Wednesday, January 15, 2014

Melaka - Hari 1: Asam Pedas Selera Kampung

Nie merupakan cuti-cuti Malaysia musim cuti sekolah hujung tahun lepas, 2hb Disember 2013. Sampai ke Bandaraya Bersejarah Melaka hampir tengahari. Cuaca tak berapa memberangsangkan, hujan renyai-renyai. Sekejap berhenti sekejap datang balik. Tapi OKlah tak lebat sangat.

Sampai saja ke Bandar Hilir terus ke Hotel Syaz Meridien tapi tak boleh check in lagi sebab belum jam 2 petang, lagi pun bilik tak kemas lagi. OKlah kami keluar dulu pusing-pusing kawasan sekitar, beli sedikit bahan makanan kat Arked Pahlawan.
Hati-hati letak kereta, sebab kat hadapan Arked Pahlawan merupakan tapak Uptown Pahlawan Walk yang beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad dari 6 petang hingga 2 pagi. Kalau nak rasa kena saman boleh cuba ~ resit buat kenangan.
 Perut pun dah lapar. Oleh kerana dah sampai Melaka mestilah nak kena masakan terfemes di sini, asam pedas. Dihadapan Arked Pahlawan terletaknya sebuah restoran yang memang terkenal. Cari kat internet, ramai blogger yang buat review kat sini ada asam pedas terbaik. Orang memang ramai, jadi tunggu petang sikit baru nak makan kat situ ~ harap orang reda, dapat makan dengan selesa. Hujan pun makin lebat, nak jalan kaki tak boleh, jadi ronda sekitar Melaka dengan kereta.
DSC_4681
Salah satu masjid yang ada di Melaka
Saja tunjuk kat anak-anak bentuk masjid kat Malaka yang menyerapkan budaya Cina dengan bentuk bumbung dan menara yang berbeza dari masjid kat Penang. Habis pusing-pusing, patah balik ke Bandar Hilir. Tuju ke destinasi utama untuk makan asam pedas iaitu di Restoran Asam Pedas Selera Kampung.
DSC_4700
Restoran Asam Pedas Selera Kampung.
Sampai kesana  jam 2.30 petang lebih ingat orang dah reda, tapi masih ramai. Kat luar masih lagi hujan. Aku masuk dalam kedai dulu. Meja semua dah penuh. Jadi pelayan kat situ suruh tunggu sekejap disalah satu meja yang rasanya bang mat sekeluarga tu dah nak bangun. Alhamdulillah, tak berapa lama dapat satu meja untuk kami enam beranak.
DSC_4686
Orang Ramai
Anak aku duduk dulu kat situ booking meja, sebelum pi pange isteri dengan anak-anak aku yang lain masuk. Kat sini nak ambil nasi taruh lauk sendiri boleh atau nak hidang pun boleh. Sementara tunggu hidangan, diletakkan jeli kelapa dengan otak-otak atas meja. Balun dulu otak-otak nie.
DSC_4683
Makan otak-otak dulu.

Kami pilih ambil hidang. Pi ke deretan lauk tu bagi tau nak hidang dan tunjuklah lauk apa yang berkenan.
DSC_4691
Asamm pedas pari, tenggiri, jenahak dan satu lagi aku tak ingat.
DSC_4693
DSC_4695
Antara menu yang terdapat disini.
Dah sampai pun apa yang di oder.
DSC_4697
Asam pedas tenggiri dan pari, masak lemak daging salai, sotong goreng, ulam dan sambal.
Keseluruhan makan kat sini memang sedap. Tapi asam pedas tak berapa terangkat. Yang tersedap ialah daging salai masak lemak, kuah melekat. Pelayan kat sini pun baik-baik dan peramah.
DSC_4698
Jemput makan.
Kat restoran Asam Pedas Selera kampung nie bila datang dapatkan meja dahulu baru boleh oder makanan. Orang memang ramai, takut makanan dah sampai meja tak dak lagi. Ermmm... makan atas lantai la.

Restoran Asam Pedas Selera Kampung nie di buka dari jam 7 pagi hingga 6 petang setiap hari dan tutup hari Isnin. Waktu pagi disediakan sarapan pagi ~ tak pasti apa yang di hidangkan. Lokasi berhampiran Pahlawan Walk atau Arked Pahlawan. Nie alamat dia di G2, Jalan PM 3, Plaza Mahkota Square, Bandar Hilir, Melaka. Nama Plaza Mahkota tapi kawasan nie merupakan deretan shop lot. Payah-payah google map ja.


View Larger Map

Dah kenyang apa lagi, check in hotel Syaz Meridien lah dan layan mata sekejap.
DSC_4704

Hotel nie kami booking melalui Agoda.com. Harga pun berpatutan dan sesuai dengan kami enam beranak.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Melaka 2-4 Disember 2013 ]

1. Melaka - Hari 1 : Asam Pedas Selera Kampung
2. Melaka - Hari 1 : Ikan Bakar Umbai
3. Melaka - Hari 2 : Menara Taming Sari
4. Melaka - Hari 2 : Muzium Samudera
5. Melaka - Hari 2 : Melaka Duck Tours
6. Melaka - Hari 2 : A Famosa
7. Melaka - Hari 2 : Melaka River Cruise
8. Melaka - Hari 2 : Coconut Shake Klebang & Medan Samudera
9. Melaka - Hari 2 : Ikan Bakar Muara Sg Duyung
10. Melaka - Hari 3 : Pahlawan Walk

6 comments:

  1. tq2. dah dapat idea nak tuju ke mana nanti terutama tempat makan :) plan nak ke Melaka untuk holiday. Perkongsian yang menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ lawat blog saya.... selamat bercuti

      Delete
  2. Hi selamat bercuti! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* Villa 827


    www.villafamosaresort.com

    ReplyDelete
  3. Saya selalu juga gi Melaka shoping2 beberapa bulan sekali and restoran ni memang sedap dan berbaloi rugi tak cuba !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih lawat blog saya... betul antara masakan terbaik

      Delete
  4. Saya selalu juga gi Melaka shoping2 beberapa bulan sekali and restoran ni memang sedap dan berbaloi rugi tak cuba !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...