terbesar kepada umat Islam iaitu peristiwa israk mikraj, Nabi Muhammad SAW diangkat ke langit.

3. Di bumi ini terdapatnya Masjid Al-Aqsa, tempat yang di tuntut bermusafir. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali ke 3 buah masjid iaitu Masjidil Haram di Mekah, masjidku ini (masjid Nabi) dan Masjidil Aqsa' (Riwayat Al-Bukhari). Sembahyang di masjid ini juga lebih 500 kali ganda  dari masjid-masjid lain kecuali Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram.
Palestin dan Israel dulu dan sekarang.

4. Palestin merupakan bumi para anbiya dan syuhada dimana beberapa orang nabi dilahirkan disana. Antara nabi-nabi iatu ialah Nabi Ibrahim AS, Yaakob AS, Yahya AS, Zakariya AS, Ishaq AS, Yusuf AS.

5. 2008 telah berlaku perang di Gaza dimana tentera Zionis telah memula dulu peprangan begitu juga pada tahun 2012. Berbeza pada tahun ini dimana tentera Palestin Al-Qassam telah memula dahulu peperangan dengan pihak Zionis. Adakah pihak Palestin bersalah? Tidak! Sebab apa yang dilakukan adalah untuk mengambil balik hak rakyat Paletin yang telah sekian lama ditindas dan di usir dari bumi sendiri. Palestin merupakan negara umat Islam yang telah di diceroboh oleh Yahudi bagi membina negara haram Israel. Jadi perlulah umat Islam mempertahankan Negara Palestin.

6. Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

Fikir-fikirkanlah adakah isu Palestin ini setakat sedih dan simpati atau satu tanggungjawab umat Islam mempertahankannya.

Apa yang boleh kita buat untuk membantu rakyat Palestin? Ingin ke sana berjihad? Mungkin kita tidak mampu untuk berjihad mengangkat senjata tetapi kita boleh menghulur bantuan bagi meringankan beban rakyat Palestin dengan menghulur sumbangan wang dan sebagainya.

Banyak NGO-NGO yang berusaha membantu memudahkan sumbangan kita sampai ke tangan rakyat Palestin seperti Aman Palestin, Aqsa Syarif, Viva Palestina Malaysia, Islamic Relief Malaysia, HALUAN, MAPIM dan banyak lagi. Jadi gunakanlah peluang ini untuk berjihad.

Ada yang mempertikaikan samaada sumbangan-sumbangan itu akan sampai ke sana atau tercicir ditengah jalan? (ada blog yang mempertikaikan usaha-usaha yang dilakukan oleh NGO-NGO ini). Aku pernah dengar Ustaz Don bagi ceramah. Kalau nak derma, derma saja dengan ikhlas jangan dok tanya lebih-lebih atau mempertikaikannya. Biar apa yang berlaku selepas itu urusan mereka dengan tuhan. Jangan pula dengan banyak persoalah yang dibuat meyebabkan kita kena berhadapan dengan Allah. Tak pasal-pasal kena.

Moga dengan bantuan yang diberi dapat memberi banyak manfaat kepada rakyat Palestin dan juga menambahkan saham akhirat.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...