Kali nie kami ikuti ziarah ke Jeddah pulak, jauh juga perjalanannya. Kalau lebih dari 2 marhalah kena tawaf Wada'. Kota Jeddah dalam 80 KM saja jadi kurang dari 2 marhalah, tak perlu tawaf Wada'. Kami bertolak dari maktab waktu pagi.
Perjalanan ke Jeddah melalui gunung dan padang pasir, mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Jeddah merupakan sebuah bandar pelabuhan dan sebuah bandar yang moden dikelilingi bangunan komersial
Kami diberi tak silap aku 2 jam untuk buat lawatan sambil membeli belah kat sini.
|
Komplek membeli belah |
Pusat membeli belah kat sini tak seperti kat Mekah. Kat sini pusat membeli belah besar-besar dan macam-macam ada dari pakaian moden, jubah, minyak wangi, jam kasut dan sebagainya. Harga barangan pun murah. Ramai yang membeli minyak wangi dan pakaian berjenama, katanya murah dari Malaysia.
Masa kami sampai ada banyak kedai yang masih tutup. Menurut kawan-kawan kebanyakan kedai kat sini dibuka lewat. Kami sampai masih lagi pagi. Walau banyak yang tutup, kedai yang buka pun kami tak sempat lawat semua, banyak.
|
Deretan kedai minyak wangi |
|
Jubah |
|
Selipar dan kasut |
Dok jalan sekitar bandar akan ternampak banyak kedai yang menggunakan nama "MURAH" tak pasti barangan dalam tu murah ka tak. Mungkin ramai rakyat Indonesia dan Malaysia shopping kat sini kot.
|
Banyak kedai yang menggunakan nama "MURAH" |
Walaupun barangan disini murah tapi pahala tak murah. Kalau kat Mekah pahala ibadat di ganda 100 ribu kali tapi kat sini macam Malaysia saja.
|
Rekat kejap, menikmati kebab. |
Dua jam yang diberi terasa terlampau sekejap sebab terlampau banyak kedai dikawasan nie dan tawaran harga pun menarik. Jadi kepada yang kaki shopping bawak duit banyak-banyak atau guna kad kredit, kad Tabung Haji tak boleh guna kat sini.
Perjalanan diteruskan lagi ke Masjid Qisas. Tak jauh pun dari tempat kami berhenti shoping tadi.
|
Nie bukan Masjid Qisas, tak pasti apa kebendanya. |
|
Masjid Qisas |
Masjid Qisas adalah tempat dilaksanakan hukum hudud. Hukuman ini akan dilakukan pada hari Jumaat secara terbuka sebagai pengajaran kepada yang masih bernyawa.
|
Dihadapan masjid terdapat satu kawasan untuk dilakukan hukuman qisas. |
|
Sembanhyang dalam masjid nie pahala sama saja macam kat Malaysia. |
Naik bas semula, dan kami dibawa ke makam tang dipercayai nenak kita Hawa. Bas tak berhenti, lihat melalui tingkap saja.
|
Makam Hawa. |
Dah tengahari, apa lagi kami dibawa ke restoran arab untuk menjamu selera.
Datang nasi arab pakat tengok kiri kanan, dok cari mana dia kuah. Tak dak kuah mau tersekat. Apa pun yang mai, balunnn. Rezeki jangan di tolak.
|
Mengharap dijamu kambing tapi yang datang ayam. OKlah rezeki. |
|
Bismillah... |
Dah habis melawat kat Jeddah kami semua menaiki bas semula, balik ke Mekah. Dalam perjalanan singgah sebentar di Masjid Al-Syumaisi, miqat untuk berniat umrah.
|
Masjid Al-Syumaisi |
Alahmadulillah selamat sampai ke Mekah lewat petang.
Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:
1.
Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2.
Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3.
Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4.
Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5.
Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6.
Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7.
Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8.
Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9.
Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10.
Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11.
Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12.
Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13.
Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14.
Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15.
Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16.
Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17.
Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18.
Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19.
Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20.
Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21.
Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22.
Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23.
Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24.
Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25.
Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26.
Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27.
Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28.
Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang
Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah
dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk
berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut.
Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan
Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan
dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi
teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.
Haji dan Umrah 2013 / 1434H KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah