Selamat Hari Raya 2014

Selamat tinggal Ramadhan yang ada lebih kurang 2 hari lagi. Selamat tinggal bulan yang pahala berganda dan bulan penuh keberkatan. Sudah bertemukah Lailatul Qadar? Sudah berjayakah menawan nafsu?

Tak lama lagi tiba hari kemenangan, 1 Syawal 1435H. Harap-harap kemenangan yang sebenar. Bukan kemenangan yang sementara.

Dengan ini aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada tersilap tulis yang mengguris hati dan sebagainya.


Disamping meraikan hari kemenangan ini janganlah pula dilupa saudara-saudara seagama kita di Palestin yang sedang berjuang menuntut hak.

Duit-duit yang akan berikan kepada anak-anak kecil sempena hari raya ambillah sebahagian dan berilah kepada rakyat Palestin meringankan beban mereka. Duit-duit yang akan dibakar menjadi mercun bagi menerangi langit Syawal ambillah dan berilah kepada rakyat Palestin yang ketika ini langit mereka dihujani percikan api senjata Zionis. Duit-duit yang selama sebulan tidak merokok berikanlah kepada rakyat Palestin. 

Bantulah mereka untuk meneruskan perjuangan. Mereka bukan berjuang untuk diri sendiri atau negara sendiri tetapi mempertahankan tanah yang mencengkam maruah seluruh umat Islam.



 

No comments:

Post a Comment