Depa tak buat soal selidik ka tahap penggunaannya ? Depa tahu beli ja, bukan depa nak pakai. Cuba barang yang depa nak guna, rasa aku survey macam nak gila. Buat kerja serupa nak lepas batuk ditangga atau memang tak boleh nak buat apa-apa dah. Budget ciput, dapat pun tak ada kualiti la.
bukan logo kereta Ferrari |
Nie dia kasut pi noreh getah |
Kasut keselamatan ada kategorinya dan bentuk yang sesuai bukan tangkap muat ja. Guna kaedah lump sum, semua orang sama. Kasut keselamatan nie ada berbagai model dan jenis untuk disesuaikan untuk penggunaan yang berbeza seperti kerja di tapak binaan, bengkel mesin, kimia, makmal komputer, pejabat. Untuk setiap tempat itu ada ciri-ciri tertentu yang diberikan.
Bentuk kaki manusia nie pun mesti diambil kira sebab ada yang tirus, kembang dan sebagainya. Ishhh... tak payah cerita panjanglah sebab bahagian keselamatan pekerjaan mesti tahu punya. Banyak pakar dengan berbagai sijil tergantung.
Kalau Kulitkeras tak ada pilihan, banyak lagi jenama lain ada kat Malaysia nie. Kenapa mesti guna jenama Kulitkraf ??? tolong jawab.
No comments:
Post a Comment