Radix Fried Chicken, RFC Sungai Petani


Hari ini aku buat lawatan sambil makan ke RFC, Radix Fried Chicken. Ini lawatan aku yang ke berapa entah. Aku rasa inilah produk kedai makan ayam yang boleh dibaggakan dan berjaya dan yang penting sekali ia produk bumiputra dan dijamin halal. Yang lain tu bukan tak halal tetapi jika ada pilihan kita cari yang terbaik dan yang penting biarlah jenama kita sendiri. Walau produk sendiri tetapi masih mengagungkan bangsa lain buat apa kan..kan..kann.....

Kunjungan kali ini pelanggan ramai, isteri aku kena menempek tepi meja sesiapa yang nak abis makan dah. Dibanding masa baru buka, orang lagi ramai siap ada rombongan kak Kiah lagi. Servis charge juga dah dikenakan mungkin pendapatan telah melebihi kuoto yang menyebabkan mereka mengenakan cukai.

Setiap kali aku ke RFC ni mesti bila order ayam herba kena tunggu. Tak pasti kenapa, mungkin periuk tak cukup atau ayam nie bila nak goreng kena procedure tertentu. Harap dapat dipertingkatkan dan ayam herba rasa masin sikit (bagi lidah aku la) dan diharap dikurangkan sikit ( kesihatan dalam dan luaran mesti jaga ). Koslow ( betul ka ejaan aku....yang kubis cincang) kali ni kira OK dari dulu, masa dulu aku pi koslow nie dia punya cincang tak cantik. Kebersihan OK dari dulu mungkin masa dulu pelanggan terlampau ramai disebabkan baru buka. RFC ini juga menyediakan ruang permainan untuk kanak-kanak, ibu bapa tak perlu risau pasti dapat makan dengan khusyuk sebab anak-anak tak kacau, semua pi main.

Kebanyakan makanan dan minuman disediakan keluaran Radix, mai secawan ada, mai sepinggan ada, mai sebucket ada dan mai nak bawak balik pun ada ( meja dah penuh).




Lokasi:
Lot 95-97 Jalan Lagenda 1, Legenda Height,
Sungai Petani,Kedah Darul Aman
Sebelah Maybank Legenda Height)
No. Tel: 04-4254717(Restoran)




5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Elok kalau pihak pengurusan RFC Sg Petani buat satu website mcm KFC,MC`d dan Pizza Hut. product tempatan,pemasaran mcm omputih. senang utk pelanggan melihat menu,buat budget dll. bukan apa,kalau dah kesana, taktahu nak pilih apa.mata dah rambang. budget website murah sgt berbanding dgn kemudahan yg akan diterima pelanggan.

    sy dah makan ayam kat RFC dan ini hasilnya

    RFC
    ayam bole tahan.sedap skit dari goreng kt rumah.

    KFC Spore
    kureng sedap, mungkin hagan tak quality.

    KFC Msia
    Wow!..dari dulu hingga sekarang sedap.original resipi.
    almaklum semua ayam berkualiti dari product "Ayamas". milik bumputera.

    *
    KFC,Pizza Hut dan Ayamas adalah dibwh satu syarikat KULIM corp.

    ReplyDelete
  3. TQ lawat blog saya. Betul cakap awak. ada web lagi menerik dan lebih maklumat.

    Betul ka KFC singapo rasa berlainan dari M'sia?? saya tak pernah rasa lagi yang kat sana.

    ReplyDelete
  4. Nampaknya, Radix Lagenda Height telah pun ditutup....

    ReplyDelete