Perjalanan yang agak jauh juga, dikiri kanan jalan dihiasi dengan hutan dan juga dusun-dusun. Akhirnya sampai juga.
Muzium Arkeologi Lembah Bujang. |
Sampai kesana, mula-mula sekali teruja dengan suasana yang aman ditambah dengan pemandangan sebuah air terjun. Lihat air bukit melintasi celahan batu terasa seperti nak mandi. Tapi apakan daya pakaian hanya sehelai sepinggang sahaja yang ada.
Sejuk mata memandang. |
Nak mandi tak bawa baju salin. Basah kaki pun cukuplah. |
Cuma dapat basahkan kaki dan menjamu mata dengan pemandangan yang menarik. Dah puas dengan air terjun kami berganjak ke dalam kompeks muzium pula.
Mula-mula melepasi pintu masuk ternampak satu kaunter dikiri. Terus ke kaunter ingat nak beli tiket. Biasalah muzium-muzium di Penang yang entah apa-apa yang telah kami lawat dikenakan bayaran. Rupa-rupanya percuma... ulang sekali lagi PERCUMA. Percuma untuk melihat sejarah dan artifek yang sebenar, bukan suatu yang dilukis-lukis dan dibuat-buat untuk selfie.
Didalam muzium setingkat ini diletakkan berbagai koleksi penemuan di Lembah Bujang tentang keujudan sejarah sistem ekonomi dan perdagangan dan pengaruh Hindu di Kedah Tua ketika dulu. Memang sesuai untuk anak-anak yang bersekolah memahami sejarah.
Berbagai arifek dipamer dalam muzium. |
Manik-manik kaca dan batu |
Batu Bersurat Budha-Gupta |
Selesai melawat dalam komplek muzium kami keluar untuk melawat tapak-tapak tinggalan candi-candi yang menggambarkan penyebaran agama Hindu ketika itu sebelum kedatangnn Islam.
Bahagian ini perlu kuat semangat, keras sikit. Kawasan ini memang keras sebab kebanyakan tinggalan tapak-tapak candi dibuat dengan batu dan keduanya perlu memanjat anak-anak bukit.
Pengisar. Dulu rumah arwah tok ada sebiji. |
Antara candi-candi yang terdapat disini ialah Candi Pendiat, Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pengkalan Bujang, Candi Bendang Dalam.
Candi Pendiat. |
Perahu Sagor. Perahu yang digunakan masyarakat Melayu Kedah diperbuat dari batang balak yang ditebuk. |
Lembah Bujang memang terkenal dengan kesan-kesan sejarah awal Kedah Tua yang dipengaruhi oleh agama Budha dan Hindu. Berbagai fakta masih tertanam dan dikaji. Dibawah aku letakkan sedikit sajarah Lembah Bujang yang aku cedok dan juga link ke laman web yang mengkisahkan Lembah Bujang:
"Muzium Arkeologi Lembah Bujang merupakan satu-satunya Muzium di Malaysia yang mempamerkan koleksi arkeologi yang membuktikan kewujudkan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara kurun ke 3 masehi hingga ke 12 masehi.
Muzium dibina untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi serta mempamerkan artifak-artifak protosejarah atau sejarah sebelum islam dari tapak tanah bersejarah di Lembah Bujang.
Bahan-bahan Arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan di ekskavasi arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang dengan keluasan 400km persegi.
Artifak Arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdangangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang China, India, Arab disamping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5."
1. Lembah Bujang
2. Sejarah Awal Lembah Bujang - Sejarah Awal Lembah Bujang
3. Tragedi Lembah Bujang
4. Lembah Bujang
5. Muzium Arkeologi Lembah Bujang
6. Perkembangan Sejarah Awal Negeri Kedah Berdasarkan Penemuan Bahan-Bahan Arkeologi
7. Isu Lembah Bujang
Yang dilihat bukan sekadar sejarah tetapi juga garapan membina tamadun dan juga budaya yang membentuk peradaban ketika ini.
OKlah hari dah petang. Sudah penat jalan. Kami kena pisang goreng dan air di pintu masuk muzium sekejap. Dalam dok makan-makan, kami disapa oleh seorang lelaki. Amat ramah. Ringkasnya dia beri tahu bersebelahan pintu masuk muzium ada chalet. Diceritakan jika musim buah memang menarik sebab pengunjung boleh makan buah-buah tersebut terutama durian. Diberikan kepada kami kad nama dua buah chalet berdekatan muzium.
Chalet Al Zahrah dan Safana Inap Dusun. Alamat dan nombor telefon lihat pada gambar di atas. |
Pintu masuk ladang Madu Kelulut Merbok SAF. |
Sampai kesana, Madu Kelulut Merbuk SAF. Beliau dah ada. Melihat kami datang disambutnya kami. Diterangkanlah bagaimana madu dihasilkan oleh kelulut didalam sangkar-sangkar. Dalam bersembang terlupa pula namanya. Tapi boleh lawat FB Madu Kelulut Merbuk SAF.
Sangkar-sangkar kayu dijadikan tempat kelulut bersarang didalamnya. |
Corong atau lubang untuk kekukut memasuki dan keluar dari sarang. |
Disamping menternak kelulut, dibuat juga seperti pameran dimana diletakkan contoh sarang kelulut, spesis-spesis kelulut dan diberi rasa madu tersebut. Kalau berkenan bolehlah beli, segar dari ladang.
Contoh sarang kelulut yang terdapat dalam sangkar-sangakar kayu. |
OKlah setakat itu sahajalah perjalanan satu hari dari membeli ikan kering di Tanjung Dawai hingga menyusur sejarah Lembah Bujang di Muzium Arkeologi Lembah Bujang.
[ Pautan jalan-jalan ke Taiping 13/6/2015]
1. Tanjung Dawai
2. Naim Gulai Sembilang
3. Muzium Arkeologi Lembah Bujang
No comments:
Post a Comment