Haji Umrah 2013 : Madinah 3

Cuaca kat Madinah nie memang best, sejukkkk ja. Walau matahari terik tapi tak terasa panas sangat. Oleh kerana perubahan dari panas ke sejuk badan pun tak berapa sihat, macam nak demam pun ada.

Masa kami berada kat sini adalah beberapa kali hujan renyai-renyai. Yang seronok kat sini, waktu petang dan pagi memang cantik. Dapat lihat matahari warna oren dan langit biru, shahdu jaaa.



Masa baru sampai ke sini, jakun juga tengok payung nie. Teduh saja lalu bawah payung nie. Waktu siang dipasang kipas yang sembur air untuk sejukkan kawasan sekitar ditiang-tiang payung. Kawasan dataran nie menjadi tempat beristirehat sambil berjumpa kawan-kawan, makan dan sebagainya. Dataran nie juga menjadi tempat solat.

Ramai juga yang melakukan solat kat dataran masjid nie. Penjaga masjid siap rentang tali buat kawasan sembahyang supaya jemaah yang duduk tak menghalang orang keluar masuk masjid. Rugi rasanya  sebab kawasan dataran masjid bukannya masjid lagi. Lagi pun Masjid Nabawi memang luas, Insyaallha boleh menampung semua jemaah dan penduduk tempatan.

 Masjid dan dataran masjid memang luas, boleh tahan lah kalau nak bergerak dari satu ke satu pintu kat sini. Oleh itu kat dataran nie disediakan golf cart yang jemaah boleh naik percuma. Golf cart nie akan bergerak dari satu lokasi ke lokasi tertentu sekitar dataran masjid. Cari-cari gambar golf cart nie, tapai tak dak.

Payung besar di dataran sekeliling Masjid Nabawai akan dibuka watku siang dan akan ditutup waktu petang. Ramai yang mengambil gambar masa payung nie tengah tutup, maklumlah mana ada kat Malaysia ~ mana tau kot-kot nak buat kat dataran Putrajaya.
 
Payung sedang tutup diwaktu petang.


Senja di Masjid Nabawi.
Dalam masjid ini, jemaah lelaki dan wanita ditetapkan kawasan yang berasingan. Jadi kat dataran nie la kalau nak jumpa pun selepas keluar masjid.
Nak feeling macam pak dan mak arab, lepak kat dataran masjid.
Nie dia cara depa buat penyelenggaraan dan pembersihan payung tu. Sapa yang gayat tak boleh kerja kat sini.




Kuat rupanya payung nie, siap orang boleh jalan atas tu.


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



No comments:

Post a Comment