I'm lovin' it!.... Malaysia

Dalam penggeboman, kemusnahan, pencerobohan dan kekejaman ke atas bumi Palestin di Gaza yang dilakukan oleh pihak Israel yang telah meragut puluhan nyawa kita disini masih lagi dok beratur kat McDonald untuk juadah berbuka puasa. Sanggupkah kita menutup mata terhadap saudara-saudara kita di sana di siksa?

Sanggupkah kita lihat ini?

Dok bising-bising boikot McDonald tetiba tumbuh sebiji di bumi yang pertama kali produk Yahudi nie masuk iaitu di Perlis. Gembira rakyat Perlis, berebut beratur nak makan burger. Lupa sekejap kesengsaraan di Gaza, tambahan pula makan burger McDonald sambil tengok Piala Dunia, memang kombinasi terbaik. Dapat melupakan sekajap kesengsaraan saudara kita di Bumi Palestin. Kita yang lupakan mereka tapi penduduk di sana peluru-peluru dan bom menjadi makanan dan wadah harian mereka.
McDonald pertama di Perlis

Dua tahun lepas ketika Zionis serang Gaza, kita telah boikot McDonald. Lepas tu diam. Mungkin boikot nie ada tempoh masa tertentu. Bila di bom kita boikot, selepas aman sikit kat sana boikot ditarik balik. Pihak yang melancarkan boikot nie pun serbu balik McDonald. Macam tu ka? Tekanan-tekanan yang diberikan nampaknya tak menjejaskan pengoperasian restoran nie. Tak dengar lagi rangkaian restoran nie ditutup. Yang tahu dah muncul satu kat Perlis.

Jika boleh, boikot nie biarlah berterusan sebab puak-puak Yahudi nie menyerang berterusan cuma yang membezakan ialah dibuat dengan skala besar atau kecil atau juga secara terang-terangan atau dalam diam. Tapi yang pasti mesin depa beroperasi sentiasa.

Barangan yang menyokong dan memberi bantuan kepada puak-puak Israel nie memang banyak dipasaran. Mungkin tak semua kita dapat boikot, jadi pilih satu yang mudah dan kalau benda tu tak dak pun kita tak mati. Sasaran yang mudah ialah McDonald. Kita tak makan dia pun tak mati, lagi pun berlambak dah kat tepi jalan orang jual burger.

Kita mungkin tak dapat pi ke Gaza membantu tapi jangan tak buat apa-apa langsung. Mulakan biar kecil tapi dengan jumlah rakyat Malaysia yang ramai insyAllah ada kesannya. Fikir-fikirkan saudara mara kita di sana....

Antara barangan lain yang perlu boikot dan rasanya mudah dan kalau tak beli pun tak mati ialah Coca-cola, Starbucks, Nestle, Estee Lauder dan segala jenis rokok.

* Sumber gambar dari internet.





No comments:

Post a Comment