Versi 1:
Jika pilih umur 60, maka bayaran pencen akan mula pada umur 60. Kalau kita buat opsyen pencen 56 sebab cemuih dah kerja tapi bayaran pencen tetap akan mula pada umur 60 tahun juga.
Versi 2:
Jika pilih umur 60 tahun maka kita diberi kemudahan boleh bersara awal dengan bayaran pencen mula ketika bersara contoh jika pilih persaraan umur 60, jika dah tak larat kerja, meluat dah tengok muka bos boleh opsyen bersara contohnya umur 56 dan bayaran pencen bermula ketika kita bersara iaitu pada umur 56.
Oleh kerana tak mahu tanggung resiko maka pagi nie aku call talian panas JPA 03-8885 3293 ( kategori pencen dan persaraan). Tanyalah mengenai permasaalahan ini, maka di jawab secara ringkasnya versi 2 yang betul.
Borang opsyen SBPA ada ruang pemilihan untuk umur persaraan. |
Yang hairan aku lihat kat sini ialah kenapa diberi pilihan 55,56,58 tahun sedangkan jika pilih umur 60 tahun, kita diberi kelonggaran untuk pilih sendiri persaraan mana yang kita mahu selepas ini ?? buat apa membazir kertas dan buat pening kepala nak pikir.
Pilih la apa yang patut. Kepada yang dua ke tiga tahun lagi nak bersara tu kena fikir panjang sikit. Kepada yang lama lagi nak kerja tu, rasanya tak ada masalah sangat sebab ramai lagi menteri naik turun. Tentu ada lagi penambahbaikan yang nak mempopularkan mereka.
Esok aku nak cuti jadi kena buat pilihan hari nie.
No comments:
Post a Comment