Haji Umrah 2013 : Madinah 1

Rehat sebentar, kemas apa yang patut. Kalau tak silap, aku bersama kawan sebilik ke Masjidil Nabawi untuk mengerjakan solat Isyak.

Madinah memang sejuk, terasa kedinginan ketika berjalan. Jarak dari hotel ke pintu masuk masjid rasanya dalam 200 meter saja.  Masjidil Nabawi dikelilingi hotel-hotel. Yang terdekat mungkin berjarak kurang dari 50 meter.


Ketika melintas jalan, ada suatu kelainan di Madinah nie. Kereta yang berada di jalan raya memang berhemah. Kadang-kadang kereta nie berhenti memberi laluan kepada jemaah untuk melintas.
Menghampiri waktu solat, berduyun-duyun jemaah memasuki masjid.

Sebelum masuk masjid bolehlah simpan selipar kat rak dekat pintu masuk atau pun rak-rak yang ada berhampiran tiang-tiang di dalam masjid. Jangan lupa nombor rak dan juga pintu yang dimasuki. Masjid nie memang luas dan banyak pintu, takut pening bila nak keluar.
Alhamdulillah, dapat juga berada dalam masjid ini. Pertama kali masuk dalam masjidil Nabawi, tenang saja dalam nie dan sejuk. Sejuk kerana cuaca kat sini memang sejuk di tambah dengan penyaman udara yang ada kat situ. Esok kena pakai jeket. Jarak untuk sampai ke saf pertama ( aku tak sampai pun ke situ ) rasanya lebih jauh dari hotel tempat aku menginap ke pintu masjid.
Kat masjid nie, selepas azan tak terus dikerjakan solat tetapi diberi masa lebih kurang 15 ke 20 minit sebelum solat dilakukan.

Selesai solat kami pun pulang semula ke hotel. Makan malam telah disediakan oleh Tabung Haji, di pek dalam bekas aluminium seperti kat Mekah juga. Dalam pek ada nasi, lauk dan sayur disamping air meneral dan buah. Nasi kat sini guna beras biasa macam kat Malaysia. Alhamdulillah bersih.

Berakhirlah separuh hari di Madinah. Setelah ditunjukkan oleh kawan sebilik memasuki Masjidil Nabawi tadi, rasanya esok boleh pi sendiri, dekat saja.


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



2 comments:

  1. Awat tak habaq....kalau tak boleh aku send buku tips haji.....anyway tahniah Pak Aji...semoga menjadi tetamu Allah yang istimewa dengan makam tertinggi.....Mabrur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... harap aku la nie lebih baik dari sebelumnya.

      Delete