Thursday, July 31, 2014

Haji Umrah 2013 : Ziarah Kota Madinah

Ziarah Madinah, ziarah sekitar kota Madinah. Ziarah ini di dibawa oleh mutawif yang merupakan pelajar Malaysia kat Universiti sana.

Macam biasa perjalanan di mulai wqaktu pagi. Tempat pertama dibawa ialah Masjid Quba. Masjid pertama umat Islam yang didirikan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW bersama sahabat baginda yang dalam Al-Quran disebut dibina atas dasar taqwa. Ia dibina ketika nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Masjid Quba
Dikatakan Nabi Muhammad SAW selalu bersembahyang sunat di masjid Quba setiap hari Sabtu. Ganjaran mendirikan solat sunat pun besar disini. Sabda Rasulullah  "Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Hadis riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi)


Selepas diberi penerangan serba sedikit oleh mutawif kami pun masuk kemasjid untuk bersolat. Diberitahu kami boleh dapat 3 ganjaran ketika melakukan satu solat sunat duha disini, macam tiga dalam satu. Ganjaran solat tahayatul masjid, solat duha dan pahala seperti mengerjakan umrah.

Dalam aturcara tertulis Masjid Quba merupakan tempat pertama untuk dilawati, jadi sebelum mula ziarah kami ambil wuduk dulu kat hotel. Nak mabil ganjaran yang besar bersolat di masjid nie.

Kat belakang masjid nie ada satu benda, entah apa aku pun tak tau seperti tempat ambil air sembahyang lama. Aku dok lihat ada yang menyapu tangan mereka seolah-olah mengambil berkat dari tempat nie. Alhamdulillah rakyat Malaysia tak buat macam nie. Aku tanya mutawif apa kebandanya tempat tu. Dia kata yang tu mungkin tinggalan lama masjid tu.



Dalam mutawif dok beri penerangan mengenai Masjid Quba dan sejarahnya, entah macam mana terkeluar cerita kampung halaman dia. Tak pasal-pasal baru tau dia orang kampung aku. Aku dia tak kenallah, tapi pak aku dia kenal.
bersama mutawif, Abdul Aziz
Selesai di Masjid Quba perjalanan diteruskan ke Ladang Kurma pula.
Dah sampai pun. Banyak bas dah berhenti kat depan pasar. Lupa nak bagi tau, jangan dok simpan atau tinggalkan barang-barang berharga atau tak berharga dalam bas ketika keluar kemana-mana sebab takut berlaku kecurian.
Pasar Kurma
Masuk kat dalam memang serupa pasar, meriah dengan pelanggan beli kurma. Aku tak pasti harga kat sini murah ka mahal. Tapi beli sajalah bukan boleh datang selalu. Kat dalam nie nak rasa berapa banyak pun boleh.


Selain kurma, ada dijual cokelat. Cokelat nie pun nak rasa boleh. Sedap juga.


Kat belakang pasar adalah kebun kurma. Buah kat atas pokok dah tak dak, bukan musim dia. Bolehlah posing bersama pokok kurma.

Bersama pokok kurma
Selesai bershoping kami dibawa ke perkuburan syuhada Uhud. Tempat berlakunya Peperangan Uhud. Kami sampai di satu dataran yang luas dan kawasan letaknya syuhada dibina tembok disekelilingnya.

Mengintai perkuburan syuhada disebalik tembok.

Mutawif menceritakan sejarah pepeerangan Uhud.
 Pada asalnya atas tembok hanya ada jaring besi sahaja. Oleh kerana ada yang membaling entah apa-apa benda masuk kat dalam tu, jadi sekarang ditutup dengan kaca pula. Jadi untuk melihat kat dalam bolehlah intai melalui lubang-lubang cermin yang pecah (jangan dok tambah bagi pecah pulak).
Perkuburan Syuhada Uhud.
Dari celah-celah lubang cermin yang pecah tu dapat dilihat satu dataran yang menyimpan sejarah besar umat Islam.
Penerangan bagaimana strategi peperangan Uhud.

Tempat ketiga di lawati ialah Masjid Dua Kiblat, Masjid Qibaltain. Sebelum itu masjid ini tak dinamakan masjid Qiblatain lagi, cuma masjid ini terletak perkampungan Bani Salamah.

Pada permulaan Islam, orang melakukan salat dengan kiblat ke arah Baitul Maqdis (Masjidil Aqsa) di Palestina sebelum Nabi Muhammad SAW menerima wahyu penukaran kiblat ke Masjidil Haram, Mekah.
Kiblat lama menghadap ke Baitul Maqdis

Kiblat baru ke Kaabah, Mekah

Pada tahun ke-2 Hijrah hari Isnin bulan Rajab waktu zuhur di Masjid Bani Salamah, ketika Rasulullah SAW sedang solat dengan menghadap ke arah Masjidil Aqsa. Di tengah salat, tiba-tiba turunlah wahyu surat Al Baqarah ayat 144, yang artinya:

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Alkitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.”

Setelah turunnya ayat tersebut, baginda menukar arah kiblat didalam solat baginda menghadap Kaabah di Masjidil Haram. Merujuk pada peristiwa tersebut, lalu masjid ini dinamakan Masjid Qiblatain.
Masjid tujuh, Masjid al-Fath
 Selepas melawat ketiga-tiga tempat ini, kami dibawa ke Masjid Tujuh. Masjid yang merupakan kubu ketika peperangan Khandak / Ahzab. Tempat ini diguna untuk bersolat jemaah. Sekarang yang tinggal cuma empat dan cuma sebuah yang didirikan solat iaitu di Masjid Fath. Masjid ini kami cuma di tunjuk dari dalam bas sahaja. Ada beberapa tempat lagi dibawa sebelum baik ke penginapan.


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...